Sakit Bontot


Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Begitulah ketidaksopanan tajuk kali ni.. hahahaha. Mak saya pesan, kalau sakit mata jangan bagitau orang yang kita ni sakit mata. Pantang katanya! Kena cakap sakit bontot. Kalau kita ada terlihat sesiapa sakit mata pun jangan tegur, “Eh kau sakit mata ke?” Kena tukar sakit mata kepada sakit bontot. Entah la betul ke tidak. Apa yang saya tahu, sakit mata ni sangat menyeksakan! tak pernah kena sebelum ni. Kali pertama merasa sakit mata.. Aduiiii….

Bermula dengan kedatangan adik ipar (pembawa virus) yang berjangkit kepada Luqman, maka berjangkit jangkitlah kami sekeluarga dengan virus ni. Dapat call dari taska yang mata Luqman sepet dan merah sebelah. Terus kelam kabut keluar sekejap dari ofis untuk bawa dia ke klinik. Dapat je ubat, cepat cepat saya titiskan dalam mata Luqman. Balik kerja petang tu mata saya dah mula rasa pedih dan tak selesa. Mata Luqman dah nampak makin baik sebab Luqman ni ada satu habit yang baik iaitu suka cuci tangan. Selalu kena marah sebab main air kat sinki dan basahkan lantai dapur. Namun kali ni nampaknya kenakalan beliau tu membantu beliau sembuh dengan cepat. Haha.

Esoknya bangun dari tidur, saya tak boleh nak buka mata. Mr Bart ambil kain basah dan lap mata saya. Baru boleh celik tapi pandangan kabur dan menyilaukan! Terus la pergi ke Klinik Kesihatan. Memang sah sakit mata. Dapat MC 3 hari hujung hujung tahun ni… Apa nak buat, redha ja la… Semoga Allah mengampunkan dosa dosa yang mata saya dah buat. Aamiin…. ๐Ÿ˜‰

Petua untuk melegakan sakit mata dengan cepat ialah titiskan susu ibu dan lap mata guna susu ibu. Dalam kes kami, semua ibu dah kekeringan susu jadi tak dapat nak cuba petua ni. Petua yang kedua ialah ramas 3 helai sirih muda dalam air kemudian rebus. Biarkan suam suam kuku kemudian rendam muka dalam air tu sambil kelip kelip mata macam mencuci mata guna air rebusan sirih muda tersebut.Petua ni pun saya tak cuba sebab risau pula mata pedih ke masuk kuman ke..huhuhuhu.

IMG_20141224_174833 IMG_20141218_103528 IMG_20141217_120738 IMG_20141217_120701

Tips Bila Sakit Mata

1) Mencuci tangan dengan kerap menggunakan dettol atau sabun antikuman

2) Mandi dengan kerap

3) Minum air 3 liter sehari atau lebih

4) Buka tingkap bilik supaya udara segar masuk

5) Tukar cadar dan sarung bantal setiap hari untuk elak berjangkit kepada anak2 yang tidur bersama

6) Makan ubat dan titis ubat mengikut jam yang doktor dah tetapkan.

In Shaa Allah akan cepat sembuh jika tips di atas diamalkan. Dan Alhamdulillah saya berjaya elakkan jangkitan kepada Mr Bart & Hani. ๐Ÿ˜‰

2 thoughts on “Sakit Bontot

Leave a comment