Tag Archive | Sakit

Takut


Kandungan saya yang kedua ni dah hampir mencecah 22 minggu usianya. Semakin aktif baby tendang2 perut mama. Bila orang tanya, baby duduk kanan ke kiri? saya tak tahu jawab sebab dia sekejap kat kanan, sekejap kat kiri. wahaha! kadang2 kat tengah. dok menonggeng kot sebab perut terus jadi bulat macam doh kuih donut gebu yang baru diuli. hehehe. Jantina belum diketahui. Sejujurnya kali ni, saya mengharapkan seorang puteri untuk melengkapi keluarga kami yang sudah ada seorang putera iaitu Encik Luqman. Tapi tak kisah sangat lah. Janji anak-anak mama semua sihat dan sempurna. Amin…

Rasa takut semakin menyelubungi saya. Kali ni seperti mengandung anak sulung sebab saya lebih menikmati kehamilan ini. Masa preggy kat Encik Luqman dulu, saya kerap masuk wad, cucuk ubat tahan sakit yang membuatkan saya tidur je 24jam…jadi saya x berapa feel sangat. Beranak pun tiba-tiba je. Tak macam kebanyakan ibu lain yang betul2 berdebar tunggu hari,then sakit, then pi hospital pastu beranak. Melalui proses menyusu dan menjaga bayi sejak dari saat pertama melahirkannya…wow..sweet moment!Di wad masa sakit. Family datang melawat.

Berbalik kepada topik takut, saya sebenarnya takut apa yang saya pernah lalui sebelum ni berulang kembali. Semua kesakitan tu, segala susah payah ulang alik masuk wad..buat diri saya trauma! Melihat bangunan hospital saja pun dah terasa sebak satu macam. Tengok parut2 jarum di tangan, parut2 operation di badan, buat saya rasa tertekan dan takut. Macam mana lah kaki ni nak melangkah ke hospital nanti. Sukar bagi saya menceritakan apa yang saya rasa kat orang lain. Maybe sapa yang pernah lalui perkara yang sama macam saya, tahulah peritnya perasaan ni. Saya berdoa setiap malam agar Allah melenyapkan semua ingatan tentang segala kepahitan yang pernah dihadapi dan saya dapat melalui semua proses kehamilan dan bersalin dengan mudah.

Keluarga datang memberi semangat 🙂

Sekarang saya lebih banyak membaca artikel2 motivasi untuk ibu hamil bagi menguatkan mental saya. Saya juga cuba melatih diri saya agar lebih tenang dan sabar… Biarlah saya bersalin dengan mudah dan akan memudahkan tugas doktor dan misi bertugas nanti. Semoga bibir saya nanti tidak keluar rungutan dan jeritan semasa sakit bersalin. Biarlah hanya zikir dan doa sahaja tidak lekang dari mulut ni.

Advertisements

Sakit Pinggang Semasa Hamil


Assalamualaikum…

Sakitnya lah hai masa saya dok menaip post ni. pinggang ni terasa sakit sangat. mencengkam urat2 saya. bila pergi check, doktor ada beritahu” bagus u datang check sebab sakit pinggang masa hamil ni tak leh dipandang remeh”

But in my case, nothing is serious. Doktor cakap, maybe tulang punggung tu nak mengembang sebab nak support baby. So, kena banyakkan exercise dan jangan duduk dalam tempoh yang lama.

Kadangkala, sakit pinggang masa hamil ni boleh menjadi masalah serius kerana ;

1)Buah pinggang anda bengkak
2)Dijangkiti kuman pada saluran kencing
3)Kedudukan bayi yang songsang

Jadi, walau apa pun masalah anda, jangan biar ia berlarutan. Sila pergi berjumpa doktor dan seeloknya buat ultrasound KUB bagi memastikan tiada masalah lain yang timbul.

Tips untuk mommies yang ada masalah sakit pinggang masa mengandung ni ialah :

1)Pakai pakaian longgar dan selesa.
2)Sentiasa sapu balm/minyak bagi kurangkan sakit dan elakkan terlalu banyak makan ubat
3)Elak melakukan kerja2 berat
4)Pakai kasut yang rata dan selesa. Jangan pakai kasut tinggi.
5) Tidur, duduk dan berdiri ikut posisi yang betul. Lapik bantal kat pinggang supaya lebih selesa.
6) Jangan makan benda sejuk dan berangin.
7)Minum susu lebih kerap. Kalau tak lalu susu, boleh ambil pil kalsium.

Cabut Gigi Semasa Mengandung


Assalamualaikum semua..

Di saat saya menulis post kali ni, kepala dan gusi saya berdenyut2. dalam telinga pula terasa bengang satu macam. muka pun terasa hangat macam nak demam. semalaman saya tak boleh tidur. toleh kiri sakit, toleh kanan sakit. pastu dah nekad, siang nanti, aku mesti cabut gigi geraham bongsu ni. sebelah dah cabut dulu.. ni lagi sebelah pulak.

Pastu dengan semangat berkobar-kobar, saya pun ke klinik gigi. tnggu giliran hampir 2 jam jugak lah. bila masuk ja bilik doktor, dia check smua..dan cakap, memang kena cabut ni.. sebab gusi terkoyak teruk dan bengkak. saya pun siap nganga luas2. tiba2 teringat……

oppppsssss..doctor, i’m pregnant 3 months..boleh cabut kah??

doctor trus angkat tangan mcm menyerah kalah tu..

no..no..no..i can’t do it… tnggu lepas bersalin..

lamanya!sakit gila nih..anyway, pls explain y u can’t do it?

ok puan..sebabnya ialah, ubat bius yang kami gunakan nanti boleh menyebabkan keguguran. yang kedua ialah, ini gigi geraham bongsu.akar sangat panjang. jika semasa cabut, akar patah di dalam, kita perlu x-ray. dan itu akan mencacatkan kandungan puan. 

oh my Allah!! xpa la doctor..saya tak nak cabut. tapi sakit sangat ni..
macam mana nak buat…

ok..apabila sakit, kamu berkumur dengan air sejuk sehingga terasa sedikit kebas. ini juga boleh mengurangkan bengkak.letakkan ais di tempat yang sakit dan di luar pipi. 

makan makanan yang lembut dan banyakkan minum air masak kerana kurang air dan cuaca panas juga boleh sebabkan gigi skit.

berus gigi setiap kali lepas makan dan berkumur secara kerap dengan pembasmi kuman atau nama lainnya listerine. :p

jika masih terlalu sakit, makan panadol mengikut dos yang ditetapkan. 

so all mommies, kalau boleh elak, kita elakkan dari cabut gigi semasa hamil ni. tapi kalau dan sampai nazak sangat, sila la jumpa pakar pergigian ya! yang penting sabar…..ini semua dugaan untuk kita. beristifar banyak2 sebab kalau sakit gigi, memang suka marah-marah dan melenting macam singa tak makan 10 hari. 😉

Pengalaman Cabut Gigi Geraham Bongsu…


Hari Selasa pagi Mama.Wafi ke Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Simpang Kuala. Gigi geraham bongsu ni dah tak tertahan sakitnya. Berdenyut2 sampai ke mata dan kepala. Bengkak sampai susah nak makan dan tidur…Jadi, no choice…terpaksa gak pi cabut. Mula-mula tu Mama.Wafi call ke klinik pergigian swasta, tanya kos nak cabut gigi geraham bongsu ni..Dia cakap lebih kurang RM 230 macam tu..Adoi..berpeluh dahi mendengarnya. Bila fikir la…hmmm…Mama.Wafi decide pergi ke klinik pergigian kerajaan saja lah untuk menjimatkan kos… Mama.Wafi ambil Emergency Leave sebabnya Klinik Pergigian Simpang Kuala ni ada jadual la pulak..hari Selasa je boleh check dan cabut. Hari lain untuk yang dah ada appoinment dan lain-lain punya kes…

Tunggu lebih kurang 45 minit, nombor Mama.Wafi pun dipanggil..tak rasa lama menunggu sebab dok layan TV..cerita cina..lawak plak tu. hehe. Masuk ja dalam bilik doktor, terus rasa seram sejuk satu macam. Teringat kembali zaman kanak-kanak dulu2 tu..bukan main takut lagi nak cabut gigi ni.

Doktor : Munirah kan?

Mama.Wafi : Ya. Saya.

Doktor :La..awat dok berdiri kat pintu. Mai sini. Baring kat kerusi ni. Doktor nak check.

Mama.Wafi: Ok…(muka cemas dan dengan pantasnya naik ke kerusi tu)

Doktor: Kamu takut ka?Relax…Ok, mai harini sakit gigi tang mana? cuba cakap kat doktor.

Mama.Wafi: Gigi geraham bongsu saya ni sakit sangat doktor oii..dua2 belah pulak tu.Tapi kiri paling sakit. Tak tahan dah saya ni. Nak makan susah. Nak tidoq pun pyh la doktor oiii.

Doktor: Oh…bengkak ni..Ok, la ni kamu nak doktor buat apa?

Mama.Wafi: La…tanya saya pulak (sambil gelak slow2.)

Doktor : Ok. Kita cabut.!

Doktor tu pun cucuk ubat bius 3 jarum kat mulut Mama.Wafi. Kebasnya terasa sampai dahi. huhu. Then doktor pun berhempas pulas dengan playarnya tu dk goncang2 gigi Mama.Wafi. Ada seorang nurse pegang kepala. Memang tak boleh angkat kepala ni. Tiba tiba Mama.Wafi dengar bunyi macam kain terkoyak…braaaapppppppp…….!!!

Doktor tu dah cabut gigi Mama.Wafi. Darah banyak gila. Gigi tu panjang jugak rupanya. Ingatkan ketot je… Lepas selesai, doktor tu lap darah dan sapu ubat sikit kat mulut. Dia bagi ubat tahan sakit. Mama.Wafi pun pulang ke rumah dengan muka bangga sebab dah berjaya cabut gigi yang amat sakit tu.

Sejam selepas itu….

Ya Allah..sakitnya. Darah pulak dah penuh kat dalam mulut. Doktor dah pesan tadi lepas cabut gigi….Antara pesanannya ialah:

1) Jangan kumur mulut

2) Jangan berus gigi

3) Jangan makan benda panas dan keras

4) Makan ais krim dan minuman berais

5) Makan bubur sejuk

Sakitnya tu sampai Mama.Wafi menangis macam budak kecil. Nak minum air pun kena guna straw dan hisap perlahan lahan. Mama.Wafi dah la lapar. Masa pergi klinik pagi tadi, tak makan dulu. Cuma minum milo je secawan. Tanpa berlengah lagi, Mama.Wafi makan ubat tahan sakit dan terus tidur… Bangun dari tidur, Mama.Wafi tengok kat cermin, bahagian dalam bibir terkoyak sedikit dan gusi lukasatu garis lebih kurang 2cm. Sakitnya.. Mungkin doktor pi tekan mulut Mama.Wafi dengan kuat msa nak cabut kot…

Masa nak balik kan, doktor siap pesan ]

“KALAU DAH SEMBUH, MAI LAGI YA..CABUT YANG LAGI SEBELAH TU” 😛

seramnya…..tak mau pi dah la….hahahaha.

Kini…sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Namun, bengkak masih tak hilang dan setiap malam kena makan ubat tahan sakit. Kalau tak makan, tak buleh tiqoq la jwbnye… Doakan Mama.Wafi cepat sembuh ya…

DOA ANGIN AHMAR/STROK/RIHUL AHMAR


ALLAHU AKBAR

 

Assalamualaikum…. Di sini saya ingin kongsikan sebuah cerita untuk pengajaran dan iktibar semua. Baru baru ini, bapa saudara saya diserang oleh angin ahmar sewaktu beliau memandu sendirian di waktu malam. Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam. Jalan tersebut merupakan sebuah jalan yang sunyi dan jarang dilalui (sekitar Bandar Puteri Jaya). Ramai orang yang lalu lalang menyangka kereta beliau di “parking” di tepi jalan tanpa menyangka beliau sebenarnya terbabas berdasarkan kedudukan kereta kerana beliau sempat menekan brek dengan payung. Telefon bimbit pula terlepas dari tangan sewaktu beliau hendak menghubungi isteri. Jadi, sekitar jam 4 pagi barulah anggota polis yang kebetulan meronda di kawasan tersebut menjumpai beliau dan menghubungi ambulans. Sekarang beliau lumpuh. Masa asyik dok search kat Pakcik Google, saya terjumpa doa ni. Sempena bulan yang mulia ni, saya nak kongsikan bersama anda semua. Bagi yang belum tahu, segeralah berdoa. Bagi yang sudah tahu, hebahkanlah kepada kita sesama Islam…

 

 

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

Untuk makluman, sesiapa yang tak pandai baca dalam tulisan Arab, bolehlah baca dalam doa angin ahmar Rumi ni. Islam itu mudah. Allah Maha Mendengar doa HambaNya tak kira dalam apa jua bahasa sekalipun. Mohonlah pertolongan dari Allah. Sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ni, berdoalah dengan sepenuh hati. Semoga diperkenan Allah. Amin….