Pengalaman Menggunakan Perancang Kehamilan IUCD


Hai semua! Harini saya nak bercerita tentang pengalaman saya memakai alat pencegah kehamilan IUCD. Sebelum ni saya hanya merancang guna kaedah kiraan tarikh ovulasi tapi pernah juga gagal sebelum ni disebabkan faktor haid yang tidak tetap dan salah kira. Selepas sekian lama saya berfikir dan mengambil kira pelbagai faktor, dan faktor paling penting tentu la nak elak kenaikan berat badan. hahaha. Saya akhirnya memilih kaedah IUCD.

IUCD ni dipasang semasa haid dah nak hujung2 macam hari ke-5 hingga ke-7 macam tu. Sebab kenapa kena pakai semasa haid ialah supaya nak pastikan bahawa anda tidak mengandung ketika itu. Dan juga serviks kita masa tu lembut jadi proses nak pasang tu tidaklah menyakitkan.Alat ni saya ambil secara percuma kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Saya pergi bawa alat tu ke klinik swasta untuk upah pasang. kena RM60.

Mula-mula tu memang saya rasa takut sebab baca kat blog kawan-kawan, diaorang cakap sakit sangat la, ada yang cakap sakit sikit je, ada yang cakap tak sakit langsung! Tapi bagi perempuan yang dah pernah lalui sakit beranak, rasanya sakit pasang IUCD ni ibarat digigit semut je. Tak la sakit pun. cuma sengal + senak. Jangan keraskan badan. Relaks dan tarik nafas panjang-panjang kalau tak selesa. Saya pakai IUCD jenis Multiload cu-250(3 tahun). Doktor cakap jenis ni kukuh dan jarang berlaku risiko IUCD senget atau jatuh ke bawah yang boleh menyebabkan hamil.

Ini lah rupa IUCD Multiload c-250. Macam pokok kelapa.

Ini lah rupa IUCD Multiload c-250. Macam pokok kelapa.

iucd2

Ni kedudukan IUCD kat dalam rahim.

Cara doktor nak pasangkan IUCD ni pula, mula-mula kita diminta baring dan bukakan kaki mcam nak check bukaan semasa nak beranak tu. Pastu dia gunakan alat untuk buka bahagian rahim. Doktor akan guna kain swab untuk bersihkan dinding rahim. Kemudian baru doktor pasangkan alat IUCD ni. Macam tu je. Mengambil asa lebih kurang 10-15 minit macam tu. Selepas proses tu mungkin akan rasa ngilu sedikit sahaja dalam masa 5 minit, kemudian dah ok. Anda kena selalu pastikan yang anda dapat rasa benang IUCD tu untuk memastikan kedudukan IUCD dalam posisi yang betul. Kalau tak rasa, kena cepat pergi klinik untuk scan.

Ni antara soalan yang saya tanya pada doktor:

1) Selepas saya pakai ni berapa lama lagi haid saya akan berterusan?

Jawapan: Kurang dari seminggu. Kalau lebih maknanya ada pendarahan dalaman atau masalah lain. kena datang jumpa doktor.

2)Betul ke ada orang cakap dengan saya, selepas pakai IUCD hari ke-7 dia haid, kemudian haid tu berterusan sampai sebulan?

Jawapan: Ini sangat jarang berlaku,tapi kalau berlaku mungkin kawan awak tu ada ketumbuhan seperti fibroid ataupun rahimnya memang tidak sesuai dengan alat IUCD ni

3) Katakan selepas seminggu ni, darah dah kering, boleh terus bersama suami atau kena tunggu ada jangkamasa tertentu untuk benda ni berfungsi?

Jawapan: Tak la. Sebaik je dimasukkan ke dalam rahim, benda ni dah berfungsi. Selepas mandi hadas boleh saja bersama suami. Tak perlu risau.

4) Macam mana saya nak tahu alat ni sesuai atau tak dengan saya?

Jawapan: Semasa datang haid untuk bulan berikutnya, kalau haid terlalu banyak sampai awak kekurangan darah, letih, lesu..kena datang untuk pemeriksaan. Kemudian, kalau terlalu sakit semasa bersama suami atau semasa haid. Sakit yang teramat sangat. Kalau sekadar haid tidak menentu dalam masa 3 bulan ni, dan sakit ngilu yang biasa sahaja, senggugut yang ringan sahaja, itu tiada masalah. Selepas 3 bulan akan kembali kepada normal.

5) Adakah suami akan rasa tak selesa atau saya sendiri tidak selesa semasa bersama?

Jawapan: Biasanya suami tak akan rasa apa ketidak selesaan ataupun merasa sebarang kelainan sebab benda ni kat dalam rahim. jauh dari kawasan vagina. cuma sedikit je bahagian benang halus akan dapat awak rasa kat pangkal vagina. Awak pula mungkin dalam masa terdekat sahaja akan berasa ngilu tapi nanti ok macam biasa.Tak perlu risau.

Saya harap info ni dapat membantu kawan-kawan semua. Kalau ada benda nak share, atau ada benda nak tanya, tinggalkan komen ya. 😉

Nota sendiri: Tarikh pakai : 17/11/2013   Tarikh buka : 17/11/2016

48 thoughts on “Pengalaman Menggunakan Perancang Kehamilan IUCD

  1. salam sy nk tnye..sy dh pkai…tp sy was2..cbb xrse benang…xthu mcm mne rse benang 2…pastu klu kta bersama ngn suami..adakah suami akan rse alat 2 kt rahim kta?

    • salam.sy nk tanya,sy baru cube sejenis jamu yg masuk kedalam vagina.jamu ni berfungsi menarik lebihan air o keputihan.adakah ia memberi kesan pada iucd sy?sy dah pkai sthn 6bln.

  2. saya baru nak pakai iucd buat kali ke 2 setelah kelahiran anak ke 3 saya. perasaan masih berdebar walaupun dah ada pengalaman menggunakan kaedah ini sebelum ini (5thn). alhamdulillah, kaedah nie memang mudah dan berkesan pada diri saya..

  3. Saya nak tanya saya dah guna IUCD dah masuk setahun dah tapi haid saya tak teratur, saya dah risau betul sampai saya fikir bukan2 atau kena setiap setahun kena ganti ke atau macam mana

  4. saya pun baru pasng gak alat IUCD ni 26 jun
    sya dtg period dah 11 hari..termasuk hari ni..
    risau jugak di buat nye..
    dah mcm2 fkr dh ni..fkr nak bukak pn ada..
    nak rancang secara sendri..tp x tau lah menjadi ke x kan..kita perempuan ni..smue nye nak fkr..kata2 tuu letih…

  5. HAI…saya dah pakai IUCD ni diKK..free jugak..dah 4 bulan dah..ok jugak tak perlu nak risau apa apa dah…tunggu slps 3 thun boleh tukar…cuma kena buat pemeriksaan setiap satu tahun…

    • Hai akak… kalau jenis pelupa mcm sy dan xde disiplin nak mkn ubat perancang memang sesuai sangat la pakai iucd ni..lagipun xde kesan sampingan mcm jerawat ke badan naik ke. 😉

  6. Hai sis.. mcmn nak rasa benang tu eyh? Kene korek jauh ke dlm ke sis? Sy br je psg 19.12.2014 ritu. Juz x tau mcmn nak rasa benang tu..

  7. assalam sis..nak tnya..saya dah pakai IUCD dah 4 tahun..saya amek yg 5 tahun nyer…then nak buka..time bila yg sepatotnya utk saya pergi klinik utk buka ek. supaya bila IUCD dibuka tanpa rasa sakit

    • Wassalam sis. biasanya masa pasang doktor dah siap bagi tarikh untuk buka. genap 5 tahun sis boleh pergi buka. contohnya pakai 20/1/2015 dan buka pada 20/1/2020. saya pun tak tahu buka rasa macam mana sebab belum pernah buka.

    • Sis…period sis ok x masa pakai…
      Teratur x? Sy dah pakai 4 tahun baru tahun ni
      Dia x berape teratul period sy…mcm risau plk sy…sikit je dia turun…pastu lama..10 hari…
      Perut sy x sakit pun…

      • Saya pakai ok.. tapi period memang banyak tapi teratur. datang tepat waktu dan akan habis 7 hari ke 9 hari macam tu. mungkin x sesuai dengan awak kot. awak pakai yg 5 tahun punya ke?

  8. Assalam.. tumpang tny.. sy bru pakai iucd (mirena) 10/3.. masih rasa cramps.. and ade bleeding sikit2.. sy belum period sejak bersali .. berapa lama akan rasa cramp tu ye?

    • salam..sy br sebulan pakai merina…bln pertama period ok…4 hari jew..tp masuk bln ke 2 period sy jadi bnyk dan lama..dg 20 saya masih period…bila g klinik dye ckp amek masa dlm 3 4 bulan…klu masih mcm tu kena cabut la alat tu…tp rasa rugi la sbb mahal benda tu….😣😣😣

  9. salam. sy ingat nk pakai iucd nie, bab yg lain sy xde masalah sgt, tp bab yg kena masukkan jari untuk cek benang wt sy rasa xbest, sbb xpernah masukkn jari dalm vagina

    • Salam. segan nak tulis, tapi awak x pernah ke bersihkan kat dalam tu betul2 after period dan check kalau ada keputihan ke apa? ini disarankan doktor sakit puan sendiri. untuk menjaga kebersihan miss V kita especially after period sebab kena bersihkan betul2 saki baki kotoran yg boleh sebabkan kuman.

  10. hai..
    sy baru bersalin bulan januari thn ni,dan doctor ada mencadangkan utk buat fmly planning menggunakan iucd ni,semalam (16/4/2015)sy dh buat temujanji dgn doctor utk bt iucd ni..adakah 1st pjumpaan doctor tu nanti doc terus buat or dia akan bg lagi 1 taikh utk masukkan iucd ni?
    adakah sakit masukkan iucd ni kerana sy belum lagi datang haid..boleh juga ka masukkan iucd ni jika belum period?

  11. slm….sy mengamalkn pil perancang keluarga sdh msk 7 thn….sy ingn thu apakh kesn mkn.pil.prancang dlm tempoh itu..

  12. as salam sy nk tny slpas psng iucd pd 12.03.15 sehingga kini 1.05.15 sy priod kjp ada kjp x de…adakah normal…bila akan kembali pulih?

  13. As salam,nak tanye sis…klo kita dh buat temujanji untk pasang IUCD tapi period dh kering,ada masalah ke nak pasang,or akan ditangguh pemasangan?

    • Dlm sis sy pun nk tanya sy dah pakai iucd ni dah 4 thun period sy turun sikit sikit je mcm risau plk sy…lama 10 hari baru berhenti…
      Ada kah dia normal?

  14. Sy pasang iucd pd 11nov 2015, darah berterusan(kluar mcm darah period) sampai 9 dis 2015 (tarikh ptt jmpa doktor utk review slps pemasangan) – sy postpone sampai 21 jan 2016.
    Msa tu darah msih non stop keluar. Sy di scan, takut kedudukn iucd xbetul @ada ketumbuhn ganjil, hasilnya negetif. Sy diberi ubt utk stop darah n diberi tempoh sbln utk review. Klau msh bleeding, kna jumpa doktor lg. So tggu tarikh appointment, today 6 march 2016, doktor nk check samada ada jangkitan dr keputihan. Tp xda nmpk kesan jangakitan, darah yg kluar mcm darah period. Kna tggu lg 2mggu.. xberkesudahan lg.. sy dh confius nk kira bl waktu sy blh solat.. sy xtau bl darah period bl darah istihadah.. doktor mcm xfaham, keberatan nk lepaskn sy utk buang iucd, high risk utk pregnant katanya, kbtln sy ada mslh pih/ suspect sle (msh dlm pantauan mopd)

    • Just nk update, setelah pemakaian 4 bulan iud
      Selama 4 bulan non stop bleeding, selama 4 bulan berbalah dgn doc sampai last jmpa sy ckp sy nk buang kt private ja,, doc mengalah & keluarkn iud tu (4bulan ok, bygkn toya sgguh muka suami tggu)😂😂😂
      3 hr lps tu dh stop bleeding
      Back to normal.. sy rancang sndri, 2017 sy pregnant utk ank kedua
      Skrg bby dh 10m, xada nurse @ doc yg berani paksa lg sy ambl perancang
      Jd, sy merncang sndri la dgn kiraan haid & kondom
      Rancang 10 taun lg baru nk baby plak
      Dapatkah??

  15. Salam..

    Saya sudah gunakan iucd selama 1 thn lbh…sebelum ni pakai alhamdulillah sgt. tapi selepas guna 1 thn lbh ni ada rasa macam ngilu shj kenapa ye?

  16. Salam , saya dah pakai iucd 3 bulan oky , tapi benang tu pjg sgt . . Smpai setgh inci keluar dari tutt. . .mtk pndgan ???

  17. askum.. saya nak tanya saya baru pasang iucd pada 2/9/16 sampai hari ini 4/9 still kliar darah tp tak brapa bnyk lh.. hari ptama mmg ada kluar darah pekat yg bketul kluar. lps tu cair smpai hari ini. memang mcm tu ke or saya perlu refer semula ke klinik..bila dia akn stop darah tu. terima kasih…

  18. Saya mengalami nanah…setelah 6tahun pakai tidak buka.sekarang keluar cecair busuk kemunkinan dah tercabut atau senget.apakah langkah saya perlu lakukan adakah selepas buka saya akan mendapat penyakit rahim atau kanser rah

  19. As salam puan, nak tanya iud yang puan pakai tu dah dibuka ke?? nak tau proses n prosedur buka iud.. sebab semua klinik yang sy tanya kata suruh tunggu period baru boleh buka… tetapi memandangkan period sy mmg dah tak menentu dan kalau datang pun amat sedikit (kesan daripada penggunaan iud merena) menyebabkan sy masih lagi belum membuka iucd tersebut. mohon kongsi pengalaman… tq

    • salam..perancang iud ni yg saya pakai ikot date da expired..da refer doc.nk buka tapi x jumpa benang..ada kemungkinan ke benang boleh reput akibat expired.doc suggest tgu period senang nk buka.period saya x tetap.call bgtau masa period kena tunggu reply call tuk appointment..so ada risiko x pada saya.sebab saya kerap kejang dibahagian kaki sejak expired iud

  20. Alat ini sesuai untuk wanita yang berumur kurang dari 30 tahun??sebab saya ada dengar orang cakap hanya sesuai untuk orang yang dah berumur?betul ke?

  21. Assalamualaikum..
    Sy nk tnye..
    First time bsame tu mse suami jolok benang tu akn masuk skli ke?so nt akan kluar ble suami kluarkn zkar?

  22. Assalammualaikum
    Saya ari ni baru je pasang …
    Tp rasa ngilu lagi n macam tak selesa…
    Saya harap keterangan awak btul sbb byk yg saya dgr semua menakut kan

  23. Assalamualaikum.Saya baru pertama Kali pkai iud.baru 3 Hari pkai.Darah keluar sepanjang 3 Hari pkai.Saya musykil.Darah yg keluar ni Darah Apa?utk pencerahan,Saya baru melahirkn anak ke 6.anak Saya baru berumur 3 Bln.Dan saya belum dtg period lg.hrp dpt dijawab.Terima kasih

Leave a reply to jazilahilyas Cancel reply