Aku Sensitif Soal Anak!


Ini ialah kisah Encik Muhammad Luqman Wafi. Beliau ialah anak lelaki kesayanganku. Rata2 orang yang rapat dan kenal Luqman betul2 percaya bahawa there is something special about him. Dia lambat bercakap. Tapi sekarang dah banyak cakap. Aku kagum. Kat mana saja dia pi, semua akan kerumun nak kawan dengan dia dan jadi pengikut dia. Nak main sama2. Dia agak lincah dan aktif. Dan semua ibu yang mempunyai premature baby seperti Luqman pasti faham. Ni memang salah satu ciri2 baby yang lahir tak cukup bulan. Pasti terlebih aktif. Dulu aku agak stress, tapi aku semakin memahami karakter Luqman selepas aku dok ulang pi jumpa pakar kat hospital. Luqman tak boleh diajar melalui kekerasan dan kemarahan. Dan aku yakin semua budak tak boleh diajar sebegitu. Kena didik dengan penuh kelembutan dan masa ni lah aku kerap belajar psikologi kanak kanak… lah sangat…hahaha.

Luqman suka tolong mama. :p

Luqman suka tolong mama. :p

Tapi, aku juga ibu yang tak sempurna. Kadang kala bila terlalu stress, aku terlepas kemarahan aku pada anak. Aku marah dia, pukul kaki dia bila dia nakal. Semua ini akan terjadi bila mulut2 di sekeliling aku yang menjadikan aku tertekan. Aku pasti semua ibu pasti bersetuju dengan aku. Kadang kala, kita tak marah sangat anak kita atas perbuatan dia. Tapi orang sekeliling akan cakap… eeee nakalnya budak ni! Dia buat macam tu, hang tak larang dia ka?? Hang tak rotan sikit kaki dia bagi pengajaran ka?? Dan yang paling aku sedih, ada insan jelik dalam dunia ni gelarkan anak aku makhluk nakal. Kata-kata orang sekeliling yang seringkali menaikkan kemarahan aku ibarat menyimbah petrol ke dalam api yang sedang marak.

Anakku ialah anak yang hebat!

Anakku ialah anak yang hebat!

Luqman ni bukanlah terlalu nakal. Cuma dia tak suka dikongkong. Dia seorang yang berani dan adventurous. Kita hanya perlu memerhati dan mengawasi gerak geri dia. Contohnya kalau dia tengah memanjat, jangan halang dia. Cuma pesan jangan tinggi sangat nanti jatuh dan pastikan kita memang ada di situ menyokong badan dia takut kalau2 terjatuh. Jangan terus halang dia dari memanjat. Faham tak? Ada cara untuk kawal Luqman ni. Tak semua orang faham. Hanya yang pernah jaga Luqman yang akan faham iaitu aku, papa Luqman, mak aku, kakak dan adik aku. Ni sahaja orang yang jaga Luqman dari kecil dan dapat faham Luqman dengan baik.

Sejak Luqman membesar ni ada rumah sedara mara yang aku banned terus dari pergi berkunjung sebab mereka menunjukkan secara terang terangan bahawa mereka tidak selesa dengan kehadiran Luqman yang lari sana, lari sini even tak ada pun barang yang pecah atau rosak kat rumah mereka tu, tak ada pun sebarang kekotoran kekal yang tertinggal. Berhati hatilah mengeluarkan kata2 terhadap kanak2. Jagalah hati dan perasaan kami ibu2 yang melahirkan anak2 kami dengan penuh kepayahan ni… Janganlah bagi gelaran yang mengguris hati terhadap anak kami yang agak aktif. Jangan mengeluarkan soalan dan kata2 yang kurang enak terhadap anak kami.  Dont you remember, what goes around comes around?? Nanti hampa pun akan ada anak dan cucu cicit jugak kan??

Luqman, mama berdoa satu hari nanti Luqman akan jadi seorang imam yang hebat dan buktikan pada semua orang yang Luqman ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Apa yang Luqman tempuh dari kecik sampai besaq, hanya Allah yang tahu betapa Luqman kuat dan tabah. Anakku Luqman, kau akan membesar sebagai insan yang mempunyai identiti tersendiri dan semua orang akan kagum pada kau suatu hari nanti. I love you Luqman & Hani..tersangat cinta pada anak2 aku. sebab tu mama begitu sensitif soal anak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s