Happy 5th Wedding Anniversary!


Syukur Alhamdulillah….

Sedar tak sedar dah lima tahun usia perkahwinan aku dan Mr Bart. Lima tahun yang penuh dengan suka duka dan mengajar kami erti kehidupan. Hidup berumahtangga tak seperti yang kita baca dalam novel, tak juga seperti yang kita tonton dalam movie. Betul kata orang tua2, lima tahun yang pertama ni banyak yang kita belajar tentang pasangan kita. Fasa ni lebih kepada mula mengenali pasangan dan menerima kekurangan masing2. Bila dah mula terima kekurangan, maka kita juga tahu apa kelebihan masing2, dan jadilah kita pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jodoh yang Allah tetapkan untuk aku ni memang terbaik. Aku bersyukur sangat2 dapat suami yang penyabar, tak pernah tengking atau marah, selalu cool saja…

IMG_20150408_102052

I love u baby! Terima kasih jadi suami yg terbaik bagiku…

Mr Bart aku ni kalau dia marah dia akan diam dan langsung tak cakap apa2. Berbeza dengan aku yang bila marah, mulut ni macam murai tercabut ekoq! Hahaha. aku memang kuat berleter, kuat membebel. Tapi suami aku ni sabar sangat2 dengan sikap aku, Kadang2 aku kesian pulak dengan dia. Rasa berdosa bila marah2 pastu minta maaf balik dengan suami. Lama2 dia pun gelak ja bila aku marah2 sebab dia tau tu bukan dari hati aku.. Dia sendiri cakap, mulut aku memang laser tapi hati aku tak macam tu. Hati aku baik. Hahaha. Sangat memahami kan suami aku ni??

IMG_20150419_131224

Oh sayangku kau begitu sempurna… 😉

Dulu aku selalu merungut, Abang ni tak romantik langsunglah! Cuba la abang jadi romantik sikit. Dia senyum saja. Pastu dia cakap dengan aku, Abang tak pandai. Tak reti nak jadi romantik semua tu. Tapi sayang jangan risau, Abang sayang sangat2 kat sayang dan abang cintakan sayang dengan cara Abang tersendiri. Ya betul. Cara dia yang tersendiri. Iaitu dengan jaga kami 3 beranak dengan penuh tanggungjawab, tak pernah abaikan kami, selalu tolong dalam urusan rumahtangga. Dia ni rajin tolong aku basuh baju, sidai baju. Cuma masak ja dia tak pandai. Tapi basuh2 kuali dan pinggan tu dia buat. Jadi aku dah cukup rasa bersyukur walau dia tak pandai nak ungkapkan ayat2 romantis, tak pernah bagi bunga ros…Hahahaha. Suami aku dari awal perkahwinan sampai sekarang seorang yang ringan tulang dan aku harap ringan tulang dia tu berkekalan sampai akhir hayat aku la..kihkihkih.

Cuba faham dan terima seadanya pasangan kita. Dia adalah dirinya dan kita tak boleh nak ubah sikap semulajadi dia kepada apa yang kita inginkan dan kita juga mesti bukanlah 100% seperti yang dia idamkan kan?? Sebab manusia tu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2

Apa yang aku harapkan sempena 5th Wedding Anniversary ni ialah semoga cinta yang kami bina berkekalan hingga ke Jannah dan moga Allah limpahkan ke dalam hati2 kami kesabaran, kesetiaan dan kejujuran. Semoga anak2 kami yang comel dan bijak tu membesar sebagai hamba Allah yang beriman. Syukur padaMu Ya Allah kerana menetapkan Bakhtiar Bin Alias sebagai jodohku. Alhamdulillah.

First Time Naik Train


Luqman & Hani kalau nampak kereta api mesti melompat lompat. Nak naik! Mama, nak naik! Kesian pulak dengan budak2 ni… Walhal mama pun turut sama teringin! Last naik train masa umur 6 tahun. Itulah yang pertama dan tak pernah naik dah selepas tu. Papa jangan cakaplah.. Dia memang memilih train sebagai pilihan utama dari dulu lagi. Kerap juga dia naik train lebih2 lagi masa dia kerja kat Proton dulu… Katanya train sangat menepati masa, tak macam bas. Train pun tak pernah sangkut dalam jam atas highway dan jarang pula dengar kemalangan membabitkan train. Fikir panjang laki aku ni… hahahaha.

Dah lama plan dan bercita cita nak naik train ni. Tapi tunggu Hani besar sikit. Sebab susah nak travel dengan anak kecil. Nak heret bakul susu la, nanti berak dalam train lah! hahaha. Tak sanggup mak nak… Sekarang ni senang. Dua2 dah besar. Tak payah nak bawa bakul susu. Beli je air kotak dan buat siap2 susu. Dah pandai berak kat tandas. :p

Jadi 7 May yang lepas, kami empat beranak naik train dari Alor Setar-Taiping-Alor Setar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam. Luqman & Hani mula2 tu nampak macam takut. Lepas tu dorang ok. Berkelakuan baik sepanjang perjalanan. Masuk jam 10 malam merengek lapar. Mama pun lapar. Tapi risau juga mengenangkan kata kawan2 , makanan dalam train mahal! Kami pun usha dulu kat kantin. Memang agak mahal tapi masih dalam lingkungan harga masuk akal. Mahal sikit la dari kita beli kat luar…

IMG_20150507_220926

Ni la Train Cafe..hehehe

IMG_20150507_220031

Satu cawan milo panas dalam bekas putih tu RM2.50

IMG_20150507_220003

Kat rumah susah nak makan, atas train hingga menjilat sudu…

IMG_20150507_215027

Nasi paprik ayam RM7.. sedap juga..lapar punya pasal habis licin ku telan….

IMG_20150507_202735

Budak2 yang begitu teruja

IMG_20150507_201133

Syoknyaaaa..ponnn keceh keceh keceh…

Tapi satu ja saya tak tahan, dalam train ni sejuk sangat sangat sangat! Kalah genting highland oiiiii… Pakai sweater 2 lapis pun menggeletar! Kasihan Luqman & Hani sampai menggigil. Elok sampai Taiping je demam terus. Mama pun batuk dan selsema! Persediaan untuk next trip, kena bawa toto dan hot pack! hahahaha. Bayangkan, beli milo ais kat Taiping, sampai Alor Setar ais tu tak cair! haaaa….tahap peti ais dah kereta api ni!

IMG_20150510_031337

Kesian..kena kejut dari tidur sebab nak naik train pukul 3.30am.

IMG_20150510_031511

Tok dan Hani…tok pun muka mengantuk.. nanti kami balik lagi ye Tok..

Inilah kisah kami sekeluarga menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman. Lepas ni kita try travel dengan bas dan kapal terbang pula ye. hahahaha.

PART 2 : Berwaspada Dengan Penyelewengan Subsidi Taska


***Post ini telah diedit kerana saya dah terima surat lawyer. Untuk menjernihkan keadaan, saya buang nama taska. Namun kalau mereka bertegas juga mahu mengambil tindakan, saya juga telah bersedia dengan apa jua keadaan. Berani kerana benar,takut kerana salah. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang2 yang benar dan teraniaya. xoxo

Semua ibu bapa yang hantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM adalah WAJIB membaca post ini. Mungkin ada di antara anda yang dah tertipu, sedang ditipu dan bakal ditipu hidup2 oleh pengusaha taksa yang tidak jujur atau pun pembohong!

Adakah anda penjawat awam yang hantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM?

Adakah anda pekerja swasta atau bekerja sendiri dengan gaji perkapita bawah RM900, yang hantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM?

Gaji perkapita ialah gaji suami + isteri dibahagikan dengan tanggungan adalah kurang dari RM900. Contoh gaji suami RM2000, gaji isteri RM1500. Ada anak 3 orang dan ibu bapa tinggal sekali. 7 orang dalam rumah tu. Jadi RM3500/7 = RM500. Baca link ni untuk lebih faham. Jangan biar orang tipu anda lagi.

http://www.jkm.gov.my/file/file/pdf/2015/insentifTASKA2015/garisPanduanSubsidiYuran2015-V2.pdf

Berwaspadalah kalau anda rasa anda pernah mengisi borang subsidi tapi sampai sekarang pun tak pernah dapat sesen subsidi. Ada ibu bapa yang tak tahu pun kewujudan subsidi ni dan langsung tak tahu duit yang sepatutnya menjadi hak anak mereka ditelan oleh pengusaha taska. Kalu sikit tak apa, tapi ini adalah jumlah yang banyak iaitu RM3k. Bayangkan kalau taska tu mempunyai 30 orang budak? Dia dah berjaya telan RM90k! Itu belum lagi termasuk geran taska yang kerajaan bagi RM20-30K untuk kegunaan pembangunan taska ni.

Saya dapat info bahawa ramai yang buat laporan tentang taska tersebut ni di JKM dan ada yang buat repot polis tentang penyelewengan ni. Maka polis dan JKM arahkan si pengusaha pulangkan duit ni pada ibu bapa. Apa yang penipu ni buat ialah, dia prepare satu list nama semua budak kat situ. Kemudian dia bagi RM100 dan suruh parents sign sebagai bukti dia dah pulangkan subsidi. Kesian parents yang tak tahu apa2, terus sign tanpa mengesyaki yang mereka ni dah ditipu. Esoknya dia pergi ke JKM dan tunjuk list tu dan cakap ni bukti dia dah serah duit subsidi. Bijak menipu lah konon! Patut bagi RM3K, dia bagi RM100 kemudian dia rasa dia lepas bebas.

Tolonglah semua share benda ni supaya semua ibu bapa alert dan sedar duit anak mereka dirampas dan disalahguna. Saya yakin, bukan taska ni saja yang buat macam ni. Ada banyak lagi. Mari kita gempur habis habisan. Orang macam ni dan pecah amanah dan patut diberikan hukuman setimpal. Pada yang dah terkena, buat laporan polis walaupun dia dah pulangkan duit. Dia tetap bersalah sebab berniat menyeleweng wang yang kerajaan bagi untuk kanak2! Sila ke JKM terdekat dan balai polis berhampiran untuk melaporkan perkara ini!

Berwaspada Dengan Penyelewengan Subsidi Taska


***Post ini telah diedit kerana saya dah terima surat lawyer. Untuk menjernihkan keadaan, saya buang nama taska. Namun kalau mereka bertegas juga mahu mengambil tindakan, saya juga telah bersedia dengan apa jua keadaan. Berani kerana benar,takut kerana salah. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang2 yang benar dan teraniaya. xoxo

Setiap tahun, kerajaan akan memberi subsidi kepada ibu bapa untuk anak2 yang berumur di bawah 4 tahun yang diletakkan di taska yang berdaftar dengan JKM. Bukan sikit tau jumlah subsidi yang diberikan ni. RM3000 untuk satu budak setahun! Tujuan subsidi ni ialah untuk mengurangkan bebanan ibu bapa. Selalunya pihak taska akan bagi borang untuk ibu bapa isi dan kemudian serahkan semula pada taska. taska yang akan hantar permohonan kepada JKM dan subsidi ni juga akan disalurkan oleh JKM kepada taska. JKM ada mengeluarkan satu garis panduan tentang rate yuran budak mengikut umur budak tersebut.

Saya bagi contoh.

SITUASI A

Luqman berumur 4 tahun. Rate yuran yang ditetapkan oleh JKM untuk Luqman ialah RM350. Ni contoh saja ye. Katakan memang saya bayar kepada taska RM350 sebulan untuk yuran Luqman. Jadi apabila saya berjaya mendapat subsidi sebanyak RM3000 ni, maka taska wajar beri semula duit ni kepada saya sebab saya dah bayar mengikut rate yuran yang ditetapkan oleh JKM.

SITUASI B

Lain pula cerita kalau rate Luqman RM350. Tapi setiap bulan saya hanya bayar RM200 kepada taska. Jadi perbezaan yuran sepatutnya saya bayar ni ialah RM350-RM200 =RM150. Maka, RM150 X 12 bulan = RM1800. RM1800 ni adalah hak taska sebab saya dah terkurang bayar jumlah yang sepatutnya pada taska. Subsidi RM3000- RM1800 = RM1200. Maka RM1200 adalah jumlah yang harus taska pulangkan pada saya. Ni contoh sahaja ye.

Ok, apa yang berlaku sekarang ni ke atas beberapa rakan saya, pengusaha taska yang anak mereka duduk tidak berlaku jujur dan adil. Ada yang bayar dah melebihi rate yuran pun. Ada yang bayar ikut rate yuran macam situasi A, ada yang terkurang bayar macam situasi B. TAPI…satu sen pun taska tak bagi subsidi yang patut dorang dapat tu!!! Pendek kata taska ni telan semua duit subsidi ni. Ammmmbooii melampau! Yuran pun makan, subsidi pun makan! Tak takut Allah ke? Tak terfikir ke dosa makan duit orang yang bukan hak awak? Duit budak2 pulak tu!

Cari balik post saya sebelum ni tentang suka duka mencari taska tu. Saya pernah hantar Luqman kat sini sebulan. Sebulan yang penuh dengan penderitaan. Anak saya sampai kurus kering, balik rumah dalam kebuluran macam tak makan seharian. Saya ingat saya je menghadapi situasi ni. Rupa-rupanya, semua kawan2 yang hantar anak ke situ cerita benda yang sama. Duit orang awak telan banyak2, lagi anak kitorang awak tak bagi makan! Saya tak halalkan duit tu dunia akhirat. Saya bayar untuk awak bagi anak saya makan! Kami bayar mahal, dah melebihi rate yang JKM tetapkan. Mulut manis mengalahkan stevia… Jawablah depan Allah nanti. Taska ni cakap pada ibu bapa, permohonan subsidi gagal, ditolak JKM sebab tak cukup syarat. Tapi bila call ke JKM, dorang cakap dah berjaya dan duit dah pun disalurkan pada taska. So mana yang betul, mana yang tipu? Patutlah awak hidup mewah sekelip mata. Makan duit orang.

Kawan saya hantar anak berumur 3 tahun dan transit sorang lagi umur 8 tahun lepas sekolah kat taska ni. Yang si abang ni mengadu, setiap kali adik berak, Tuan taska suruh abang basuh. Pastu dia suka cubit budak2 kat situ. Kalau ada budak2 lain nak mandi, abang kena tolong mandikan. Apa ni?? macam mana kalau ada budak jatuh dalam bilik air? nak salahkan siapa?? budak2 sekarang otak dah lain. Bayangkan kalau budak laki mandikan budak perempuan. Jadi apa2 yang tak diingini sapa nak jawab??

So, siapa2 yang ada hantar anak kat sini atau pun taska2 lain dan tak dapat hak subsidi anak anda, pergi lah buat aduan kat JKM, kemudian tuntut semula hak yang sepatutnya menjadi hak anak2 anda. Jangan terpedaya dengan kata2 manis. Kalau nampak anak anda tak happy dan sering murung, pasti ada sesuatu yang budak tu pendam.

To tuan taska, kalau terbaca ni… saya tak halalkan dunia akhirat duit yang saya tapi disalah guna. Ingatlah Allah, ingatlah akhirat. Sampai bila nak macam ni? Umur dah lanjut ni bertaubatlah, Jangan suka cakap manis tapi semua hanya pembohongan.

**Pengiraan kat atas hanya contoh sahaja. Nak tahu yang sebetulnya kena rujuk pada JKM dan pengusaha taska.

Terima Kasih.

Baca post saya sebelum ni….

https://mamamunie.wordpress.com/2015/01/02/suka-duka-mencari-taska/

Happy 4th Birthday Luqman


23.03.2015…Tarikh ni jam 2.45pm…4 tahun yang lalu, aku sedang terkeliru dengan diri sendiri. Aku dah jadi seorang ibu ke? Luqman lahir pada minggu ke 34. Pada masa tu aku belum bersedia secara mental. Semuanya terjadi dengan tiba-tiba dalam keadaan aku stress menahan sakit batu hempedu dan buah pinggang yang bengkak. 2 hari sebelum Luqman lahir iaitu 21.03.2011 sedang aku nyenyak tidur, terasa air panas mengalir laju. Aku bangun terpinga-pinga. Tak mungkin aku kencing kat tempat tidur dalam keadaan tak sedar! Aku kejut suami. Dia cakap air ni tak hancing pun. Tergamak jugak dia cium bau kain cadar tu hahahaha. Aku call mak. Mak suruh cepat pergi hospital. Air ketuban pecah awal! Aku terpaksa ambil kain batik yang tebal kepit kat celah paha sebab air tu banyak sangat! Sampai kat hospital, doktor check tapi tak ada bukaan pun. Jadi aku dimasukkan ke wad dulu. Katil no 10 dan ni kali ke 10 aku masuk wad! Air tu makin kurang keesokkan hari tu… Suami aku datang melawat 22.03.2011..dia cakap perut sayang nampak kecil lah. Huhuhu. Petang tu doktor datang check, tanya aku air tu masih keluar ke? Aku cakap dah berkurang. Doktor cakap bagus, maknanya lubang yang bocor tu dah mula mengecil dan akan tertutup. Jadi tak perlu risau. Aku call mak. Mak cakap biar betul doktor ni…Mak dah mula risau dan plan nak bawa aku keluar dari hospital dan bawa aku ke hospital swasta untuk check lebih lanjut. Mak betul-betul tak puas hati. Aku relax ja sebab aku tak tahu apa2 langsung. Bodoh betul aku masa tu.

23.03.2011 pukul 10 pagi doktor datang check lagi. Masa ni air dah tak keluar langsung, pad aku kering. Doktor cakap bagus, petang ni boleh balik. Sekejap lagi doktor akan buat surat discharge. Aku pun gembira dapat pulang.  Pukul 12 tengahari suami aku datang melawat. Aku rasa pening. Aku suruh dia beli milo sebab aku tak lalu nak makan nasi. Lepas minum milo aku suruh dia balik dulu sebab rasa macam surat lambat lagi nak siap. Petang nanti aku suruh dia datang semula. Elok je dia balik aku rasa nak pergi tandas. Masa aku bangun berdiri, tiba2 aku pitam dan jatuh terduduk. Nurse cepat2 papah aku letak kat katil. Nurse cakap Ya Allah panasnya badan adik!! Nurse check suhu, 40d.c. Doktor pakar datang, check bukaan, still tak buka apa2. Kemudian check bacaan oksigen aku, rendah kot. Sebab dorang pakaikan aku oksigen. Dorang tukar baju aku,pakaikan tiub kencing. Masa tu aku dah tak berdaya dan tak terfikir apa2. aku jadi macam orang bodoh. Aku tanya, nak buat apa ni?? Doktor cakap oh lupa! Nak bawa awak buat pembedahan. Awak dah nak bersalin, anak awak dah lemas ye. Aku macam nak menjerit meraung masa tu. Aku minta nak call suami aku. Dorang tak bagi. Nanti doktor akan call dia cakap. Puas jugak aku bertengkar bagi tau suami aku baru saja keluar dari pintu wad ni. Nak je aku bangun kejar laki aku. Tapi doktor cakap nyawa anak awak sekarang dalam bahaya. Terus aku slow down. Satu lagi masalah pulak, cari urat darah tak jumpa nak letak jarum drip kat aku. Sebab dah banyak kali dicucuk, urat semua bengkak. Akhirnya dicucuk kat nadi, sakit gila lah. Tapi still masa tu aku rasa macam berada di awangan, dalam mimpi yang aku akan beranak. Tahu tak sebanrnya aku belum set dalam otak aku so aku memang tak bersedia lah sebenarnya. Barang baby pun belum beli habis lagi. Yang ada masa tu pampers dan baju sikit. Aku asyik duduk wad je mana ada masa nak shopping barang baby.

Tepat jam 2.45pm lahirlah Muhammad Luqman Wafi melalui pembedahan dengan berat 2.1kg. Aku dengar doktor cakap yeahh dah keluar. Terus aku tanya lelaki ke perempuan anak saya?? Doktor tu boleh cakap, kalut lah dia dengan jantina, orang nak pastikan hidup ke tak dulu ye.. Aku dengar baby menangis. Terus aku ucap Alhamdulillah aku aku hidup. Terus misi tu tunjuk bird dia kat aku, aku cakap anak saya boy la misi…Assalamualaikum anak mama..aku cium dia. Masa ni baru aku menangis tersedu sedu. Macam baru sedar dari kena pukau. Baru aku tahu aku dah jadi ibu..Muka dia besar cawan je masa tu. Kecik kenit. Misi tu berlari bawa dia ke NICU. Sebab score dia tak berapa bagus. Lemas sikit. Congenital Pneumonia iaitu ada kuman kat paru paru dia. Lepas keluar dari dewan bedah aku nampak suami,mak, adik & kakak aku kat tempat menunggu. Semua muka sembab dan bengkak. Menangis sebab tak tahu lagi nasib anak aku. Aku cakap Alhamdulillah semua selamat. Aku suruh suami ke NICU tengok baby dan azankan dia. Suami ambil gambar kat bawah ni tunjuk kat aku, ni anak kita…tapi sayang jangan risau, doktor cakap dia ok. Aku menangis masa tu. Rasa tak sabar nak pergi peluk Luqman. Suami aku cium dahi aku dan cakap, terima kasih sayang atas pengorbanan sayang lahirkan anak kita. Sebaknya masa tu Allah je yang tahu. Suami aku cakap dia menangis masa azankan Luqman. First time jadi bapa. Ada perasaan yang menusuk dalam hati dia, tambah pula dengan peritnya aku mengandungkan Luqman dan wad menjadi rumah kedua. Suami aku pun tidur di lantai wad untuk teman aku. Thanks Abang for everything.

Luqman semasa dalam NICU

Luqman semasa dalam NICU. Ni gambar pertama beliau. hihihi.

Pertama kali peluk dan susukan Luqman

Pertama kali peluk dan susukan Luqman

Bahagia yang teramat menjadi seorang ibu...

Bahagia yang teramat menjadi seorang ibu…

Luqman ialah cinta hati papa...

Luqman ialah cinta hati papa…

Luqman dah besar lah sayang....

Luqman dah besar lah sayang….

Trademark Luqman, rambut cendawan...

Trademark Luqman, rambut cendawan…

Makin besar makin lasak...

Makin besar makin lasak…

Dah pandai mengorat anak dara orang

Dah pandai mengorat anak dara orang

Betapa aku sayang Luqman ni sejak hari pertama aku tahu dia dalam rahim aku, sampai lah bila-bila pun aku sayang dia. Aku sanggup gadai nyawa untuk dia. Masa aku sakit batu hempedu dan buah pinggang bengkak dulu pun, setiap kali doktor nak bagi rawatan dan ubat, aku akan tanya ubat ni memudaratkan anak saya tak?? kalau memudaratkan aku rela sakit atau mati pun. Sungguh aku sanggup. Masa 7 bulan mengandung aku sakit sampai aku meraung genggam besi katil. Doktor cakap nak bedah aku sebab takut appendic pecah dan bahayakan nyawa aku dan baby. Aku cakap, doktor boleh buat apa saja untuk selamatkan baby saya. Jangan fikir nyawa saya, buat lah apa saja untuk baby saya. Nak buat post moterm pun buat lah. Doktor cakap Puan jangan merepek tau..kami akan buat yang terbaik. Merepek hang cakap, aku rasa nyawa dah nak habis ni. Mengucap dan ingat Allah je aku mampu masa tu. Alhamdulillah kami berdua selamat dalam pembedahan tu. Kuat kan Luqman mama ni?? Walaupun badan dia kecil tapi semangat dia kuat. Luqman memang anak yang hebat!

Ya Allah cepat sungguh masa berlalu, semua kekalutan,kesakitan yang bercampur baur dengan sedih dan gembira dah pun empat tahun berlalu… Aku bersyukur dengan kehadiran Luqman dalam hidup aku. You changed my world as soon as you entered in. Banyak sangat benda yang dia ajar aku. Tak terluah dengan perkataan.

Anakku Muhammad Luqman Wafi, Selamat hari lahir yang keempat tahun. Mama berdoa dan akan berusaha untuk menjadikan Luqman seorang hafiz yang menghafal Al Quran, seorang imam di dalam keluarga kita dan mampu membimbing kami semua ke arah jalan yang diredhaiNya. Mama tak mampu hadiahkan kemewahan serta hadiah yang hebat-hebat untuk Luqman. Mama tak mampu adakan jamuan besar besaran..Kalau mama mampu, segalanya mama dah beri padamu duhai anak. Hanya doa sahaja benda paling mahal mama mampu hadiah wahai anakku Luqman. Mama tahu Luqman teringin nak kereta yang guna bateri tu dan basikal baru. Moga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga agar mama dapat belikan hadiah yang Luqman suka.

Ya Allah Ya Tuhanku… Kau jadikanlah anak-anakku sebagai pandangan mata yang membahagiakan di saat aku berdepan dengan kesedihan, jadikanlah mereka sebagai anak-anak yang meningatkan aku padaMu di saat aku lalai dalam kenikmatan…Jadikanlah mereka insan-insan yang Kau pilih untuk menabur kebaikan… Panjangkanlah usia mereka agar aku dapat menumpang kasih dengan mereka hingga akhir hayat aku, bimbinglah mereka agar dapat menjadi penghuni syurgaMu.. Allahumma Aamiin…

Abang Sham… Tenanglah rohmu di sana…


22.8.2014. Tarikh yang aku masih ingat. Mak call aku.

“Muni, abang Sham & Angah accident. Kritikal,sekarang kat red zone.”

Allahuakbar…aku terbayang Angah yang montel berusia 11 tahun. Petang selepas balik kerja aku terus ke hospital. Abang Sham dah dimasukkan ke ICU. Aku nampak sepupu aku Kak Ta sedang menangis. Dia isteri Abang Sham. Aku peluk dia sambil menangis. Aku dapat bayangkan perasaan Kak Ta. Tapi Alhamdulillah aku diberitahu Angah cuma cedera ringan. Abang Sham pula tengkoraknya retak dan ada darah beku di dalam otak. Beliau akan menjalani pembedahan pada malam tu. Sejak dari tarikh keramat tu, seluruh keluarga tak putus berdoa. Setiap hari kami mengharapkan agar ada keajaiban berlaku. Kak Ta menjaga Abang Sham dengan sungguh baik sehingga aku terdetik kuatnya Kak Ta, masih tersenyum dan teguh berdiri setia di sisi Abang Sham. Aku tahu kesukaran yang dia alami. Harus menetap di hospital dan berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Siang hari bekerja, malam hari menjaga suami yang tercinta. Beliau perlu berjaga setiap 2 jam untuk menyedut kahak Abang Sham yang semakin hari semakin teruk kerana dia mempunyai asthma. Ada beberapa ketika Kak Ta langsung tak tidur sebab Abang Sham demam panas. Kulit Abang Sham yang hitam manis dah semakin cerah dan badannya yang gempal susut dengan cepat sekali…Sedih dan sebak aku tengok. Kepalanya kemek akibat tempurung yg dibuang. Oksigen turun naik membuatkan Kak Ta dan kami semua redha apa saja yang bakal berlaku. Kami berdoa, jika ada peluang untuk beliau sembuh, maka sembuhkanlah dia Ya Allah.. andai hidup akan membuatkan beliau merana dan terseksa, ampunilah dia dan kami redha andai Abang Sham terpaksa pergi.Pendek kata,kami mahu yang terbaik untuk Abang Sham.

FB_IMG_1426841407241

Abang Sham semasa sihat.. Seorang yang kelakar dan ceria…

Abang Sham yang aku kenali sangat suka bergurau dan buat orang ketawa, orang yang sangat taat pada ibunya dan sering menjaga ibunya yang sakit. Dia juga merupakan suami dan bapa yang sangat baik. Beruntunglah Kak Ta bersuamikan dia yang begitu mengambil berat hal anak2. Kemalangan yang berlaku tu sewaktu dia nak menghantar Angah untuk berlatih bola sepak. Lalu tanpa diduga, tayar motosikal yang mereka naiki, pecah di atas lebuhraya. Motosikal terbalik lalu kepala Abang Sham terhempas kuat di atas jalan kerana topi keledar yang dipakai tercabut dari kepala. Takdir yang telah ditulis Allah. Kak Ta terkenang kenang, pagi yang Abang Sham nak keluar dari rumah. Biasanya akan keluar begitu sahaja tanpa diberitahu. Tapi pagi kejadian, dua kali dia ulang pada Kak Ta..”Ibu, Abah pergi dulu…” selang beberapa minit lagi sekali dia cakap.. “Ibu, Abah pergi dulu.” Dan ya..akhirnya pada tanggal 15 Mac 2015 jam 8 malam Abang Sham yang pergi dulu meninggalkan Kak Ta dan 3 orang anak mereka Along, Angah dan Adik. Beliau pergi dengan tenang dan Kak Ta berada di sisinya pada masa tersebut. Kak Ta menangis tapi aku nampak kekuatan yang luar biasa dari dalam matanya yang sembab dan berair. Aku pasti dia sangat tabah untuk menghadapi suratan takdir ni dan meneruskan kehidupan untuk membesarkan tiga anaknya. Berulang kali aku dengar Kak Ta cakap aku redha Ya Allah…aku redha…. Memang aku pun menangis sekali masa tu. Suasana yang sungguh hiba. Anak-anak turut memandang sayu sekujur tubuh abah mereka yang dahulunya girang bermain dengan mereka dan melayani mereka.

Abang Sham beberapa minggu sebelum beliau pergi menghadap Illahi...

Abang Sham beberapa minggu sebelum beliau pergi menghadap Illahi…

Abang Sham akan sentiasa diingat dan kami kenang dalam doa-doa kami. Aku yakin cinta dan rindu Kak Ta pada Abang Sham takkan pernah luntur malah akan bertambah kuat. Moga itulah yang akan menjadi kekuatan buat Kak Ta mengharungi hidup dia sebagai ibu tunggal selepas ni. Pengajaran untuk aku pula, agar aku lebih menghargai kehadiran suami dan keluarga aku di sisi. Aku bayangkan kalaulah tiba -tiba aku kehilangan orang yang aku cintai, bagaimanalah rasanya aku nak teruskan hidup aku ni. Sebab tu suami isteri bergaduh cepat2 lah isteri beralah minta maaf. Sesama adik beradik dan anak beranak pun selalu minta maaf sebab kita tak tahu bila kita akan kehilangan dorang. Mungkin dalam sekelip mata sahaja semuanya berlaku tanpa kemahuan kita. Semuanya ujian dari Allah S.W.T. Sabar dan redha.

Gambar raya yang terakhir 2 minggu sebelum Abg Sham koma.. Dari kiri Angah,Kak Ta, Adik, Abg Sham & Along.

Gambar raya yang terakhir 2 minggu sebelum Abg Sham koma.. Dari kiri Angah,Kak Ta, Adik, Abg Sham & Along.

Abang Mohd Hisham Bin Ramli… Tenanglah rohmu di sisi Allah. Moga semua dosa2 diampuni dan diletakkan bersama orang orang yg soleh. Aamiin. Al Faatihah….

Kesilapan Besar Ibu Bapa


Allahuakbar… menitis air mata aku. Sebak di dada tak mampu aku tahan lagi. Aku terkenangkan Luqman dan Hani. Dua anugerah terindah yang Allah beri pada aku. Tetapi aku manusia biasa. Aku bukan ibu yang sempurna walaupun aku cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Seperti terbayang di kaca mata aku, saat aku pulang dari kerja, Hani akan memanggil aku berpuluh kali… mama.. mama..mama…mama… walau aku membalas berpuluh kali Ya..ya..ya.. pun dia akan tetap suka memanggil aku berulang ulang kali… sehingga kadang kala sengaja aku tak menyahut… Kadang kala pula aku membalas, kenapa panggil banyak kali ni..mama letih la… Aku mengaku itu silap aku. Silap aku yang paling besar. Kesilapan yang aku sedar selepas aku menonton video Ustaz Don Daniyal yang sahabat aku share di facebook beliau. Dan aku juga yakin, ramai ibu bapa yang akan menyesal dan terbayang bayang anak2 mereka.

Masa anak2 kecil, mereka menagih perhatian dari ibu bapa. Ia adalah sesuatu yang normal. Mereka mahukan kita memandang mereka selalu dan memberikan perhatian walaupun dengan berkata Hai!!! Semua ibu bapa tentu pernah anak2 panggil dengan berulang kali dan apabila kita menyahut Ya….anak akan tersenyum dan terus diam.. kemudian ulang lagi sampai kadang kala rasa letih nak menjawab. Bila kita sedang berbual di telefon, anak panggil lagi seolah olah ada hal penting, bila kita jawab Ya… dia cakap nak minum air. Ok kakak pergilah minum, jawab kita. Persoalannya, tak boleh ke dia terus pergi minum, kenapa harus panggil kita?kenapa? Sebab dia rindukan perhatian kita! Sebab dia mahukan kasih sayang. Itu sahaja!

2013-02-04 13.12.50

Dan inilah yang Nabi Muhammad S.A.W sudah tunjukkan contoh yang baik pada kita. Betapa baginda kasihkan cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussain. Rasulullah S.A.W sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussain masih kecil, apabila Rasulullah S.A.W  sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencuba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya. Jika Rasulullah S.A.W. hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Hussain. Tapi beginikah kita? Kita bukan sesiapapun. Rasulullah S.A.W yang sibuk dengan urusan dakwah pun tak pernah sesekali mengabaikan cucu2 di depan mata. Ada juga yang sedang menonton televisyen ,anak masuk bilik pun dihalau keluar. Herdik anak2. Kita buang mereka. Inilah yang berlaku di dalam komuniti kita sekarang ni. Kalau ada kawan-kawan datang ke rumah, halau anak agar jangan menggangu orang tua bersembang. Halau pergi main jauh-jauh. Ramai lelaki yang pesan pada isteri, ambil anak2 ni jaga sekejap. I nak sembang dengan kawan I. Dan atas faktor ini lah juga anak2 lebih rapat dengan ibu. Anak yang “dibuang” atau “dihalau” bapa akan pergi kepada ibu. Akan dilayan dengan penuh kasih sayang oleh ibu. Ibu akan selalu jadi tempat mengadu anak2 yang diherdik bapa. Part ni aku bersyukur sebab suami aku memang sangat penyabar dalam melayan anak-anak. Ini memang aku puji Mr Bart.

2013-12-19 20.00.01

Kebanyakkan kita bekerja hari ni tak kisah la cikgu, doktor, pensyarah,polis atau sesiapa saja. Itu bukan pekerjaan sebenar kita! Bukan! Pekerjaan sebenar adalah di rumah. Untuk anak-anak. Renung kembali kenapa kita bekerja? Untuk siapa kita mencari wang? Tapi silap kita apabila mementingkan kerja dan membawa emosi serta keletihan di tempat kerja balik ke rumah.Kerja kita yang sebenarnya ialah membesarkan seorang manusia menjadi khalifah. It’s on your hand who he/she is going to be. Semasa kecil mereka menagih perhatian. Apabila kita mengabaikan mereka semasa kecil, mereka pula akan menunjukkan sikap yang sama terhadap kita apabila besar kelak. Apabila kita tanya, anak akan jawab acuh tak acuh dan mementingkan urusan dengan kawan di luar sana. Kita pula yang akan cuba menagih perhatian dari mereka. Betul tak? Whoever demolish their kids, they will be demolish also. The history will play itself again. Tak mustahil anak kita akan bersikap kurang ajar dan biadab, kerana salah kita terhadap mereka semasa mereka kecil. Kenapa? Kerana kita yang mulakan dulu. Mereka belajar dari kita. They learn when they were young. We did that mistakes. Inilah sebabnya benda ni makin berlaku dalam komuniti. Kerana ianya diwarisi. Kita melakukan terhadap anak, anak melakukan terhadap cucu dan diwarisi sifat ni hingga seluruh keturunan.

Adakah kita mampu mengubah semua ni? Kita mesti mampu. Kita wajib ubah. Kerana jika tidak membaiki keadaan ini, kita harus bersedia menghadapi realiti diabaikan anak2 kita kelak. Allahurobbi… Alhamdulillah. aku menonton video ini. Masih belum terlambat untuk aku baiki semula apa yang kurang pada diri aku.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah anakku Luqman dan anakku Hani, insan yang soleh, sihat, berjaya dunia dan akhirat serta taat padaMu. Aamiin.