Selamat Hari Lahir Abah….


Harini hari lahir abah saya yang tercinta. Dia merupakan seorang bapa yang unik sebab anaknya 6 orang memanggilnya dengan panggian yang berlainan. Saya dan adik yang bongsu memanggil dengan panggilan abah, abang yang sulung dan kakak-kakak panggil bapak manakala abang yang ketiga panggil uncle.Sebabnya abang yang ketiga ni dibela oleh bapa saudara sejak kecil lagi.Tapi dia tahu siapa bapa kandungnya.

Sejujurnya saya tak suka setiap kali sampai hari lahir abah dan mak saya. Sebabnya usia mereka bertambah.Tapi sebagai anak, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat insan yang telah bersabung nyawa, memerah keringat untuk memelihara dan memberi kasih sayang yang melimpah ruah sejak saya bayi hingga sekarang. Saya amat mencintai abah saya kerana beliau memberi kekayaan kepada saya. Kekayaan kasih sayang yang tak ternilai sehingga saya menjadi insan yang berguna pada hari ini.

Sewaktu saya kecil, abah selalu memeluk saya dan bercerita hingga saya dan adik tertidur. Sebelum tidur kami akan salam dengan abah, cium pipi dan peluk abah kuat kuat.Sampai la saya masuk sekolah menengah, dah besar dah.. timbul perasaan malu dan segan. Saya hanya bersalaman dengan abah. Abah tak pernah lagi saya peluk dan cium. Sampai la suatu malam kira2 tiga tahun lepas, saya bermimpi yang abah saya meninggal dunia! Esok siang kebetulan saya nak balik kampung suami. Saya terus jumpa abah, salam dengan abah. Lalu saya peluk abah kuat kuat dan cium pipi abah. Saya menangis. Saya lihat mata abah juga turut ada takungan airmata. Mungkin terharu. Atau dia juga seperti saya. Merindui suatu masa dahulu….

Di hari lahir abah yang ke 59 ni, saya doakan abah dilanjutkan usia oleh Allah, diberi kesihatan yang baik, dilimpahi rahmahNya dan hati diterangi dengan kasih sayang Nya. Terima kasih kerana membesarkan saya dan mencari rezeki dengan penat lelah untuk menyara keluarga. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua kebaikan dan pengorbanan abah. Saya sayang abah sepenuh hati saya.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s