Tag Archive | Life&Passion

Azam Tahun Baru 2012 Mama.Wafi


Tahun 2012 bakal menjelang tak lama je lagi…Mamamunie ada memasang pelbagai angan2 dan azam di tahun Naga iaitu tahun kelahiran saya… Antaranya ialah:

 

1)Jadi mama dan isteri abg “syg” yg baik 🙂
2) Nak kurangkan MC dan EL. (maximum MC 7 hari sahaja :p)
3) Tidak mahu ada rekod datang lewat ke ofis walaupun seminit.
4) Tidak mahu tangguhkan sebarang kerja.
5) Mahu bersungguh sungguh melakukan perniagaan “itu”. (akan di share kemudian)
6) Nak beli kereta dan rumah sendiri
7)Tak mahu berhutang walau sesen dengan sesiapa pun
8) Kurangkan makan di luar
9) Nak kuruskan badan
10) Taknak makan fast food lagi
11)Kalau rezeki lebih, of course nak tambah baby lagi.
12) Tidak mahu membeli sesuatu yang bukan keperluan/ lebih berjimat cermat
13) Nak beli radio baru
Cukuplah 12 azam ini sempena tahun 2012… Harap2 semuanya dapat ditunaikan sebelum 12.12.12…. hihihi.

Mama.Wafi suka lakonan Izreen Azminda!!!


Gambar dari mstar Online. Izreen Azminda
Wah wah wah..kerap betul Mama.Wafi “demam” sekarang ni…dulu demam Nora Elena.. sekarang ni Tentang Dhia plak…hehehe.  Best sangat cite ni sampai balik keja tu, cepat-cepat mandikan Wafi, susukan dan bagi dia sleep kalau dia mengantuk. Ya la, nak kejar Tentang Dhia pulak pukul 7 tu..hihi. Biasanya Wafi pun akan duduk dalam walker dalam bersiar2 di ruang tamu sementara mama menonton tv…
Lakonan Izreen Azminda memang menjadi dan berjaya membuat Mama.Wafi terpegun dan nampak real sangat lakonan dia. Tak nampak kaku, tak nampak dibuat2..semua nampak natural dan 100% perfect!!!
Izreen Azminda, kalau awak terbaca ni (hehehe.aku perasan) saya kagumi bakat yang awak ada. Jangan sekali dipersiakan..Jaga disiplin dan jangan palitkan diri dengan kontroversi yang tak membawa faedah. Awak memang hebat!!

Cara Berkesan Menurunkan Kolestrol


Sejak awal minggu ni, Mama.Wafi sering berasa pening-pening dan mata rasa macam kabur je… Mama.Wafi ingatkan tekanan darah ni rendah. Tapi bila pergi check maka sah lah bahawa Mama.Wafi TINGGI KOLESTROL! Tak syak lagi! Adoiiii…mula la terfikir kenapa..kenapa..kenapa jadi begini..takutnya sebab doktor cakap, kalau kolestrol tinggi, berisiko untuk dapat sakit jantung, darah tinggi, kencing manis…Hah??Biaq betik…dah la memang itu penyakit keturunan. So double risiko Mama.Wafi lah..Aiyoyoyo..Endhiran.. huhuhu..

Pastu Mama.Wafi mula la memikirkan penyebab masalah ni…Tinggg!! dapat jawapan…Setiap pagi Mama.Wafi sarapan Nasi Lemak dengan bilis.. bilis dan santan tinggi kolestrol.maka.. ditransferkan kolestrol itu ke badanku ini…

Jom kenali Encik Kolestrol dengan lebih dekat lagi supaya kita dapat jauhkan diri daripadanye…

 

Siapakah Encik Kolestrol??

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Senarai Makanan Yang Tinggi Kolestrol

1)Kuning telur

2)Santan

3)Daging Ayam Berlemak

4)Daging Lembu Berlemak

5)Daging Kambing Berlemak

6)Ikan Bilis

7)Sotong

8)Udang

9)Kerang

10) Telur Burung Puyuh

11)Belut

12)Mentega/Butter

13)Belut

14)Susu Penuh Krim

 

Senarai Makanan Rendah Kolestrol

1) Dada Ayam

2)Ikan sungai (patin,kelah,lampam,puyu)

3)Putih Telur

4)Susu Tanpa Lemak

5)Buah-buahan

6)Sayur-sayuran

Senarai Makanan Yang Menurunkan Kolestrol

1) Belimbing

2)Anggur merah

3) Air asam jawa

4)Jus lemon

5)Jus limau nipis

6)Gingko Biloba (cari kat farmasi)

7)Minyak ikan Omega 3 (cari kat farmasi)

8)Madu Lebah Asli

9)Quaker Oat

10)Roti Gandum Penuh

11)Bawang Putih

12)Minyak zaitun

13)Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara)

14)Yogurt

 

Cara Menurunkan Kolestrol

1)Bersenam

2) Pilih makanan yang berserat tinggi

Jika sebelum ini biasa makan nasi lemak waktu pagi, tukar dengan bersarapan roti gandum. Sebab ianya berserat tinggi dan boleh turunkan kolestrol.

3)Pilih ikan daripada daging

Kalau ke kedai makan, jangan pandang daging yer..Kalau sebelum ni selalu makan gulai daging, tukar menu kepada gulai ikan…

4) Banyakkan meminum air suam berbanding air manis(teh ais, kordial n etc.)

 

 

 

 

Saya Suka CIMB CLICKS!!!


Hai semua….

Jangan gelakkan Mama.Wafi tau sebab ketinggalan zaman. Mama.Wafi baru je buat Account CIMB CLICKS ni..hehehe. Mesti ada yang dah lama buat ni. Seronok juga mengexplore CIMB CLICKS ni…And one thing for sure, it makes my life easier because i can do everything without going out and facing traffic jams, queue up at the counter, wasting my time and what so ever….

Mama.Wafi dapat buat banyak benda dengan hanya duduk jer depan ni contohnya…

1)Bayar bil ASTRO

2)Bayar duit insurans

3)Topup card Touch N Go

4)Topup prepaid handphone

5)Bayar duit PTPTN

6)check account statement

dan macam-macam lagi lah..yang kat atas tu senarai yang Mama.Wafi pernah buat jer….hihi. yang bestnya system ni dijamin keselamatannya.

 

CARA NAK BUAT CIMB CLICKS

Pergi ke ATM di bank CIMB berdekatan dan dapatkan ePIN anda…Ikut je arahan ATM tu..ePIN code akan di hantar melalui SMS ke nombor telefon anda.

Kemudian masuk ke website http://www.cimbclicks.com.my…

Pergi ke First Time Login dan isikan butiran yang diminta…Taaraaaaa…siap! Dan kini semua urusan di hujung jari anda sahaja.

Selamat Mencuba!!

Filem Ombak Rindu…. Ku Tunggu Kamu!!


Ombak Rindu oleh Fauziah Ashari merupakan novel yang paling best yang Mama.Wafi pernah baca sepanjang hidup ini. Telah beratus novel yang Mama.Wafi baca(sememangnya aku kaki novel)tapi Ombak Rindu memang lain daripada yang lain. Mampu membuatkan Mama.Wafi mengalirkan air mata sederasnya(perasan aku ni Izzah la pulak :p) So bercerita bab novel ni, Mama Wafi pinjam novel ni dengan mak angkat Mama.Wafi. dia pun kaki novel. Thanks Ummi bagi Muni pinjam banyak novel Ummi :-)Tahun bila Mama.Wafi sendiri dah tak ingat tapi sudah tentulah waktu sekolah dulu2.. Mama.Wafi amat berharap agar filem ini sehebat novelnya juga…seperti drama Nora Elena yang sehebat novel Kasih Yang Suci tu…But Mama.Wafi rasa kan…Maya Karin tak sesuai la jadi Izzah…Mama.Wafi lebih suka kalau yang jadi Izzah tu Tiz Zaqyah..sebab Izzah dalam novel tu gadis kampung. Maya tak nampak kampung la. Aaron Aziz memang dah teramat sesuai pegang watak Hariz…Dan watak jahat pun macam tak sesuai dengan Lisa..Lebih sesuai gantikan dengan Fazura..hihi. Ni pendapat je..Jangan ada yang marah tau. Dah tak sabar nak pi tengok dengan Papa.Wafi…Wafi pula? belum sesuai nak dibawa. So, tinggal dia dengan Mami Miyah dia aje le…Cewah..plan siap..padahal filem belum keluar lagi pun…

Tarikh Tayangan Ombak Rindu: 01 Disember 2011

Pelakon Ombak Rindu

Aaron Aziz – Hariz

Maya Karin – Izzah

Lisa Surihani – Mila Amylia

Bront Palarae

Azizah Mahzan

Zaidi Omar

Normah Damanhuri.

Sinopsis Ombak Rindu

filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Jom layan gambar-gambar dalam Filem Ombak Rindu…. Wow..romantisnya… 🙂 Yang terakhir punya gambar paling “romantis”…

**Isteri Aaron Aziz ni tak cemburu ke? Kalau la Mama.Wafi kat tempat isteri dia..Perang Besar la jawabnya…Baik betul Isteri Aaron ni…

Tips Untuk Mengelak Dari Berbelanja Lebih


Pastikan bajet tidak “melimpah” setiap bulan…

1. Adakan bajet untuk setiap perbelanjaan. Senarai mengenai tanggungan yang dibuat setiap bulan itu dapat mengingatkan kita untuk berbelanja secara lebih berhemah. Mama.Wafi selalu buat senarai dan bahagi kepada dua kategori. 1 bahagian keperluan, 1 lagi bahagian kemahuan. Bahagian keperluan mungkin termasuk susu anak, duit insurans 1 family, duit pengasuh, bil  dan sebagainya. Kemahuan pula ialah pulang ke kampung, makan KFC, menonton wayang dan sebagainya.

2. Sediakan dana khas untuk keperluan tertentu seperti untuk menyambut hari raya atau bercuti. Mama.Wafi simpan siap-siap duit bonus setiap tahun untuk bayar roadtax dan insurans kereta, perbelanjaan raya, duit simpanan untuk kecemasan dan macam2 lgi.

3. Berbelanja untuk barangan perlu saja dan elakkan berbelanja lebih untuk barangan yang diingini. Mama.Wafi selalu kalau nak beli barang, akan fikir 2,3 kali sebelum beli. Bila benar2 rasa perlu, baru la Mama.Wafi beli. Ini juga berkesan untuk elakkan pembaziran wang di shopping complex.

4. Elak daripada berhutang sama ada dengan kad kredit atau rakan untuk perbelanjaan yang dapat dielakkan atau ditunda. Hadkan penggunaan kad kredit untuk keperluan kecemasan saja. Mama.Wafi memang tiada kad kredit atau hutang dengan bank. Cuma hutang PTPTN je. huhuhu.

5. Beli barang ketika sales dan beli barang jenama pasaraya contohnya Tesco Choice. Buat perbandingan harga di beberapa pasaraya berkenaan harga barang. Pilih pasaraya yang murah. Mama.Wafi selalu pilih Tesco. Kalau susu dan pampers Wafi pula, beli di Kedai Ubat Cina. 🙂

6. Akhir sekali, berbelanja mengikut kemampuan. Jangan berbelanja sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Mama.Wafi pakai pakaian sekadar termampu oleh diri ini sahaja. Beli apa-apa pun ikut kemampuan. X da la Mama.Wafi nak menunjuk atau berlebih-lebihan ni.

 

Gambar Terbaru Anak Sheikh Muszaphar, Sophea Isabella.


http://barelysupermommy.files.wordpress.com/2011/10/dsc01644.jpg

http://barelysupermommy.files.wordpress.com/2011/10/dsc01686.jpg

Gambar Bella and mommy Halina kat tepi laut adalah diambil di Maldives. Comelnya dia. Mommy dia pun lawa. Daddy pula handsome. A very cute little family!

Mama.Wafi difahamkan, gambar yang kedua adalah gambar kali pertama Sophea Isabella naik kapal terbang mengikut daddy dia ke Maldives. Hmmm..Seronoknya Bella. Kecil2 lagi dah pergi melancong.

Kalau nak tahu lebih banyak perkembangan sila kunjungi sendiri blog Dr. Halina iaitu barely supermommy. 🙂