Pengalaman Mengandung Anak Sulungku


Pagi itu aku bangun lebih awal dari kebiasaan. .. Aku mencapai “Urine Pregnancy Test” yang dibeli semalam…Dengan harapan yang menggunung, aku mengharapkan hasil yang positif…dan…ALHAMDULILLAH..Itulah kalimah pertama yang terpacul dari mulutku. Aku hamil 3 minggu permata sulung kami! 2 minggu pertama aku melalui saat kehamilan tanpa sebarang masalah…Tika kandungan mencecah usia 7 minggu, aku mengalami alahan yang sangat teruk. Loya dan muntah sehingga 24jam sehari..semua makanan tidak boleh ditelan lagi..dan yang paling meloyakan aku ialah AIR MASAK dan BAU PERFUME SUAMIKU.  Semua urusan rumahtangga diambil alih oleh suami tercinta dengan penuh sabar. Aku tidak boleh bau sabun, bau2 di dapur..smuanya kurasakan terlalu busuk! Setelah 1 minggu keadaan ini berterusan, aku dimasukkan ke wad akibat dehidrasi.Itulah kali pertama aku dimasukkan ke wad..

Pada satu malam, aku merasa sakit yang amat sangat di pinggang sebelah kanan hingga hendak angkat kaki pun dah tak berdaya lagi. Suami membawa aku ke hospital kira2 jam 2a.m. Aku ditahan buat kali kedua. Doktor mendapati bahawa aku buah pinggang kananku bengkak dan  dijangkiti kuman. Setelah dirawat, aku pulang ke rumah dan muntah2 masih berlarutan seperti biasa. Semua ubat telah ditelan, semua klinik di kawasan rumahku telah dilawati, semua bidan pun ditemui..namun tidak menunjukkan tanda untuk hilang..malah makin teruk kerana berat badanku susut sehingga 3kg pada bulan itu.

Pada bulan ketiga hamil, aku diserang pula dengan penyakit gatal2 di kulit. Seluruh tubuhku berair dan pedih. Akibat tidak tahan lagi, aku dimasukkan ke wad buat kali ketiga…Suami dan keluarga memberi kata2 semangat untukku…”Terimalah ujian dengan sabar dan redha. Inilah ujian Allah untuk hambaNya” Kata2 itu menjadi motivasi untuk diriku…

Gatal2 beransur hilang menjelang bulan keempat hamil. Namun muntah2 tetap berterusan seperti biasa. berat badan pula makin susut. Masuk saja bulan kelima aku hamil, aku diserang sakit dada yang amat sangat. Sehingga berpeluh2 dan hampir pengsan akibat terlalu pedih seperti dada ini ditikam bertubi2 dengan lembing! Suami segera membawaku ke hospital dan aku ditahan lagi buat kali keempat, kelima, keenam akibat sakit yang sama. Doktor di hospital mengatakan aku gastrik hasil dari ujian OGDS yang dijalankan. Namun aku berasa tidak puas hati dengan jawapan diberikan kerana tidak mungkin gastrik rasanya seperti akan mati.Sakitnya di sebelah kanan bukan di tengah seperti gastrik. Akhirnya doktor-doktor berbincang dan ingin melakukan pembedahan terhadap aku kerana khuatir jika aku sakit kerana Appendic. Aku dibedah namun doktor tidak menemui apa2! Mujur bayiku selamat ketika pembedahan. Alhamdulillah ALLAH melindungi bayiku ini.

Setelah keluar wad buat kali keenam itu, aku mengunjungi sebuah hospital swasta. Ujian imbasan dilalukan dengan teliti dan hasilnya amat memeranjatkan. “Bukan gastrik.Puan menghidap penyakit batu dalam hempedu dan kini batu itu telah menyebabkan saluran hempedu tersumbat dan hempedu menjadi bengkak!” Hmmm. Patutlah sakitnya lain macam. Sakit yang teramat sangat. Tidak dapat kugambarkan. Hanya Allah yang mengetahui.Kerana batu hempedu itu jugalah aku tidak dapat makan dan sentiasa muntah.

Doktor memberiku pilihan ketika usia kandungan mencecah 7 bulan lebih. Sama ada ingin melahirkan bayi sekarang supaya hempedu boleh dibuang dan aku tidak akan sakit lagi atau tetap meneruskan kehamilan sehingga 9 bulan. Kalau aku memilih untuk melahirkan bayi di waktu ini, bayiku akan lahir sebagai bayi pramatang dan akan berdepan dengan pelbagai risiko. Lalu aku nekad ingin meneruskan kandungan ini. Bayi yang semakin aktif bergerak dan suami yang sentiasa berada di sisiku siang malam memberi aku semangat untuk melalui setiap saat yang amat sakit dan sukar ini.

Sudah 9 kali aku masuk wad akibat sakit ini. Setiap kali sakit, aku diberi sejenis ubat penahan sakit “Pethidine” iaitu sejenis morfin yang akan menyebabkan aku tidur tanpa menyedari apa2 pun yang berlaku. Dari 7 bulan sehingga 8 bulan setengah aku hamil, masa dihabiskan hanya di wad. Semua doktor dan jururawat telah kenal benar dengan aku kerana kerap masuk sehingga digelar “Orang Lama”.

Ketika kandunganku berusia 35 minggu, tiba2 ada air jernih mengalir dengan banyak. Ibuku mengatakan ianya tanda bersalin..namun aku sedikitpun tidak merasa sakit. Ibu menyuruh aku ke hospital sahaja kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Aku ditahan buat kali ke 10! dan aku duduk di katil no 10! Jururawat berseloroh dengan aku. “Baby kamu ni dh nak keluar kot. Elok la tu..dah 10x masuk. Katil pun no 10″. Setelah 2 hari di wad, air tersebut telah berhenti mengalir. Pukul 8 pagi, 23/03/2011, Doktor mengatakan pada mulanya terdapat kebocoran namun kini kebocoran tersebut telah pulih. Petang nanti aku sudah boleh pulang ke rumah. Hatiku gembira. Tiba2, pada pukul 10 pagi, aku diserang demam panas. Panasnya hampir mencecah 40 darjah celcius. Mataku sudah tidak mampu dibuka. Badan terasa terlalu lemah. Kulihat doktor2 keluar masuk dengan kalut. Kemudian datang doktor pakar memeriksa perutku. Mereka berbincang sesuatu. Ada riak cemas di wajah semua doktor. Kufikir mereka bercakap tentang orang lain lalu aku teruskan tidur, Suami datang melawat pukul 12 tengahari. Waktu itu jururawat dan seorang doktor pakar mahu memeriksa aku. Aku sedikit marah.”Hmm..waktu melawat pun nak check. tak boleh tunggu ke.” bisikku dalam hati kecil. Aku menyuruh suamiku pulang dahulu dan datang semula petang nanti kerana aku harus diperiksa. Suami menurut sahaja. Aku masuk ke bilik doktor. Tiba2 mereka menukar pakaianku, memasang tiub pada salur kencing. Semua berlaku dalam keadaan kalut dan cemas. Aku bertanya “Kenapa ni?” Doktor berkata “Ok Puan. Harap bertenang. Puan akan dibedah dengan cepat sekarang juga. Bayi dalam bahaya. Degup jantungnya terlalu laju. Suhu badan puan juga terlalu tinggi” Aku panik dan menangis. Aku ingin menelefon suami dan menyuruhnya berpatah balik ke hospital namun doktor mengatakan tidak sempat dan berjanji akan memaklumkan sekarang juga kepada suami yang ketika itu baru sahaja keluar dari pagar hospital. Aku ditolak dengan laju ke bilik pembedahan kecemasan. Tepat jam 2.45 petang, lahirlah putera sulung kami yang sangat comel. Beratnya cuma 2.18kg. Dia sihat namun harus ditahan di Neonatal Intensive Care Unit(NICU) selama seminggu kerana paru-parunya dijangkiti kuman.

Bayi itu diberi nama Muhammad Luqman Wafi yang bermaksud yang terpuji, yang bijak dan yang setia. Ikuti kisah seterusnya di post selepas ini….

5 thoughts on “Pengalaman Mengandung Anak Sulungku

  1. Pingback: Cara Mengubati Penyakit Batu Hempedu | .Mama.Wafi.

  2. Salam.
    Saya sedang mngandung 3 bln
    Masalah saya sekarang ni sy sakit bahagian pinggang yg amat sgt terutama ketika berjalan
    Bila pergi jmp doktor mereka kata ini simptom biasa mengandung tp sy rasa teruk sgt smpai nak tunduk amik wudukpon perit bila nak berdiri tgak semula..dari duduk nk berdiri pon kena slow2 adakah ia berkait dgn sakit buah pinggang?sy sgt risau ….semakin hari semakin sakit ataupon disebabkan sy ni kurg kalsium…blh akak bg pndpt

    • Farah, saya pun pernah alami mcm farah. Mesti farah kurang minum air kan? saya rasa farah dah kena jangkitan kuman di pundi kencing dan mnyebabkan kencing kotor. Banyakkan minum air sekurangnya 3 liter sehari

  3. Saya juga diserang batu hempedu bila pregnant kali ke-2 dan masa tu memasuki usia 7 bulan. Masuk wad 4 hari.
    Mmg sangat azab sakitnya ditambah bila sakit baby pun mengeras sama. Menangis bila sakit teramat sangat walaupun masa sakit bersalin anak sulung dulu x menangis pun, sedangkan bersalin sulung dulu sakit lama hampir 15 jam baru masuk labor room.
    Tapi sakit batu hempedu amat sakit.
    Saya jgk dinasihatkan doktor untuk buat pembedahan selepas bersalin nanti.
    Mmg jujur ckp rasa amat ‘down’ dan cepat tersentuh sbb rasa x mampu nak tempuhi ujian ni ketika mengandung. Tp…..bila baca kisah puan, saya rasa sebaliknya. Rupanya ada insan lain y diuji lebih kritikal…malah amat tabah dan sabar.
    Terima kasih puan berkongsi coretan pengalaman yan amat bernilai. Sy doakan puan dan semua ibu2 mengandung diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s