Speech Therapy Untuk Luqman


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera…

Anak saya Luqman ada mengahadapi masalah pertuturan. Umur dia dah nak masuk 3 tahun tapi dia belum pandai bercakap. Dia cuma boleh menyebut lebih kurang 20 patah basic words macam papa,mama, adik, kakak, pokok dan sebagainya. Sebagai ibu saya bimbang tentang perkembangan beliau. Lalu saya ajukan soalan kepada doktorbudak.com pada Disember 2013. Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:

Q1Hi Ms. Yong, 

Anak lelaki saya berusia 2 tahun 8 bulan. Dia langsung tidak mahu bercakap dan hanya mengeluarkan bunyi seperti ” ak ak” “uk uk”. Beliau tidak mempunyai masalah pendengaran kerana boleh mendengar arahan dengan baik. Suruh sahaja apa-apa pun dan dia akan buat. Saya tahu dia boleh bercakap kerana kadangkala dia akan mengikut apa yang saya sebut contohnya “papa, mama, ikan,burung, adik” dan bermacam2 perkataaan lagi namun beliau enggan mula bercakap dan sebut dengan sendiri.

Adakah ini faktor genetik kerana abang-abang saya juga mula bercakap 4 tahun ke atas.? Apakah yang saya patut lakukan untuk melatih dia bercakap? (Mamamunie)

A: Terima kasih Siti dan Mamamunie atas soalan-soalan yang dikemukakan.

Ramai orang bertanya sama ada kelambatan bercakap adalah fenomena biasa terutamanya jika dalam sejarah keluarga, ada ahli keluarga yang juga lambat tetapi kemudian tiada masalah pertuturan. Di peringkat awal, adalah sukar untuk kita mengenalpasti kanak-kanak mana adalah Late Talkers (bermasalah pada mulanya dan kemudian dapat mengejar perkembangan i.e catch up ) dan kanak-kanak mana yang akan mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangka masa yang panjang.

Saya akan menjelaskan mengenai  ’Late Talker’.

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

  1. mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa, (YA, ADA)
  2. adalah lelaki,(YA, LUQMAN IALAH LELAKI)
  3. dilahirkan dengan kurang berat badan, atau (YA. ONLY 2.1KG)
  4. dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang) (YA, LUQMAN LAHIR PADA 34 WEEKS)

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah  ’Late Talkers’.

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:

1.       Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

2.       Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.

3.       Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.

Siapa yang akan dapat ’kejar balik’ dalam perkembangan bahasa dan siapa pula tidak dapat? Berikut adalah senarai risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:

  1. senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
  2. mempunyai sejarah jangkitan telinga
  3. mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
  4. tidak meniru menyebut perkataan
  5. hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)
  6. sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
  7. sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
  8. kelewatan dalam kefahaman bahasa (contoh: tidak faham arahan)
  9. menggunakan isyarat untuk berkomunikasi

Adakah Late Talkers boleh mengejar bahasa tanpa bantuan atau rawatan? Sebahagian besar daripada mereka nampaknya dapat mengejar perkembangan kanak-kanak lain apabila mereka masuk ke sekolah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai kesukaran dalam aspek bahasa tertentu seperti tatabahasa, berbanding dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan pada usia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.

  • Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
  • Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
  • Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

(answered by Ms. Yong Ennie ) SUMBER: doktorbudak.com

Secara kebetulan, Luqman dimasukkan ke wad sebab asthma di Hospital Sultanah Bahiyah pada 1 Januari 2014. Ya, kami sambut tahun baru di hospital. hehe. Masa doktor pakar datang check, saya ada bertanya tentang speech therapy. Jadi pakar cakap ada dan Luqman boleh attend jika beliau lulus Hearing Assessment(HA). Jadi pakar beri tarikh untuk buat HA tu dulu. kalau lulus nanti bagi tarikh untuk Speech Therapy pula. Mama sangat la happy. Teruja ok! 16/02/2014 tarikh buat HA tu… Yayyy sayang Mama lulus. Test ni dibuat dengan cara pakaikan earphone. Di hadapan Luqman ada 2 buah speaker dan kat speaker tu ada bear berlampu yang menari setiap kali speaker tu bunyi. speaker tak akan bunyi serentak. Kiri atau kanan, pastu tengok Luqman kejap toleh kiri,kejap kanan ikut arah bunyi. Maknanya dia dengar dengan jelas. Jadi untuk speech therapy Luqman boleh attend dan tak perlu pakai alat bantuan pendengaran. Alhamdulillah. Mama lupa ambil gambar sebab terlalu teruja. Sorry semua….

Pada 02/03/2014 Luqman dah attend kelas pertama dia. Tapi kelas pertama lebih kepada sesi temuramah doktor dengan mama tentang history Luqman. Doktor bagi macam2 toys dan perhatikan kelakuan Luqman. Doktor cakap budak ni bijak ni.. dia jenis yang meletup. satu masa nanti dia akan keluarkan semua serentak. Luqman seronok. Dia nampak selesa dan happy. Adik dia pun doktor suruh join sekali supaya dia lebih seronok ada teman main. Kelas kedua dia pada 08/06/2014. Ya lama lagi sebab ramai. so kena ikut giliran. Mama ni asyik lupa ambik gambar. Next appointment InsyaAllah ada gambar. Kat bawah ni gambar rutin Luqman. hehehehe.

2013-07-16 14.31.18-1 2013-07-16 14.31.36-1 2013-12-14 17.25.24 2013-12-14 17.47.19-1

Jadi, ibu bapa yang ada anak yang mempunyai masalah macam Luqman, jangan malu bertanya. Saya tak pernah rasa malu dengan Luqman sebab dia memang sangat bijak. Dia ada banyak keistimewaan dan kelebihan. Saya terkejut bila papa Luqman yang sedang drive cakap kat Luqman, “Luqman, tunjuk jalan nak pergi Giant/Tesco/KFC…” Mana2 saja.. dia akan tunjuk arah dengan pointing jari kecil comel dia. Memori dia sangat kuat. Betul la doktor cakap kamu ni type meletup sayangku….Mama kagum dengan Luqman. Ibu bapa juga tak boleh berputus asa untuk terus ajar baca, ajar tulis, ajar cakap dan macam2 lagi. Kena sentiasa guide walaupun anak nampak macam tak fokus, tak berminat. Ya, Luqman juga begitu tapi saya perasan, tak lama lepas tu dia “tangkap” apa yang saya ajar tu dan mula praktis contohnya macam lepas makan letak pinggan dalam sinki,nak mandi baju kotor letak dalam bakul, cuci tangan sebelum makan. Sekarang dah jadi kebiasaan pada dia. Tak perlu ulang cakap dah. Nampak kan?? sebelum ni dia buat tak tahu aja… Rupanya dalam diam dia mula pick up apa yang mama dan papa ajar. Alhamdulillah. Ingat pesanan saya, jangan putus asa dan jangan malu! Anak kita, tanggungjawab kita. Ambil tahu, rajin bertanya..😉

13 thoughts on “Speech Therapy Untuk Luqman

  1. salam, Thank you share tentang speech therapy. boleh jadikan panduan untuk saya juga. anak saya hamza, borderline premature juga 18 bulan tp belum sebut satu perkataan pun. just babbles saja. saya dah bawa pegi hearing test, masih ada a few test kena buat untuk confirmkan pendengaran dia. InsyaAllah akan try speech therapy once hearing test dia ok🙂 Seronok baca bila org lain share experience🙂

    • Salam. Jangan putus asa tau dear.. Memang awak akan nampak macam Hamza tak beri respons tetapi dorg ni sangat bijak. Rajin bercakap dengan dia, selalu bacakan buku. InsyaAllah dia akan serap semua info. Saya doakan Hamza membesar sebagai juara!!!😉

  2. Salam..saya berpengalaman merawat anak-anak yg mengalami masalah autism,dyslexia,ADHD,speech delay,hyperaktif,sukar tidur malam.Temujanji rawatan 019 6676236- Dr Wan

  3. saya ada seorang anak lelaki 1 tahun 6 bulan..pergerakan motor amat baik, tumbesaran juga normal… tetapi masih belum bercakap apa2 perkataan..hanya selalu menyebut “pah..pah..pah..” sebut mama n ayah pun tidak sedangkan saya selalu menyebut mama dlm setiap perbualan kami…anak saya sgt aktif sejak dia boleh merangkak lg…menoleh apabila di panggil tetapi tidak sahut panggilan..

    sgt suka pada roda spt tayar motor, basikal…suka putarkan roda tersebut… suka pada kipas..tidak suka bermain dengan alat permainan kanak-kanak tp sgt suka bermain sudu, tupperware n brg plastic yg lain..apabila nk susu dia akan menangis dan menarik tangan ke arah botol susu….begitu juga jika inginkan sesuatu dia akan tarik tangan untuk mengambil barang tersebut… Namun dia boleh mengikut arahan dengan baik seperti ambil tuala, simpan botol, tutup pintu dan lain lain lagi…..

    Anak saya juga tidak pandai bergaul dengan rakan sebayanya…dia suka memukul kawan… bila nampak binatang spt ayam, kucing burung, dia akan mengeluarkan bunyi binatang tersebut walaupun telah diajar cat , bird..sgt suka bermain bola akan akan sebut gol!! setiap kali tgk game bola..

    boleh x puan kongsi sikit tentang tingkah laku luqman semasa umur 1 thn 6 bulan..
    sebagai seorang ibu, sy sgt risau dengan perkembangan pertuturan anak saya… harap mamamunie dapat membantu..

    • salam puan azilah,

      mcm mana perkembangan anak puan sekarang?sudah bole bercakap?anak saya 1 thn 7bulan sama tingkah laku mcm puan describe..lelaki jugak

  4. Anak saya akan masuk 2 tahun esok. Tapi masih belum bercakap, hanya sepatah2, itu pon mengikut apa yang orang sebut. Perkrmbangan lain nmpak ok.Boleh mendengar arahan, kemahiran motor baik. Tapi bila ramai sangat yang tanya anak dh pandai cakap ke belum, sebagai ibu, kadang2 rase sedih dan stress jgk. Dah pujuk suami utk bawa jumpa speech therapy, tapi sebab kos yang mahal, suami kurang setuju. Lebih kpd membiarkan anak akan bercakap sendiri. Saya sangat risau. Rakan sebaya anak, ramai yang dh boleh buat ayat dh pon. Saya buntu. Walaupon saya sibuk dengan urusan belajar di utm, dan kurang masa untuk ajar anak, tapi saya cuba sedaya upaya untuk ajar anak macam2. Kalau suami yang ajar, memang nampak anak cepat tangkap, tapi masalahnya, suami pon jarang bercakap dengan anak. Apa pendapat puan?

  5. Salam puan, terima kasih kerana sudi berkongsi..saya juga mempunyai anak sama cam puan.nama die Muhammad aqief Fikry, dia lahir dengan berat 2.2kg…daya ingatan die kuat..tunjuk jalan die ingat 1 1..saya dah lama x amik terapi kt hospital sb kekangan masa. Tapi plan mgkin saya akan teruskn terapi tersebut.

  6. Salam puan.. anak saya pun mengalami masalah ini… dia perempuan..berusia 2tahun 4bulan.. puan pergi check dekat hospital kerajaan kan? segala sessi itu semua berbayar ke?

  7. As salam Puan.
    Saya berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai late talker itu.
    Pada umur berapa anak Puan boleh bercakap spt kanak-kanak lain ya?
    Saya bimbang kerana anak perempuan saya yang berumur 2 1/2 tahun juga late talker. Pakar kanak-kanak telah mengesahkan tiada masalah. Namun saya masih ada sedikit kerisauan.
    Harap Puan dapat bantu saya dalam memberi tips & panduan utk membantu dia bercakap dgn cepat.
    Terimakasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s