Di Sebalik Luqman Demam Panas


Harini baru mula bekerja setelah 2 hari cuti tanpa gaji sebab jaga anakku Muhammad Luqman Wafi. Mama tak kisah. Duit bukan kepentingan asalkan anak mama sihat. Duit dan rezeki smua ditentukan Allah untuk menguji hambaNya. Alhamdulillah, saya terima ketentuan Allah dan saya redha walau gaji saya dipotong. Masa yang terluang sepanjang jaga anak yang sakit ni, ibu atau bapa yang pernah lalui pasti terasa nikmatnya walau terbeban dengan masalah kewangan.Hati rasa bahagia. Tambahan pula melihat anak semakin sihat hasil kita bersengkang mata di waktu malam untuk jaga dia.  Setelah menjadi ibu, barulah saya mengerti sedalamnya erti anak itu anugerah Allah. Ya. Satu anugerah. diuji dengan masalah kewangan, kemudian jika sabar dan redha, Allah akan bagi rezeki lebih dari itu. Berserta dengan kebahagiaan dan kasih sayang lagi. Allah Maha Adil kan? So para ibu, ni nasihat saya.Utamakan keluarga lebih dari kerja ye. Ok sebelum saya beremosi dengan lebih jauh, saya nak cerita tentang pengalaman yang saya lalui sepanjang Luqman demam panas ni.

2O.10.2013 tu hari lahir anak kedua saya Hani Maisarah. Kebetulan haritu ada kenduri kahwin kat Sungai Petani. Selepas makan kenduri suami ajak jalan-jalan kat Tanjong Dawai. Masa sampai kat sana, kami tengok ada boat. Luqman pula nampak macam excited aje tengok boat belayar ke seberang untuk ke Pantai Merdeka. Tambang pun murah RM4 je pergi dan balik. Kanak2 percuma je. So kami pun sekeluarga naik boat ke Pantai Merdeka. Lepas Luqman main2 kat sana, kami pun teringat yang abang bawa boat tu pesan, kalau boleh nak balik tu sebelum pukul 6 petang sebab angin kuat nanti laut bergelora. Dalam jam 5.30 tu kami pun naik boat semula untuk ke seberang sana. Tiba kat tengah laut, angin kuat sangat. Boat tu dah macam nak terbalik. Masa ni Luqman peluk adik saya kuat2 sebab dia takut. pucat lesi muka dia. Jangankan dia, mama dia pun takut! Adoiiii….

Photo0131-1

22.10.2013. Tengah sedap2 lena peluk Luqman pukul 5am., suami kejutkan saya. Dia tanya saya, tak rasa ke badan Luqman panas macam api ni? Saya pun demam masa tu, memang tak rasa lah. Ingatkan suam biasa je. Check dengan termometer. Panasnya! Suhu badan dia 39.8!!! Saya cepat-cepat ambil air dan tuala. Jelum badan dan kepala dia. Kejap je kain tu kering. Lepas panas dah turun sikit, saya bagi ubat demam. Panas dah turun ke 38.1. Lega sikit hati ni. Boleh la pergi kerja. Luqman saya tinggal bagi adik saya tolong jaga. Petang tu dalam pukul 3, adik call kata badan dia dah panas semula, tapi dia dok jelum dengan air untuk kurangkan panas. Saya minta dia jelum dan jangan biarkan Luqman sorang2 langsung walau seminit. Hati ni risau sangat. Trauma kes Viral Croup belum pulih. Ya Allah..jauhkanlah anakku dari sebarang bahaya.Sebak hati saya masa tu. Balik je kerja pukul 6, saya singgah rumah jiran minta daun bunga raya putih untuk jelum Luqman. Pastu sampai rumah terus jelum dia dengan air daun bunga raya putih dan aloe vera (lidah buaya) Bila dah berkurang panas, baru saya suapkan ubat. Ibu-ibu ingat ye, kalau boleh jika anak demam, jelum dulu agar panas turun sikit, baru suapkan ubat. Cara ni lebih efektif untuk menurunkan suhu badan anak yang demam. Lebih kurang jam 8 malam, panas dah jadi tinggi. 38.6. Belum pun cukup 2 jam makan ubat dah naik balik?? Ish..ada yang tak kena ni. Terus ajak suami bawa Luqman ke klinik. Doktor cakap mungkin ada radang atau jangkitan kuman. So dia bagi antibiotik dan ubat radang. Malangnya, ubat tu bau kuat sangat dan Luqman muntah lepas makan ubat. Tiada pilihan. Tak sanggup nak paksa dan tengok dia menangis, saya pun bagi dia rectal suppository (ubat demam yang kena masukkan kat punggung). Dan teruskan jelum dengan air daun bunga raya putih.

Photo01411

23.10.2013 Tengah malam tu baru teringat nak jelum dengan air asam jawa dan bawang merah. Saya urut2 sikit kepala dia. Pastu balut badan dan letak kain kat ketiak dia. Sampai la pukul 4 pagi. Saya ni jenis tak berapa suka bagi anak makan ubat. Bila perlu sangat je saya bagi. Tapi tiba2 suhu badan dia naik lagi sampai 39.6 walaupun saya ni dok jelum2 sampai tak tidur. sampai air yang jelum dari sejuk bertukar suap dan ditukar pula air. Haih. Pelik sungguh. Kalau bagi rectal suppository selalu tahan la 6-8 jam. ni 2 jam je dah panas balik??Apakah ini…Saya teruskan jelum dan kejutkan dia mandi awal pagi. Mulakan dari kaki-pinggang-dada-bahu-kepala. Panas pun turun dan dia pun mula berpeluh. Rasanya dia dahaga sebab walaupun demam, dia banyak minum air dan kencing berak dengan baik. which is very good for him. So lega sikit hati ni bila dia masih mahu makan dan minum. Seharian dia ok dan main macam biasa sampailah menjelang waktu Maghrib, dia dah nampak lemah. Saya bagi dia makan buah epal. Dia makan sambil diam dan masa tu saya terperasan dia menggeletar. Terus saya dukung dia masuk kebilik dan check suhu. 40.1. Allahuakbar. saya jerit suruh suami tolong pack barang segera. Saya berlari ambil tuala dan basahkan. Balut seluruh badan dia. Sampai basah baju saya. Tak kisah apa dah. Dengan baju basah tu saya capai tudung yang mana sempat, terus pecut laju ke hospital. Sampai hospital saya serbu kat kecemasan. Cakap anak demam panas, Dorang cakap nak check paras oksigen dulu. Kalau ok kena tunggu giliran dan kalau tak ok baru terus masuk ke Red/Yellow Zone. Alhamdulillah paras oksigen dia ok. Bernafas dengan baik. Paru2 pun ok. 2 jam jugak la kami menunggu. Nurse pesan suruh jelum2 jugak sambil menunggu tu. Kesian papa berulang alik ke toilet basahkan towel yang kering dan panas setiap kali jelum. Masuk je bilik doktor, dia tanya demam dah berapa lama, berak kencing ok ke, makan minum mahu tak? pastu dia bagi PCM 1 botol dan boleh pulang. Hmmmm..Masa tu lebih kurang pukul 12 malam dah…

24.10.2013 Demam masih berterusan walaupun dah bagi ubat dan jaga dengan sebaiknya. Tiba-tiba mak saya teringat. Apa kata cuba perubatan Islam? Jiran kami pun ada yang pandai tentang perubatan Islam ni. So kami pun minta bantuan Paksu Firdaus untuk bantu Luqman, dengan izin Allah jua. Paksu pun cakap, paksu hanya tolong baca ayat2 Quran yang paksu tau. Allah yang beri kesakitan, Allah jua yang sembuhkan. Apa apa pun dengan izin Allah. So paksu buatkan air untuk Luqman minum, jelum dan mandi. Air jelum dan mandi campur dengan daun bunga melur. Petang tu sebelum Maghrib, saya bagi Luqman minum. Pastu jelum badan dia. Bila sejuk, saya mandikan dia. Dan Alhamdulillah, dengan izinNya, Luqman sembuh! macam tak percaya. Dan sekarang dia tengah melompat dan bermain seperti biasa. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mama bernazar, kalau Luqman sembuh, mama nak buat kenduri bihun sikit dan nak puasa 3 hari berturut turut. Papa pula nak sedekahkan duit kat masjid sebagai tanda kami bersyukur kepada Allah kerana beri kesembuhan kepada anak kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s