Bayi Cirit? Apa Perlu Buat?


Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.”

SUMBER : http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz2eTWbrAna

Budak cirit...hehehe

Budak cirit…hehehe

Baru-baru ni anak kedua saya, Hani kena cirit birit. Saya dh bawa dia ke klinik dan doktor tak bagi apa-apa ubat untuk menghentikan cirit birit dia sebab dia masih aktif dan tidak kekurangan air di dalam badan walaupun dia cirit 7-8 kali sehari. Menurut cakap doktor, cirit birit Hani berpunca dari Rotavirus kerana najis dia cair dan berlendir. Jika diberi ubat, cirit akan berhenti dan virus akan terus berada dalam perut. So, apa yang mommies boleh lakukan ialah :
1) berikan air secukupnya dan bagi susu sekerap mungkin.
2) kurangkan jumlah susu dan lebihkan air supaya susu tu cair je.
3) beri dia minum air garam ORS setiap kali selepas dia cirit.
4) Tukar lampin/pampers secepat mungkin supaya kulit tidak melecet
5) Beri air kanji kepada bayi untuk tenaga (moi nasi cair2 pun ok)
Jika bayi tak selesa untuk makan makanan pepejal. Tak mengapa. Jangan paksa kerana bayi sekarang berada dalam keadaan tidak selesa untuk makan. Apa yang penting ialah air,garam dan glukosa supaya bayi bertenaga. Namun, mommies perlu berjaga-jaga jika bayi menunjukkan tanda-tanda berikut :
1) Tidak aktif
2)Tidur terlalu lama macam sangat letih
3) Bibir nampak kering
4) Bayi pucat
5) Bayi menangis dan meragam
6) Demam
7) Bayi enggan minum
8) Air kencing nampak terlalu kuning atau pekat/ pampers ringan menandakan kencing tak banyak.
Jika bayi anda yang sedang cirit ada tanda tanda di atas, tolong jangan berlengah lagi, terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Selalunya cirit birit akibat rotavirus akan berhenti kurang dari 5 hari. Jika keadaan berterusan dan membimbangkan, bawalah bayi anda ke hospital kerana post ini bukanlah nasihat perubatan. Ianya hanyalah sekadar berkongsi pengalaman yang saya hadapi sendiri. Boleh mommies jadikan panduan, tetapi berjumpa doktor tetap jalan yang terbaik.🙂

3 thoughts on “Bayi Cirit? Apa Perlu Buat?

  1. Nak dapatkan pakaian bayi/kanak2 berjenama yang berkualiti dan menarik untuk si comel anda dengan harga berpatutan? Jom shopping di Zaira Kids Cloth..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s