Tag Archive | Product Review

Krim Berkesan Bila Punggung Bayi Melecet


Hai semua…Kejadian ni dah lama berlaku tapi biasa la..lazy blogger macam i ni, sangat lah lambat nak mengupdate entry kat sini. Beberapa bulan lepas Luqman cirit birit.Selepas beberapa kali dia cirit, kulit dia jadi makin merah. saya beli macam-macam jenis nappy rash cream untuk sapu. tapi tak berkesan jugak…Bila sapu jadi makin teruk sampai tahap kulit dia tu dah menggelupas dan dia menangis menjerit meraung setiap kali cirit n nak cuci. sampai saya pun mengalirkan airmata lihat dia terseksa macam tu. dah macam udang kena bakar! Sampai saya takut nak sapu apa2.takut lebih memburukkan keadaan. Lepas tu saya suruh husband pergi farmasi dan ceritakan masalah anak yang tak sesuai cream macam2 yang kami dah cuba. Kot la ada pilihan lain. kalau tak ada, kami nekad nak bwa dia pergi hospital. Pastu orang farmasi suggest beli BEPANTHEN NAPPY RASH OINTMENT.

Bepanthen-Ointment

Lagi satu tips ye ibu-ibu, kalau anak kita fobia masa nak disapukan cream sebab takut pedih dan sakit akibat sentuhan kita, jangan paksa dia. Apa yang kita boleh lakukan ialah, bagi anak bertenang, kemudian bersihkan tangan anak kita, baringkan dia dan sapu cream tersebut pada tangan si anak. Kemudian sambil pujuk2, nyanyi2 ke apa…bawa tangan anak tu biar dia sapu sendiri. Anda jangan sentuh langsung tempat yang dia sakit. Biar dia buat sendiri. Lepas dia dh sapu, bawa anak cuci tangan sampai bersih. Saya dah buat kat Luqman dan berjaya sapu tanpa membuatkan dia menangis atau meronta.

Ok, selepas saya sapu Bepanthen ni, saya buka aircond dan kipas halakan ke tempat sakit tu supaya cream cepat menyerap dan luka cepat kering. Selepas 20 minit macam tu baru saya pakaikan pampers kat dia. Dia pun tidur dan cirit dan mula kurang. Masa nak tukar pampers saya terkejut! Kulit dia dah pulih. Apa yang mengejutkan lagi ialah langsung tak macam sakit. 100% ok. Betul! tak tipu ni!! Memang berkesan betul Bepanthen ni. Sekarang kalau masalah anak kulit melecet ni, saya tak pernah guna cream lain dah. Hanya Bepanthen di hatiku! Maybe anda juga boleh mencuba. Dan cream ni juga boleh digunakan sebagai cream harian dan bila puting ibu yang menyusu badan melecet sebab cream ni tanpa bahan kimia dan selamat untuk bayi walaupun dorang masukkan cream ni ke dalam mulut. 🙂

Set Bersalin Pilihan Saya


Masa mula-mula pregnant anak sulung dulu, saya ambil masa yang lama kat kedai-kedai jamu online dan di supermarket bagi meninjau produk manakah yang terbaik untuk saya. Fuhhh..memang rambang mata. Ada yang mahal, ada yang murah. Tapi semua tu tak penting. yang penting haruslah sesuai dengan badan kita. Setiap badan mempunyai penerimaan dan tindak balas berbeza mengikut individu. Kalau beli yang mahal, tapi tak sesuai pun tak berguna juga. Selepas meneliti pelbagai jenis lambakan produk, saya nekad memilih Nona Roguy. Saya beli satu set besar yang RM530. Agak mahal tapi berbaloi lah sebab untuk kegunaan selama 90 hari. Then saya sambung makan Phyto Natal sampai la Luqman berusia 9 bulan. Pengalaman saya makan Nona Roguy ni, memang best. Badan terasa ringan sahaja dan ramai tegur saya nampak segar walaupun di dalam pantang. Ia buat saya rasa tak letih. Makcik2 dalam kampung yang datang melawat pula siap tegur, ammmboiii….wanginya bau minyak angin ni. Pakai minyak apa? saya jawab Nona Roguy..Pastu ada yang cakap, kaki tangan saya sentiasa hangat dan itu menandakan kesihatan saya sangat baik. Kalau kaki dan tangan sejuk semasa dalam pantang, maknanya darah jalan tak elok.

 

Untuk anak kedua ni, saya cakap kat Mr. Bart yang saya nak makan set bersalin yang lebih murah. Dia cakap tak payah la..makan je Nona Roguy. dah sesuai dengan badan, buat pa nak tukar2. maybe dia pun berpuas hati kot. 🙂 dalam hati saya pun berbunga ceria la. nampaknya duit kutu beliau akan menjadi mangsa. Tapi untuk buat dia sedap hati, saya cakap..ala..untuk bagi sedap mata abang memandang juga. Nanti kalau dah tak cantik, abang kalut nak cari lain pulak.. sayang sanggup berhabis duit abang untuk abang :p

Kalau nak beli produk NR dengan harga ahli dan kadang kala bila bernasib baik, NR buat promosi 20% less dari harga ahli, boleh daftar di portal online NR iaitu di http://www.nr4u.com.my/. Penghantaran pun cepat.

Bagi panduan mommies yang nak beli produk bersalin, jangan dengar cakap orang atau terpengaruh sangat dengan pujuk rayu orang yang jual. Better anda tanya ibu atau ibu mentua dan alamilah sendiri kesannya. Saya dengar Leesa Formula, Amway, Salindah dan Mustika Ratu juga bagus. Anda boleh la survey kandungan produk dan pastikan ianya mengandungi semua jenis herba yang diperlukan oleh tubuh setiap wanita.

 

**tengah tunggu NR4u buat diskaun. baru untung beli barang. 😀

New KFC Flaming Crunch


https://i0.wp.com/24.media.tumblr.com/tumblr_m5n6fwWs9q1qdgqkco1_500.jpg

Baru je balik dari lunch. Mr Bart ambil kat ofis n bawa pi KFC… Kami makan snack plate. So dapat lah try ayam baru KFC iaitu Flaming Crunch. Memang rangup dan pedas tapi dari segi rasa tu macam kurengggg ckit lah. lebih suka Hot& Spicy sebab dah terbiasa sejak azali lagi kan..hehehe. tapi x lah teruk pun rasa dia. Still sedap n ok. cuma kurang puas cam na ntah. susah saya nak ungkapkan.

Anyway Mr Bart, i know u r reading this diam2. u r my stalker. hehehe. Thanks bawa sayang makan KFC tadi tau.. Ayayu polebe………

Whoopee Diapers


Hai semua…

Sebelum ni dok dengar kat radio jer tentang Whoopee Diapers ni…Utk pengetahuan semua, Luqman memang dah terbiasa dengan PetPet. Harga pun ok, tak terlalu mahal. But my officemate told me, Whoopee jauh lebih murah.RM28.90 jer satu pek kat Tesco. So i decided nak try sebab Whoopee pun ada magic tape yang boleh lekat berulang kali, iaitu faktor utama yang i nak bila beli diapers kat anak. Sebab i ni kan mak yang suka letak minyak banyak2 kat perut dia. Bila tape biasa tu kena minyak, dah taknak melekat. Kalau magic tape, adjust la 10 kali pun, tetap melekat elok jer.

Hasilnya, saya memang puas hati dengan Whoopee sebab:

  1. Tiada kebocoran
  2. Ada magic tape, boleh lekat berulang kali
  3. Lembut dan selesa bila bayi pakai.
  4. Tiada masalah ruam atau kemerahan pada kulit. 
  5. Murah
  6. Produk Buatan Malaysia

ni pendapat saya dan ia sesuai dengan anak saya. Anda bagaimana? Sila cuba dan alami sendiri. 🙂 Oh ya, anda boleh cuba dengan meminta sample percuma daripada Whoopee. Cara-caranya mudah sahaja. Hanya perlu e mel maklumat kepada whoopee@peoplengrit.com

Sila sertakan maklumat berikut :

Name:
MyKad:
Address:
Mobile No:
Baby’s name:
Baby’s MyKid:
current diaper brand:
Request Sample size: (you are allowed to mix)

Sustagen Junior 1+


Salam Sejahtera semua…

Harini saya nak berceloteh tentang Sustagen Junior 1+. Sebelum ni Encik Luqman dah minum bermacam jenis susu. Mula2 dia lahir dulu, susu badan saya tak berapa cukup…Jadi ada jiran cadangkan bagi dia Dumex Dulac. Tapi tak sesuai untuk dia. susah nak buang air besar jadinya. So bertukar pula ke Lactogen hasil saranan Uncle Kedai Ubat Cina. Kali ni ok ja dia berak. Perut pun tak pernah meragam. Sampai la umur dia 18hari, dia dimasukkan ke wad sebab dia kan lahir tak cukup tempoh, so ada kuman sikit kat paru-paru. Masa kat wad tu, saya bagi dia susu yang hospital sediakan. Wah wah..begitu berselera dia minum. saya cuba rasa sikit. mmm…memang lemak berkrim. so saya tanya kat nurse di situ, hospital guna susu apa..dia cakap guna Anmum. Balik tu terus story kay my mum. Apa lagi..nani dia kalut bergegas ke farmasi belikan Anmum buat cucu tersayang. Jadi, i bagi Encik Luqman minum Anmum sampai la dia berusia 1 tahun. Memang mahal. Tapi dia la satu-satunya anak i. masa lahir tak cukup bulan pula. susu badan pun dapat merasa sekejap ja..so, rasa tersangat la kesian kat dia. Encik Luqman pulak kuat minum. Sebulan i kena beli 8 kotak untuk dia. Anmum memang bagus plus dia pun suka! 😉

Bila dia dah setahun, dah makan macam-macam makanan berkhasiat, i discuss dengan papa Luqman, apa kata kita tukar bagi susu murah sikit. Dumex Dugro ke..Lactogen ke…Then papa cakap, tak sampai hati la…kita boleh tukar susu, but bagi yang berkualiti tinggi untuk tumbesaran pesat Encik Luqman.I pun spend time pi survey dan baca nutrition label, beza-bezakan, and i found out, Sustagen Junior 1+ probably is the best for him. Because of the Appetit Support Nutrition. In this case, if Encik Luqman tak lalu makan, makan tak seimbang, he still get all the nutrition from his milk. hmm..Super Duper Good!

Uncle Kedai Ubat juga sarankan suruh i bagi dia creamy vanilla atau honey delight taste sebab lebih berkhasiat untuk dia. Dan nampak Encik Luqman begitu teruja dengan Honey Delight. So, i selang selikan dengan Tasty Plain.

Biasanya harga pek kembar 1.3kg Sustagen Junior 1+ ni RM 54.00 kat Kedai Ubat Uncle Tong Hong. Kat Tesco around RM56.00..Tapi rezeki Encik Luqman, Sustagen buat promotion exclusively at Tesco… RM50.99 je!!! Then siap dapat free gift, melamine plate 8″. I terus beli stock sebulan iaitu 4 pek kembar untuk Encik Luqman. 🙂 Beli 2 pek Tasty Plain and 2 pek Honey Delight. so all together mama dapat 4 pinggan free. Hihi.

For more info, mommies boleh go to Sustagen Webpage. dan jangan lupa register di Susta Club yer! Boleh himpun points and redeem free gifts!!!