Kembalikan Kehebatan Lelaki


Sedang asyik bercumbu mesra tiba-tiba suami menolak lembut tubuh anda ke tepi. Wajahnya yang tadinya ceria mula menampakkan sedikit kedukaan. Bila ditanya, suami diam seribu bahasa tetapi setelah diselidiki, rupa-rupanya suami susah untuk ereksi. Berdasarkan penjelasan yang diberi, bermacam kaedah telah dicuba tetapi hasilnya masih kecewa.

Situasi di atas tentunya membimbangkan bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Apa tidaknya, aktiviti seks bukan lagi ‘penyeri’ sebaliknya mimpi ngeri yang ingin dijauhi. Akhirnya, suami dan isteri makan hati lantas mencari hiburan sendiri. Hakikatnya, penyelesaian yang dicari ada di hadapan mata. Usah bimbang kerana solusinya ada pada anda saat ‘hubungan’ sedang hangat berlangsung.

Praktikkan Posisi Yang Betul
Ada ketikanya posisi yang salah sewaktu berhubungan mampu ‘merencatkan’ suasana. Gaya suami berada di atas isteri dikatakan lebih baik kerana ia berupaya memacu aliran darah sekali gus memberi ereksi yang lama dan kuat. Elakkan keadaan isteri berada di atas ketika hubungan baru bermula kerana ia menyusahkan suami untuk mengawal suasana dan aktiviti seterusnya. Sekali-sekala keluarkan ‘Mr P’ dari ‘Miss V’ saat hubungan sedang asyik dijalankan. Teknik ini dikatakan berkesan untuk mengalihkan perhatian suami dan membuatkan ejakulasi berlaku terlalu awal.

Tenangkan Diri Sebelum Berhubungan
Terlalu gelisah dan gugup juga membuatkan suami kurang ereksi. Mungkin ketika pertama kali berhubungan, situasi seperti ini sering terjadi. Sebaiknya tenangkan fikiran dan hindarkan kebimbangan dengan melakukan aktiviti yang menceriakan seperti bertukar cerita dengan isteri mengenai minatnya atau menonton rancangan yang digemari. Setelah perasaan kembali tenang, perlahan-lahan mainkan peranan sebagai suami yang ‘mengepalai’ rumah tangga. Mungkin tidak sempurna di awalnya tetapi lama kelamaan kenikmatan itu pasti berganda.

Rajin-rajin Bersenam
Kerap lakukan senaman perut. Gerakan seperti ini membantu suami untuk menguatkan otot di bahagian tersebut sekali gus mempertahankan tempoh ereksi. Di samping itu, rajinkan diri untuk membuat senaman kagel bagi menguatkan ‘Mr P’. Mungkin tiada kajian yang membuktikan ia membantu untuk membesarkan saiz ‘Mr P’ tetapi memadailah jika ereksi anda berlangsung dalam jangka masa yang lama.

Hentikan Tabiat Merokok
Ketika melakukan hubungan kelamin, pengaliran darah yang lancar sangat diperlukan bagi memberi lebih ‘kehangatan’. Namun sekiranya pasangan anda seorang perokok tegar maka ‘kemuncak cinta’ yang diinginkan pasti berakhir kekecewaan. Berhenti daripada tabiat merokok sekiranya ingin rasai ‘kehangatan’ bersama pasangan. Tentunya pola hidup yang sihat mampu menjana keharmonian sebuah rumah tangga sekali gus memberi kemampuan ‘luar biasa’ dalam kehidupan seksual anda.

Oleh: Mingguan Wanita

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s