Krim Berkesan Bila Punggung Bayi Melecet


Hai semua…Kejadian ni dah lama berlaku tapi biasa la..lazy blogger macam i ni, sangat lah lambat nak mengupdate entry kat sini. Beberapa bulan lepas Luqman cirit birit.Selepas beberapa kali dia cirit, kulit dia jadi makin merah. saya beli macam-macam jenis nappy rash cream untuk sapu. tapi tak berkesan jugak…Bila sapu jadi makin teruk sampai tahap kulit dia tu dah menggelupas dan dia menangis menjerit meraung setiap kali cirit n nak cuci. sampai saya pun mengalirkan airmata lihat dia terseksa macam tu. dah macam udang kena bakar! Sampai saya takut nak sapu apa2.takut lebih memburukkan keadaan. Lepas tu saya suruh husband pergi farmasi dan ceritakan masalah anak yang tak sesuai cream macam2 yang kami dah cuba. Kot la ada pilihan lain. kalau tak ada, kami nekad nak bwa dia pergi hospital. Pastu orang farmasi suggest beli BEPANTHEN NAPPY RASH OINTMENT.

Bepanthen-Ointment

Lagi satu tips ye ibu-ibu, kalau anak kita fobia masa nak disapukan cream sebab takut pedih dan sakit akibat sentuhan kita, jangan paksa dia. Apa yang kita boleh lakukan ialah, bagi anak bertenang, kemudian bersihkan tangan anak kita, baringkan dia dan sapu cream tersebut pada tangan si anak. Kemudian sambil pujuk2, nyanyi2 ke apa…bawa tangan anak tu biar dia sapu sendiri. Anda jangan sentuh langsung tempat yang dia sakit. Biar dia buat sendiri. Lepas dia dh sapu, bawa anak cuci tangan sampai bersih. Saya dah buat kat Luqman dan berjaya sapu tanpa membuatkan dia menangis atau meronta.

Ok, selepas saya sapu Bepanthen ni, saya buka aircond dan kipas halakan ke tempat sakit tu supaya cream cepat menyerap dan luka cepat kering. Selepas 20 minit macam tu baru saya pakaikan pampers kat dia. Dia pun tidur dan cirit dan mula kurang. Masa nak tukar pampers saya terkejut! Kulit dia dah pulih. Apa yang mengejutkan lagi ialah langsung tak macam sakit. 100% ok. Betul! tak tipu ni!! Memang berkesan betul Bepanthen ni. Sekarang kalau masalah anak kulit melecet ni, saya tak pernah guna cream lain dah. Hanya Bepanthen di hatiku! Maybe anda juga boleh mencuba. Dan cream ni juga boleh digunakan sebagai cream harian dan bila puting ibu yang menyusu badan melecet sebab cream ni tanpa bahan kimia dan selamat untuk bayi walaupun dorang masukkan cream ni ke dalam mulut.🙂

14 thoughts on “Krim Berkesan Bila Punggung Bayi Melecet

    • Hah?? biar anak makan cream. saya tak pernah buat tu. maybe awak salah faham. saya x pernah beri dia makan cream tu. cuma kalau in case terkena kat tangan, atau sapu kat puting, n dia TER makan, xpe..x bahaya. langsung x ade racun dlm cream ni. hnya guna bahan semulajadi dan disyorkan oleh Pakar Kanak-Kanak sendiri.

  1. askum mama wafi.. cream bepanthen yg awk ckp kn mmg sangat berkesan..umar kena cirit berek and mmg merah bontot dia and sy try cream yg akw kata kn ni ..tak sampai 1hari dia dh elok..alhamdulillah sy mmg percaya dn akn sentiase guna cream bepanthen saje… thanks to mama wafi for the gud information to share..

    • Waalaikumussalam Mama Umar… Alhamdulillah… sedih kan tengok anak terseksa sebab punggung melecet. Bepanthen memang selamat sebab xde steroid. ada natural ingredients sahaja. sapu kerap pun xpe. kalau x melecet pun boleh guna buat lotion.😉

  2. ♥♥♥♥ terima kasih puan mamamunie, saya pun dah mcm putus asa x tau ubat apa yg sesuai untuk ubat mecet bahagian tut dan punggung anak sy, bila buang air menjerit jerit menangis, sehinggalah saya google dan terlihat wordpress puan, dengan izin Allah ubat tersebut mmg sesuai sangat… kini Irfan Haqim sudah semakin selesa dan germbira… amin

  3. sy nk try la. Anak sy ade ruam susu kat pp. Dh melecet dah. Try vco, aloe vera gel x jd pape. Harap2 bfore ry boleh baik kulit die🙂

  4. Assalamualaikum…terima kasih byk2 mama wafi sbb sharing info ni….baby saya yg 5 bln baru je kena cirit-birit…merah sgt kat punggung….bila basuh…baby nangis sampai saya pun menangis…saya google jumpa blog ni..terus gi farmasi…alhamdulillah…lps sekali sapu je….baby dah tak menjerit2 lg time basuh.. .syukur sangat…

  5. anak saya cirit birit kesan makan antibiotik. doc bagi cream tp makin merah pulak punggng dia. nangis2 tanak basuh… risau sangat ni… nak try beli kat farmasi lah cream ni…tq ye puan berkongsi info ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s