Courier Untuk Online Business


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dua tiga minggu lepas pening kepala saya nak mencari courier company yang sesuai untuk Pos barang Tupperware kat customer. Budak baru nak belajar berniaga macam ni la… Tak tahu apa apa. Dapat first order 2 bulan lepas terus excited sangat! Saya pula masa tu buat promotion free delivery ke seluruh Malaysia! Ewaaahhhh..mcm best jer kan.. dapat order banyak giler. bagi pula harga murah. Untung pun ada yang RM5 je. Jadi dengan rasa penuh semangat saya pack barang dan call Poslaju. suruh pick up kat rumah. nak save duit minyak dan duit parking kan. Poslaju pun datang ambil depan pintuuuu… sekali dia charge penghantaran…perghhh…bukan setakat tak untung malah tambah lagi duit poket RM70 untuk bayar kos pos tu! Menangis saya masa tu.. Hubby cakap sabar… kita tengah belajar. Jangan putus asa. Rome was not built in a day. Not easy sayang… Ok ok! Terus lap lap airmata ni….

Pastu saya pergi ke stokis Tupperware. Bincang dengan Manager stokis. Dia guide saya. Dia tanya adik ada SSM (daftar perniagaan) x? Saya cakap ada.. Adik ada chop company adik tu x? Pun ada tapi x pernah guna pun. Suka-suka je pergi buat SSM haritu sebab promosi 5 tahun RM50 tu. Dia cakap tengok balik SSM tu ada tak jenis perniagaan barangan plastik. Kalau ada, adik buat satu salinan dan bawa chop pergi minta quotation dengan courier company macam Citylink, Gdex, Poslaju, Skynet dan sebagainya. Adik buka akaun. kalau tak buka akaun memang sangat mahal.

Selepas survey customer review di internet dan bandingkan quotation, saya pilih Citylink. Harga murah dan service pun sangat bagus. Ramai puas hati. Tak banyak complain barang hilang, barang rosak dan sebagainya. Terus saya sign up akaun dengan Citylink. Cik Asmaul Husna bantu saya. Sekejap je selesai. Kena tunggu 3-4 hari macam tu baru dapat no akaun dan boleh la panggil lori untuk buat pick up hari2 kat rumah. Lagi satu saya pilih Citylink sebab dia tak ada minimum usage untuk sebulan, tak ada deposit, tak ada sign up fee. Saya jimat banyak dan hanya perlu bayar barang yang saya pos tu sahaja.

So untuk kawan kawan yang tengah mencari courier paling murah dan boleh dipercayai. Citylink pilihan saya. Anda pula bagaimana? hehehe. Jangan tengok kat murah sahaja, customer bayar kita duit, kita perlu juga cari yang betul2 boleh bawa barang sampai ke customer dalam keadaan yang baik. Survey dulu ya.. saya tulis ni pun untuk anda survey. Harap membantu.

Terima Kasih.

2 thoughts on “Courier Untuk Online Business

Leave a comment