Hani Maisarah’s 1st Birthday! ~20.10.2013~


Assalamualaikum & Salam Sejahtera….

16.10.2013 Hari kedua Raya Korban, kami ada buat sedikit Kenduri Korban dan Sambutan Majlis Hari Lahir yang pertama, anak dara saya, Hani Maisarah. Waahhhh..cepatnya anak mama besar! Macam tak percaya baby yang manja ni dah masuk usia setahun! Hari Lahir dia disambut sekali dengan adik saya yang sambut hari lahir pada 17.10… warga Oktober menyambut hari lahir la ni. Hehe. Hari lahir Hani pula jatuh pada 20.10 tapi dah secara kebetulan memang mak saya nak buat kenduri korban ni..so kami pun tumpang la sekali. Buat bihun sup, bihun goreng dan beli kek aje. ?????????? ?????????? hani

Kepada Anakku Hani Maisarah,

Kehadiran Hani dalam keluarga kita merupakan rahmat yang besar serta Allah memberi rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga kita. Manjanya kamu sayang, sentiasa menjadi pengubat lelah mama ketika pulang dari kerja. Setiap detik mama memandang wajah kamu sayangku, rasa bahagia menyelinap ke seluruh jiwa dan perasaan. Kepintaran dan kelasakan Hani membuat mama selalu terhibur, tersenyum melihat telatahmu, ketawa menyaksikan perlakuan bijak kamu. Mama nak Hani tahu, Hani dan Luqman adalah insan yang paling berharga dalam hidup mama, yang tak pernah mama lupakan walau sesaat dalam sehari.

Tiada apa yang mama mahu dari Hani dan Luqman. Cukuplah menjadi anak yang soleh dan solehah, yang tahu hukum hakam dan batas agama, yang boleh mendoakan untuk papa & mama bila kami dah tiada lagi di dunia. Bukan kemewahan yang mama nak dari anak-anak mama. Bukan juga gelaran “golongan profesional”. Namun begitu, papa & mama sentiasa berusaha untuk kamu berdua jadi yang terbaik. Yang dapat mengecapi nimat dunia tanpa melupakan akhirat yang pasti. Jika memang sudah tertulis rezeki dari Allah, anak-anak mama akan dapat semua tu beserta agama yang kuat. InsyaAllah.

Anakku Hani Maisarah, Selamat Hari Lahir Yang Pertama. Doa mama sentiasa mengiringi setiap hembusan nafasmu sayang. Mama harap Hani membesar sebagai gadis yang solehah, bijak dan berjaya. Papa & Mama sayangkan manja kami ni sangat sangat tau… WE LOVE U HANI MAISARAH. Terima Kasih Allah menghadirkan Hani dalam hidup kami.😉

Oh ya, tak lupa juga Selamat Hari Lahir Adikku AMIRAH..Semoga bahagia di samping suami tercinta dan cepat dapat baby…yeaaaaa..😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s