CINTA….sebelum atau selepas KAHWIN??


CINTA adalah satu anugerah dari ALLAH. Bersyukurlah jika memiliki rasa CINTA...

Ada orang memilih untuk bercinta sebelum bernikah…Ada orang memilih untuk bercinta selepas bernikah. Masing- masing ada alasan yang tersendiri…seperti yang saya senaraikan di bawah ini…

CINTA SEBELUM KAHWIN

1) Dapat mengenali perangai, tingkah laku dan sikap pasangan terlebih dahulu

2) Dapat menyesuaikan diri dengan saudara mara dan keluarga pihak sana terlebih dahulu

3) Dapat melakukan “penilaian” terlebih dahulu

4) Dapat memilih mana yang lebih sesuai jika jenis “pasang banyak line”

CINTA SELEPAS NIKAH

1) Tidak merasa bosan terhadap pasangan

2) Teruja nak mengenali dan akan meluangkan banyak masa dengan pasangan

3) Lebih mencabar

4)Dapat menjauhkan diri daripada maksiat

Hmm…masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri jika kita kaji… Saya ingin kongsikan dua buah cerita di sini untuk pengetahuan anda semua…🙂

CERITA PERTAMA.

Kisah Suami Gay

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku kepada saudara saya sendiri. Beliau biarlah saya namakan sebagai A sahaja. A merupakan seorang gadis yang baik dan taat pada Allah, ibu bapa dan keluarga. Dia tidak pernah keluar dari rumah tanpa ibunya. Dia juga gadis yang alim dan menjaga kesucian, pendek cerita..wanita idaman semua jejaka kerana A juga cantik, putih kerana beliau anak kacukan. (bapa mix Arab, ibu mix Pakistan). Pada usia A 20 tahun, ibu A berhasrat nak kahwinkan A. Jadi, keluarga A menerima lamaran untuk A daripada keluarga S. 2 minngu selepas majlis merisik oleh keluarga S, A dan S mengikat tali pertunangan tanpa pernah melihat muka masing-masing secara dekat melainkan dengan melihat gambar sahaja. Nombor telefon pun tak ada. Saya ada juga menasihati A yang rapat dengan saya supaya mereka berkenalan semasa tempoh bertunang tu. Tapi A enggan kerana malu. Pertunangan berlangsung selama 3 bulan sahaja. Kemudian mereka diijabkabulkan. Saat diijabkabulkan itu barulah mereka bersua. Masing-masing saya lihat diam dan kaku. Mungkin kerana malu.. Si S pula tidak mahu majlis bersanding diadakan walaupun ketika itu pelamin sudah siap. Katanya malu dan segan. Keluarga A pun menurut sahaja. Pada hari tersebut, saya lihat air muka A begitu berseri-seri dan gembira manakala S pula, dilihat memaksa dirinya untuk senyum dan cuba melarikan diri dengan pergi duduk di masjid berhampiran. Katanya ingin membuat solat solat sunat dan membaca Al Quran.

Selepas berkahwin, A dibawa tinggal bersama keluarga S di Pulau Pinang. Setelah 5 bulan A berkahwin, saya amat merindui beliau kerana lama tidak berjumpa. Kebetulan saya dan ibu ingin menjemput keluarga mentua A untuk menghadiri majlis perkahwinan saya. Ketika sampai di rumah S, saya nampak kelibat S keluar melalui pintu belakang. Mungkin tidak mahu bertemu keluarga A. Kerana A pernah memberitahu yang S tidak suka bercampur gaul dengan orang. Tapi saya perhatikan pada masa itu air muka A telah hilang serinya..nampak suram dan muram. Saya menyedapkan hati saya, mungkin dia mengandung dan pembawakan budak menyebabkannya begitu. Lalu saya diam tanpa bertanya apa-apa.

Pada majlis perkahwinan saya, pada masa itu A telah 7 bulan berkahwin. A pulang seorang diri tanpa suaminya untuk menghadiri perkahwinan saya. Di kesempatan ini, saya bertanya pada A tentang kehidupannya sebagai seorang isteri…Alangkah terkejutnya saya… A memberitahu bahawa S hanya menyentuhnya sebulan sekali itupun hanya 5 minit. S tidak pernah tidur malam dengannya walau sekali. Saya tanya S tidur di mana? A memberitahu S tidur di bilik belakang bersama seorang kawan lelakinya iaitu M!! Saya bertanya lagi kepada A, ibu S tahu tak? dia cakap tahu. sebab ibu S menjodohkan S dengan A kerana ingin menjauhkan S daripada M yang hubungan mereka nampak “pelik”. Tidur bersama, makan bersama, keluar bersama. Semua keperluan M, A yang tanggung. Dan untuk pengetahuan semua, M ialah seorang lelaki lembut.

Saya menyuruh A bertanya S tentang kesahihan hubungan S dan M. Namun S tidak mengaku dan bertindak mengurung A di rumahnya kerana khuatir A akan menyampaikan hal ini kepada keluarga A. Telefon bimbit A juga dirampas. Pada suatu hari, A dapat meloloskan diri dan membuat laporan polis dan aduan di Pejabat Agama Kedah. Hasil siasatan ayah A kepada jiran-jiran dan kawan-kawan S, mereka memberitahu bahawa S seorang gay atau songsang atau suka pada kaum sejenis. Kasihan A. Suami gay. Akhirnya A memfailkan penceraian dan kini mereka telah beercerai dengan talak satu. Kesilapan ini juga berpunca dari ibu bapa A yang terlalu kalut nak menjodohkah anak mereka tanpa soal selidik atau merisik pihak lelaki terlebih dahulu. Inilah penangan “CINTA SELEPAS KAHWIN.”

CERITA KEDUA

Peliharah CINTA anda...

Kisah ini juga berlaku kepada saudara saya sendiri. W mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan F setelah 5 tahun bercinta. F merupakan seorang lelaki yang rajin bekerja, penyayang dan suka membantu W dalam kerja rumah. W pula tidak bekerja dan merupakan seorang isteri yang sangat taat pada suami. Perkahwinan mereka sangat bahagia dan saya melihat mereka ini sebagai Happy Family.Setelah 13 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata, pada satu hari ni, W datang ke rumah sya bersama sama ketiga tiga anaknya. Beliau menangis teresak esak. Katanya F telah berubah sejak mendapat kerja yang lebih baik. F suka memaki hamun dan memukul beliau, suka pulang lewat dan kadang kala tidak pulang langsung. Setelah didesak, F akhirnya mengaku yang dia sudah bernikah seorang lagi. Dia juga membandingkan W dengan isteri barunya. Katanya, isteri baru mempunyai kerja, dapat membantu dari segi kewangannya. Isteri baru juga lebih cantik. F langsung tidak mahu mendengar nasihat semua pihak yang ingin menjernihkan keadaan. Akhirnya mereka bercerai. Setelah 2 tahun bercerai, F kemudiannya bercerai pula dengan isteri barunya itu kerana kuat mengikis wang katanya. F ingin kembali pada W, namum W tekad tidak mahu luka lama berdarah kembali. F kini menyepi dan kehidupannya tidak terurus akibat perbuatannya sendiri.

Saya menulis cerita-cerita di atas bukan untuk membuka aib sesiapa pun. Tetapi sebagai pengajaran buat kita semua dan bolehlah kita ambil sebagai iktibar. Jangan terlalu mempercayai pasangan anda, kelak memakan diri. Jangan terlalu mencurigai pasangan anda, kelak mengundang benci dan marah. Berhati hatilah mengharungi kehidupan duniawi yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s