Percutian Pendek Di Penang


2 Januari 2015. Kami bertolak dari Alor Setar ke Kampung Mengkuang Titi jam 9 malam dan tiba di sana jam 11 malam sebab menyinggah ke kedai RM2 yang baru buka sebelum masuk tol Alor Setar Selatan semata mata nak beli pelampung untuk Hani mandi laut nanti since Luqman dah ada pelampung itik yang dibeli masa kami berkelah kat Titi Hayun dulu. Adik saya menyewa rumah di Kampung Mengkuang Titi tu. Senang lah kami. Dapat berjimat tak perlu duduk hotel bila ke Penang. Hehehehe.

IMG_20150106_133817 IMG_20150106_133800 IMG_20150106_133724 IMG_20150106_133631

3 Januari 2015. Aktiviti kami di waktu siang hanyalah berlegar legar di sekeliling kampung tu dan sembang2 kat meja batu dan buaian di bawah pokok. Jiran2 sekeliling pun join. Saya masak Paprik Ayam untuk makan tengah hari secara berjemaah. Cuaca panas terik tapi berangin. Kalau datang musim buah tentu seronok sebab rumah ni dikelilingi pokok manggis, rambutan, dokong, ciku dan macam2 lah lagi. Pada sebelah malam kami bersantai di tepi Pantai Bersih menikmati angin laut sambil borak2 kosong. Anak2 seronok berlari2 tepi pantai dan Luqman sedaya upaya cuba nak baling batu sampai ke tengah pantai kononnya nak tuju ke arah kapal yang dia nampak. Jauh la anak oiii.. Ada batu yang jatuh 1 meter pun tak sampai. HAHAHAHA. Ramai juga yang duduk ambil angin di tepi pantai ni. Selepas tu kami pun beransur pulang dan sempat lagi singgah di Butterworth, Nasi Kandar Beratur Jamal Mohamed. Memang beratur panjang tapi nasi dia tersangat la sedap sampai rasa nak kemam je suapan terakhir biar sentiasa sedap tu kat mulut. Bengong kan??

IMG_20150106_141149 IMG_20150106_141120

4 Januari 2015. Semua bangun awal dan kalut menyediakan Nasi Lemak Ayam Goreng Tepung sebab kami semua nak pergi berkelah mandi laut di Pantai Batu Ferringhi. Kami singgah dulu breakfast kat warung roti canai di kawasan Mengkuang Titi ni. Kemudian perjalanan diteruskan semula lepas perut masing2 dah agak selesa. Walaupun hari tu hari Ahad tapi tak ramai yang nak naik feri dan Penang pun jalanraya tak berapa sibuk. Sampai tepat jam 11 pagi di Batu Ferringhi. Kami semua mandi dulu. Tapi Luqman tak nak mandi. Dia cuma pegang ranting dan conteng2 pasir. Hani pula teruja mandi sampai tak nak naik ke atas dah. Lepas sejam tu kami naik dan makan nasi lemak yang dibawa tadi. Memang sedap!!! Pastu sambung mandi lagi sampai pukul 3pm. Best. Lepas mandi pantai, kami bercadang nak ke Taman Belia tapi semua dah lemau. Anak2 pun dah nampak mengantuk sangat. Jadi kami putuskan untuk balik rehat di rumah adik dan terus pulang ke Alor Setar selepas Maghrib. Tidur selepas mandi nyenyak sangat2! Tapi malam tu sakit seluruh badan. Hahaha. Namun kerana azam tahun baru nak kurangkan MC dan EL.. Maka esoknya masuk kerja seperti biasa dengan kulit hitam merelit orang kedah cakap… Feeling mat saleh mandi laut tengahari rembang, pastu balik je hitam macam negro. hahaha. So percutian kali ni pendek tapi amat menyeronokkan. Nanti nak pergi lagi percutian mengejut dan tak dirancang macam ni. Sangat seronok!

IMG_20150106_131240 IMG_20150106_131158 IMG_20150106_131129 IMG_20150106_131040  IMG_20150106_130925 IMG_20150104_134728 IMG_20150104_134516  IMG_20150110_132553

P/S : Tapi bagi sesiapa yang nak mandi pantai di Penang lebih baik ke Pantai Miami kerana pantainya lebih bersih dan tempat lebih cantik. Dari segi kemudahan pula, banyak gerai makanan dan ada bilik mandi. Pantai Batu Ferringhi dah agak kotor dan cuma ada satu kedai makan kat hujung tu. Tapi kami dah malas nak angkut semula barang ke kereta, kami mandi saja di situ.

Leave a comment