Tag Archive | Resipi

Bubur Sawi & Ayam Lazat


Bubur ni saya panggil gak sebagai buur hijau..sebab warna hijau. Bubur ni banyak protein dan khasiat2 lain yang penting untuk pertumbuhan anak anda.

3 helai daun sawi

4 ketulan kecil isi ayam bahagian dada

3 sudu beras

 

Rebus kesemua bahan tersebut sehingga hancur dan menjadi sebati. Kemudian blend dan tapis… 🙂 Mudah je..cubalah. Selalu bagi makanan berasaskan sayur pada bayi tau. Nanti tentu bayi suka makan sayur..

Bubur Kentang Enak


Hai ibu-ibu semua..Mama.Wafi nak berkongsi resipi yang majoriti bayi suka iaitu bubur kentang enak!Bayi anda pasti menyukainya dan tak sabar menunggu waktu makan! Selamat Mencuba!

 

a) 1 biji kentang (kecil/sederhana saiznya)

b) 3 sudu beras

*Kentang haruslah dihiris nipis atau dipotong dadu kecil supaya cepat empuk bila direbus..

Basuh kentang dan beras bersih sebersihnya. Bagi yang Islam, eloklah selawat dan baca Ayat Kursi hembus ke dalam bahan2 tu supaya anak kita nanti jadi anak yang beriman, bertakwa, taat dan bijak pandai hendaknya. InsyaAllah.

Masukkan ke dalan periuk kecil dan rebus sampai betul2 hancur semua. Kiranya sampai dah sebati beras dan kentang tu. Then blend (jangan terlalu pekat sebab kena tapis). Lepas tu bolehlah suap pada bayi anda. Boleh buat untuk 2 hari sekaligus, Simpan dalam peti sejuk.