Kerana Viral Croup,Anakku Kritikal


Assalamualaikum semua…….

OK, pertama sekali saya nak minta maaf kat semua readers saya sebab saya lama tak update blog. sebabnya ialah anak saya Luqman demam selama sebulan dan saya hanya tumpukan sepenuh perhatian saya pada dia. Di entri kali ni saya nak bercerita tentang apa yang menimpa Luqman sampai dia kritikal. yes..kritikal… saya hampir kehilangan dia.

26 Mac 2013

Luqman tengah main lompat2 kat atas katil sambil usik mama. tiba2 mama nampak Luqman baring. mama ingat Luqman mengantuk dan dah letih main so mama buat susu untuk Luqman. Masa suap susu mama cium Luqman. Oh hangatnya!!! Luqman demam sayang… Mama ambil termometer dan sukat suhu badan Luqman. 39.6. Mama cepat2 lap Luqman dengan air. pastu mama bagi ubat. Alhamdulillah panas sayang mama dah turun.

27 Mac 2013

09.00am

Entah kenapa mama rasa tak sedap hati walaupun badan Luqman dah tak panas. Bibir Luqman kering n nampak tompok2 biru. Oh kurang air ni…kata hati mama. Mama kena pergi kerja jugak ni sebab banyak sangat kerja kat ofis belum selesai. (kesilapan mama yang paling besar ialah pergi kerja jugak). Mama pesan dengan papa supaya bagi Luqman minum air banyak.

12.00pm

Papa Luqman call cakap nafas Luqman bunyi…Mama cakap Luqman asthma la tu. bagi Luqman neb. Ibu saudara Luqman aka kakak mama pun call. dia suruh mama balik tengok Luqman sebab badan Luqman terlampau panas. Mama cakap ok xpe. jelum dulu. memang biasa Luqman demam macam ni kalau nak tumbuh gigi atau asthma.

03.00pm

Papa call lagi cakap nafas Luqman bunyi teruk sangat. Hmm..lagi 3 jam nak balik. Mama cakap ok. balik nanti terus bawa Luqman ke sebuah hospital swasta yang Luqman memang biasa pergi.Dalam hati cakap,mesti kena admit ward ni. so mama settle semua kerja mama.

06.00pm

Mama tengok Luqman terbaring lemah. Nafas Luqman bukan bunyi penat! bunyi macam orang tua berdengkur! Kuat sangat2! Mama peluk Luqman. tiba-tiba Luqman muntah. Mama tak sangka seteruk ni keadaan Luqman. Mama menangis. mama cakap dengan nani, mama menyesal tak balik awal tadi. Mama dan papa terus bawa Luqman ke hoapital swasta ni. kat emergency unit.Masa ni Luqman dok batuk. bunyi batuk tu KONG KONG KONG. yes..bukan bunyi macam penat TAPI doktor cakap penat sikit je. balik makan ubat.

08.00pm.

Mama bagi Luqman makan ubat. Mama nampak Luqman macam susah sangat2 nak bernafas. Mama terlalu risau. Mama cakap dengan papa, jom bawa Luqman ke hospital kerajaan (Hospital Sultanah Bahiyah). terus kami bertiga pergi. Sampai je kat hospital, misi kat kecemasan tanya, kenapa puan..Mama cakap anak saya asthma. Misi selak tengok dada Luqman. Misi terus cakap, puan sila ikut saya. Misi tu berlari. Mama pun berlari sambil dukung Luqman. Mama blurr masa tu. Eh kenapa aku lari nih?? Rupanya Luqman dibawa masuk ke RED ZONE. Siren dibunyikan 3x menandakan ada kecemasan. Doktor semua bergegas pegang Luqman. Puan sila tunggu di depan.anak puan tak boleh bernafas,dia kritikal, kata doktor. Allahu Akbar…Subhanallah..Anakku sayang..Mama menangis dan terduduk. Ya Allah..sembuhkanlah anakku…aku tak bersedia untuk kehilangan anakku Ya Allah…Aku hambaMu yang lemah.

Masa angin meniup kain tirai yang lindung katil Luqman, mama nampak Luqman terbaring ada seorang doktor duduk atas katil bersama Luqman sambil peluk Luqman. sorang doktor dok bagi Luqman sedut sesuatu. Sorang lagi dok ambil darah n cucuk ubat masuk kat Luqman. Luqman tak menangis langsung. mungkin Luqman dah terlalu letih dan penat seharian menahan sakit.Kasihanilah anakku Ya Allah..berilah kesihatan kepadanya.

28 Mac 2013

01.00am

Doktor panggil mama dan papa. Doktor cakap Luqman bukan kena serangan asthma. sebaliknya serangan virus kat saluran pernafasan yang membuatkan saluran tu bengkak dan menutup laluan oksigen untuk masuk. Nama penyakit ni ialah Viral Croup. Doktor cakap nasib baik puan datang lebih awal, kalau lewat sedikit mungkin dia tidak dapat diselamatkan. Masa ni mama peluk Luqman kuat2. Mama tak sanggup kehilangan anak mama. Doktor nak pantau bacaan oksigen dalam darah Luqman. kalau semakin baik, Luqman boleh masuk wad biasa. kalau semakin buruk, Luqman kena masuk ICU.

05.00am

Mama renung wajah Luqman. Luqman tidur dalam pelukan mama. Wajah luqman suci bersih mama rasa sebak sangat. Bibir Luqman dah nampak pink sikit. muka pun dah glowing, tak pucat macam siang tadi. Doktor datang ambil darah. tak lama lepas tu doktor bagitau bacaan dah semakin baik. Syukur pada Allah. Luqman dimasukkan ke wad biasa. dan masih kena sedut oksigen melalui mesin bantuan pernafasan.

2013-03-28 02.56.522013-03-28 02.57.41

06.00pm.

Seharian duduk di wad, Luqman menangis dan meragam sebab wad pun sesak dan mungkin Luqman rindukan adiknya. Bila Luqman menangis, pernafasan pun mula nak terganggu. Doktor cakap boleh balik sebab doktor taknak dia trauma dan fobia dengan hospital dan dia perlukan rehat secukupnya. Tapi mama kena pantau Luqman di rumah. dan doktor pesan demam mungkin berlarutan dan berterusan sebelum virus tu say goodbye sepenuhnya!Mama ambil cuti untuk jaga dan pantau Luqman kat rumah. Malam mama tak boleh tidur lena sebab takut berlaku sesuatu. Sampai sekarang pun mama masih trauma dengan kejadian Viral Croup ni.

Begitulah kisahnya pengalaman saya dengan virus yang jahat. Dan saya bersyukur kerana Allah selamatkan anak saya yang kuat tu! Setiap dugaan yang Allah beri mesti ada hikmahnya. Hikmah kejadian ni ialah saya menjadi mommy yang lebih alert dan sensitive. apa je perubahan kat anak, jangan sesekali fikir positif. yang kedua ialah dapatkan rawatan di hospital kerajaan jika kes kecemasan. jangan terlalu mempercayai kata seorang doktor.silap saya ialah percaya kat doktor swasta tu walhal misi hospital kerajaan pun lebih bijak dari doktor tersebut. refer to many doctor as u can. Hikmah yang ketiga ialah saya lebih menghargai anak2 saya. jika sebelum ni saya selalu marah kalau Luqman nakal. tapi masa dia sakit baru saya sedar yang sebenarnya nakal tu la yang saya rindu sangat sangat! Setiap saat yang ada, saya habiskan dengan melihat puas2 wajah suci anak2 saya dan peluk cium mereka sepuasnya. Terima kasih Allah memberiku dugaan untuk mnyedarkan aku dari kealpaan. Alhamdulillah anakku selamat.

***Atas permintaan ramai, saya ceritakan dengan lebih lanjut tentang Viral Croup. Mohon ada semua baca kat sini. https://mamamunie.wordpress.com/2013/12/05/viral-croup-simptom-cara-merawat-cara-mencegah/

***Mengalir air mataku tanpa henti membaca entri whitevincci.blogspot.com yang kehilangan anaknya akibat serangan virus di semua organ dalaman. To Erina, tabahkanlah hati. Allah lebih menyanyangi Aqil. Di syurga pasti dia menanti papa dan mamanya. Dunia hanya sementara. Aqil menunggu anda berdua di akhirat yang kekal abadi.

182 thoughts on “Kerana Viral Croup,Anakku Kritikal

    • Alhmdulillah…tinkan yg pntas smoga adk lokman sehat…bolh mencuba sne kapsul ia prodak 100% dri tumbuhan sesuai utk ibu mengandung, anak2, smua pringkat…stokissnekapsul.blogspot….

    • Ohh god …baby boy nie selamat…hope selepas nie parents jgn ambik rendah klu baby sakit ye..peringatan to diri sendiri gak..coz i ade bby gurl 6mth plus..klu dia deman i tak boleh tidur.

    • Mama dan papa terus bawa Luqman ke hoapital swasta ni. kat emergency unit.Masa ni Luqman dok batuk. bunyi batuk tu KONG KONG KONG. yes..bukan bunyi macam penat TAPI doktor cakap penat sikit je. balik makan ubat………..

      Soalnya, napa doctor swasta kata Luqman penat sikit jer??dia tak buat further investigation ker? saya ade pengalaman mcm ni di hospital swasta kmc…dia kata ok jer..dan dibenarkan discharge…dan bayaran semua mencecah RM 4,000 utk 4 hari di wad..then, saya bawa ke hospital kerajaan..rupa2nya anak saya ade masalah lain…

      • Tu laa..selepas jdi kes ni evrytime anak sakit mmg sy bawa ke hosp sultanah bahiyah dan skiranya asthma atau demam pnas x pyh mnunggu lama. Trus msuk check. Mmg bagus.pakar pun hebat.

  1. Salam, alhamdulillah luqman semakin sihat. saya pernah attend satu talk related to sistem pernafasan kanak2..kalau tak silap, croup memang sangat jarang berlaku di sini tetapi risiko sangat tinggi..luqman ada amik jab pneumococcal tak?

    • Salam Cik Sofia..luqman belum amik jab tu lagi.dan sy mmg bercadang nak beri dia jab tu. sbb pneumococcal pun dh semakin kerap kite dgr kat malaysia ni. Thanks sudi kongsi info.😉

      • Mama dan papa terus bawa Luqman ke hoapital swasta ni. kat emergency unit.Masa ni Luqman dok batuk. bunyi batuk tu KONG KONG KONG. yes..bukan bunyi macam penat TAPI doktor cakap penat sikit je. balik makan ubat………..

        Soalnya, napa doctor swasta kata Luqman penat sikit jer??dia tak buat further investigation ker? saya ade pengalaman mcm ni di hospital swasta kmc…dia kata ok jer..dan dibenarkan discharge…then, saya bawa ke hospital kerajaan..rupa2nya anak saya ade masalah lain…

    • Thanks Harrazmom😉 sy menulis utk berkongsi dgn smua ibu kalau2 anak hadapi masalah yg sama mcm sy, boleh la bantu diaorg. ape2 pun kna cepat dptkan rawatan di hospital kerajaan.

    • Jab pneumococcal-jangkitan otak(MENINGITIS),jangkitan dlm darah(BAKTEREMIA),jangkitan paru2(PNEUMONIA),jangkian telinga tengah(OTITIS MEDIA),

  2. banyak pengajaran yang saya dapat.sbg ibu bapa kadang2 kita nk cepat terus g swasta.slalu set dlm kepala hosp kerajaan lambt tp sbnr nya mereka yg terbaek.

    rinzaryna.blogspot.com

    • Cik Ina,betul tu..hospital kerajaan lengkap dgn sgala peralatan moden dan memang kalau kanak2 sakit, mereka x ambil mudah. Wlaupun x selesa, sesak namun kalau itu yg terbaik utk anak kita, kita kna sabar dan berkorban apa je

  3. Salam puan,

    Semoga anak Puan semakin sehat hendaknya.
    Saya masih ingat menghantar anak pertama saya(waktu itu baby lagi) ke hospital kerajaan pada pukul 3pagi dahulu kerana virus yang sama.

    • Trima kasih puan & suami. Memang kadangkala kita stress dn anak yg lasak dan nakal. Tapi itu la yg amat kita rindukan bila anak sakit terlantar. Bersyukur sangat2 sebab pengalaman menyedarkan sy. Kanak2 tetap kanak2. mereka hanya nak bermain,meneroka dan mahu kasih syg.

  4. Betul.. Jgn percaya 100% kat doc swasta.. Saya pun penah mengalaminya tapi tak seruislah.. Ubat2 yg diberi oleh hospital kerajaan lebih mujarap.. Dari kita byr mahal kat klinik swasta

  5. nak tanya, ni ada kaitan x dgn org2 yg x ambil vaksin utk ank diorg.. takut n bimbang dgn kesihatan ank2 yg sdg membesar.. semoga Allah sentiasa melindungi mereka..

    • Cik Aisyah, tntang ni sy ada bertanya pada doktor. Dia ckp jika anak divaksin dgn vaksin Influenza, mungkin dia x kena viral croup ni. Tapi anak saya cuma diberi vaksin yg KKM provide dan sy x ambil pun vaksin Influenza. Pastu doctor ckp, kes Viral Croup ni sngat sngat jarang berlaku lebih2 lagi di M’sia.

      • sangat bersyukur walaupun dengan kes-kes yang jarang berlaku di negara kita tetapi di peringkat nurse kerajaan dah boleh tangkap masalah tu dengan sekali pandang🙂

    • As salam, anak saya tak ambil vaksin. Sy rasa puan better baca balik apa itu vaksin n apa kandungan dlm vaksin. Baca juga AEFI dr vaksin. Berbalik lah kepada Allah. Good luck.

  6. terima kasih atas perkongsian, menitis air mata membaca ni…sesungguhnya anak adalah Anugerah Allah yang tidak ternilai….Syukur Alhamdulillah Luqman selamat..

  7. dah ade pengalaman dengan doctor swasta..sama mcm yg terjadi pada Puan..terlalu pentingkan keselesaan anak jadi mangsa..Pernah berlaku pada anak sye di mana keaadannya sama seperti aiman..mula2 bawa ke klinik swasta atas alasan cepat dan tak lambat seperti hospital kerajaan.

    Selepas diperiksa oleh doctor swasta,mereka hanya mengatakan anak sye demam biasa..tak sampai 10 minit doktor periksa dah bayar RM70..demam biasa katanya..

    bawa anak balik kat umah,tetapi bila tengok keadaan anak semakin teruk.Ambil keputusan utk pergi hospital kerajaan.Sangkaan sye meleset sekali,bila dtg ke hospital kerajaan,anak sye terus diperiksa oleh MA yg menjaga dan terus dirawat oleh 3 orang doktor yg secara bergilir-gilir.

    Anak sye ditahan selama 2 jam,sye tidak dibenarkan membawa anak balik sehingga kesihatan anak sye benar-benar baik.Selepas 2 jam,akhirnya anak sye beransur pulih dan sye dibenarkan membawa balik anak ke rumah.

    Moral kat sinie…

    Jangan terlalu pentingkan keselesaan,sedangkan layanan yg diberi oleh hospital kerajaan adalah yg terbaik.Hospital swasta pentingkan $$ sedangkan hospital kerajaan pentingkan nyawa pesakit mereka.

    bayaran swasta RM70 tak sampai 10 minit
    Bayaran hospital kerajaan RM1 ..dirawat sehingga sembuh.

    • sebak dada baca kisah ni, mengalir air mata, sama sy pun pikirkan keselesaan & nk cepat pergi swasta, bila baca kisah ni jd tkut…lepas ni anak x c hat bwk g kerajaan jek,skrg anak cirit birit da 3 hari.hati x tenang jek.

    • setuju sangat… kalau anak demam dan tidak aktif terus je bawak pergi hospital sebab hospital ni mempunyai segala kelengkapan berbanding klinik swasta biasa… Anak saya yang lahir pramatang pernah kena jangkitan kuman di selaput otak (meningitis) ketika berusia 2 bulan…
      mujurnya waktu itu, saya terus bawa dia ke hospital besar dan terus mendapatkan rawatan… dan berada di wad icu selama 5-6 hari sebelum dipindahkan ke wad biasa… Pengalaman masa tu, sangat trauma. anak menggunakan mesin pernafasan… Sampai sekarang, kalau dia demam panas, yang tinggi saya akan bw dia ke hospital… dan ujian darah terus dibuat… Masa umur dia 4 bulan sy ambil vaksin pneumokokol sebab trauma sangat… Alhamdulillah, dia sihat sekarang dan saya berharap ia tak berulang lagi…

  8. peringatan buat mama, mungkin luqman juga berisiko pada alahan yg boleh menyebabkan perkara yg sama berlaku. anak saya ada asthma dan kena attack macam tu juga, tp disebabkan alahan .syukur masa tu terus berkejar ke hospital besar dan alhamdulillah begitu pantas rawatan doktor bermula di zon kuning dan dikejarkan ke red zone. pilihan saya memang hospital kerajaan sebab mereka ada pakar. anak saya sekarang dirujuk ke doktor pakar imunologi yg hanya ada seorang di hospital kerajaan dan 3 di swasta. Bila tengok doktor yg bertugas di zon kecemasan sy sangat menghargai kakitangan awam yg bertugas dan nila setitik tidak sy hiraukan lagi

  9. mengalir air mata saya membaca n3 sis nih..even bukan anak sy, tapi sy memahami naluri keibuan bila anak sakit..mungkin betul kata sis, kita jgn ambik positif gn perubahan anak..anak sy pernah sawan ms genap setahun..demam dr pagi, tghari lepas zohor kena betul2 lepas sy solat..dgn tawakal sy drive bw 2 orang anak sy dgn dia sy dukung sambil drive…nak tunggu suami balik keje mmg bukan apa yang sy buat…sy kol hubby sy bila sy arrive kat hospital..sy berhenti keje sejak tu..dan skrg sy rs sy perlu bg diorang ruang untuk diri mereka memcuba apa2 yang baru walau kdg2 sy tension sbb rumah yang x macam rumah..tapi diorang anugerah yang amat bernilai..apapun semoga kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak2..amin

    • Bila anak dh sihat, kita akan puas hati walaupun kita beberapa malam tak tido dan letih jaga dia. Tapi bila nampak anak sihat, hilang semua penat lelah. Betapa Allah beri kenikmatan kepada sebuah pengorbanan.

  10. Setuju ngn pendpat better g hospital kerajaan bg yg xberkemampuan untuk ke pakar,,Sy selalu bawa anak g swasta sbb xlama menunggu..tapi jawapan dari doktor selalu menghampakan..”xde ape ni”..ade doktor yg xsentuh lagsung ank sya..terus suh g amek ubt ubat..tp bila x sembuh..bawa g kerajaan sgt berpuas hati ngn cara rawatan yg d berikan biar pon tunggu berjam2..

  11. Salam puan, sy terpanggil utk komen..

    memula, sy ucapkan get well soon for ur baby…dan bertabahlah dgn ujian melanda, Allah menguji hambaNya yang sabar…

    kedua, puan dah tgk anak puan demam, kenapa pergi kerja juga? fikir balik kenapa kita kerja, kita kerja cari rezeki, cari rezeki sebab nak bg anak.so..kita kerja sebab anak dan keluarga kan?dari segi ini, bermaksud anak is number one.kalau dah anak sakit, cuba apply cuti utk hari itu.Cuti tak bergaji pun boleh apply kan, kalau bos jenis strict and bengkeng?

    ketiga, bibir anak puan biru.ini tidak normal.tanda tak cukup oksigen.puan dah rasa ini tidak normal tapi puan masih pergi kerja.

    keempat, kenapa suami puan tunggu puan balik baru nak pergi hospital?sekali lagi sy tekankan, bibir anak puan biru, tanda tak cukup oksigen, bukan tanda dehydration.Puan juga masih tunggu kerja habis baru nak balik bw anak ke hospital.Bayangkan kalau terlewat?(apa pun, Allah jua yang menentukan..)

    kelima, ada yang komen mungkinkah berpunca dari unvaccinated kids.Anak puan dah divaksin kan?Jadi anak puan dah dilindungi. so why worries kanak2 unvaccinated menyebarkan penyakit? sepatutnya parents kepada yang unvaccinated tu lagi risau sebab tak vaksin.Melainkan, yang kanak2 dah divaksin ni, vaksinnya tak 100% berkesan, then why vaccine kalau tak boleh protect against the disease?

    keenam, ada yang suggest pneumococcal vaccine.tgk balik ya, study sikit, pneumoccoccal meningitis disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae. Penumococcal meningitis ni menyebabkan radang pada lapisan otak( meningitis).

    Viral croup ialah sekatan kepada salur udara disebabkan laryngotracheitis( radang pada larynx- menyebabkan pembengkakkan dan menyekat salur pernafasan(trakea).Virus nya mungkin terdiri dari parainfluenza virus, adeno virus atau influenza virus.

    So..why nak vaccinate against pneumococcus( bakteria), sedangkan anak puan dijangkiti viral infection( viral croup)?kan dah berbeza agen punca jangkitan tu?satu bakteria , satu virus, kalau puan ambil vacc pneumo tu jugak, takkan melindungi against viral croup pun.

    sy tahu ibu bapa mana pun akan bersusah hati tgk anak tak sihat…mungkin boleh berkorban sikit bab kerja tu…ambil cuti utk jaga anak, perhatikan keadaan anak, pantau keadaan dia masa tak sihat tu.hilang kerja boleh dicari, hilang anak tiada ganti(reminder: tetapi hidup mati itu Allah yang tentukan, bukan kita)

    Semoga anak puan cepat sembuh dan puan boleh ambil sedikit masa untuk membaca bab2 penyakit ni(penyakit kanak-kanak, apa yang boleh dibuat utk menjaga dan improve kesihatan anak etc)..memang ramai akan bg alasan ,serahkan kepada doktor, doktor juga manusia, tugas doktor membantu merawat pesakit, bukan menjaga kesihatan anak.Ibu bapa yang menjaga kesihatan anak, anda adalah doktor anak anda sendiri, anda yang akan berada dgn anak sepanjang masa, bukan doktor.Doktor is a medium to help us do diagnosis and treatment.Sy bukan anti doktor tapi sy anti orang yang ignorant dengan benda depan mata..maaf sekali lagi.

    Sekian, harap maaf jika tersinggung dgn kata2 saya,kebenaran itu biasanya pahit.Just hope u can rethink about my words.Kalau bukan hari ini, esok lusa, bulan depan ke fikirkan…Terima kasih, maaf kalau rasa kata2 saya mengganggu.

    • Salam Sufiyah…
      Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih kerana Sufiyah meluangkan masa dan mengulas dengan padat sekali. Sejujurnya, saya sedikit pun tidak terguris kerana bagi saya, apa yang Sufiyah cakap memang terbukti kebenarannya. Kalau Sufiyah fahami betul2 perasaan saya, saya memang sangat menyesal dan setelah apa yang berlaku ada hikmah yang amat dalam. Pada masa kejadian tersebut berlaku, saya memang fikirkan Luqman kena asthma. Saya ibu yang masih belajar, tiada banyak pengalaman. Ya, saya juga banyak membaca namun realitinya bila kita berhadapan sendiri dengan sesetengah situasi, ianya amat berlainan dari apa yang kita pelajari.Saya bukanlah ibu yang ekstrim atau terlalu fokus pada kerja. Sebelum ni pun saya biasa ambil cuti tanpa gaji sebulan jaga Luqman yang ashtma.Anak sememangnya keutamaan saya. Beberapa hari saya tak tidur malam kerana jaga dia demam.tak pernah saya abaikan. Tetapi saya mengaku silap saya ialah anggap apa yang berlaku hari tu adalah sama seperti sebelum ni. Dan dalam post di atas juga beberapa kali saya nyatakan di mana kesilapan saya dan hikmah jadi begini. Kerana saya tidak mahu ibu yang lain mengalami apa yang saya rasa.
      Tentang komen pembaca yang menyuruh vaksin pneumo tu pula, saya faham maksud pembaca tersebut.Beliau tidak mengaitkan Viral Croup dgn pneumo tetapi beliau juga seperti saya, bimbang sebab Luqman dah kena serangan virus jadi lebih baik berjaga2 kerana mungkin lepas ni virus pembunuh kanak2 pneumo, mungkin boleh terkena padanya.bukan maksudnya vacc pneumo akan melindungi anak saya dri viral croup atau sebarang penyakit lain.
      Kadangkala apa yang berlaku kepada kita akan buat kita lebih berhati2 dan matang. saya rasa ujian ni Allah turunkan buat saya, untuk mematangkan saya dan mengajar saya supaya menjadi ibu yang lebih baik. Saya tidak langsung tersinggung atau menganggap kata2 Sufiyah mengganggu saya kerana semuanya saya terima sebagai nasihat yang berguna. Terima Kasih.😉

    • komen yg sungguh JELIK… tahniah kepada puan mamamunie sebab terima komen Suffiyah dgn baik. saya yg membaca pun rasa sgt JELIK.

    • Org tu share pengalaman & nak create awareness among us about this virus. Awk boleh pulak komen mcm ni. If awk x nak vaccinate anak awk, jgnlah kondem org2 yg nak vaccinate anak diorg! Xde parents yg tak syg anak! Bila terkena batang hidung awk, baru lah tahu betapa pentingnya rawatan kat hospital tu. takde parents yg perfect. Semua berlaku dengan IZIN ALLAH. Kalau Allah nak jadikan anak awk kena virus pneumococal, tetap jadik jugak! Kite manusia hanya mampu usaha, doa & tawakkal. & puan blog ni berusaha dgn cara vaccine anaknya.

    • As salam..saya nak tambah juga comment..mak ayah, pls…kalau anak demam, jgn hantar ke nursery or baby sitter, pls pantau sndri keadaan anak, bila anak dah 100% recover baru hantar. Kalau baru lepas discaj dari hospital, at least one week take care ur own kid..jgn terus hantar nnti lagi sakit lebih teruk. Biarlah kena potong gaji bribu pun sbb unpaid leave, yg penting nyawa dan kesihatan anak tu tak blh dijual beli.

  12. sebak.. T
    erima kasih kerana sudi berkongsi kisah ni.. saya banyak ambil pengajaran dari kisah ni dan kisah aqil (whitevincci.blogspot).. apatah lagi sekarang tengah mengandung anak sulung. memang pure takde pengalaman lagi.. ALERT!! tu yang penting.. terima kasih kak🙂

  13. aslkm Puan
    thanx for sharing.For info,sy skrg pregnant 2 bulan.Anak kedua dgn suami yg baru setelah menjadi single parents selama 2 tahun.Jadi jarak antara si kakak dan baby adalah 4 tahun.Bila baca,sy terasa berdebar2 sbb da lama x pegang baby.Tapi dgn entry ni sekaligus dpt tambah ilmu sy yg sejengkal.
    Moga entry puan ni dpt dimanafaatkan oleh semua🙂

    • Doktor cakap puncanya dari virus Influenza. Saya juga pelik bagaimana Luqman boleh kena sebab dia tak tinggal di nursery. Dia tinggal dengan kakak saya di rumah ketika saya keluar bekerja.Namun begitu, doktor pakar berpendapat mungkin terkena melalui udara ketika dia berada di tempat yang sesak cthnya padang permainan atau supermarket kerana pada masa tu x ada seorang pun ahli keluarga yang batuk/selsema/demam. Dia sorang je yang kena.

      • salam sis nak tanya…ade x doktor cakap ape2 vaksin utk elak semua nim….cth cm vaksin pneumo tu utk ape…n kat mane nk dptkannya…..

  14. Mengalir air mata saya bila saya membacanya… saya pernah alami masa mengandung anak yang kedua, tapi tu rotavirus.. tengah sarat masa tu… suami pon tak de bersama masa tu… so bawak anak pes berangkut gi spital (my paed)… sampai menangis depan doctor nengok keadaan anak.. anak la permata hati kita…

    http://sweetmom83.blogspot.com

  15. Alhamdulillah da sembuh..risau lah..anak sy twin slalu dmm pns… yg kecil nafas mmg berbunyi kuat kalau dmm… doc ckp dada burung…

    • Puan lini,
      adk sy dlu pn selalu x sihat sbb dada burung, kwn2 mak suggest kn bawak berurut, alhamdulillah sejak tu jarang sakit…kalo demam @ sakit, ubat nye berurut, sbb kalo ubt, mmg kejap je baik nye…skrg dh besar pn adk sy tu, br lpas spm ni….

  16. salam.. anak lelaki saya penah kena serangan yang sama… x dapat saya lupakan sn tu masukkan tiub dalam mulut dia…nk amik sample kahak…pagi tu saya dah bawa dia ke klinik swasta dan dr pun dah suruh kami segera ke hospital tapi kakak ipar kata klinik tu mmg suka refer ke hospital.. sedih sangat sebab masa tu keluarga mertua menganggap anak saya kena batuk biasa.. nasibla suami mahu dengar rayuan saya segera ke hospital.. disebabkan viral croupe tu juga dia dah x mahu menyusu badan.. sekarang saya lebih berhati2 kalau anak saya batuk.. takut peristiwa yang sama berulang….saya nak share cerita awak di fb bole?

  17. Sedih dan risaunya bila baca, semoga kesihatan Luqman akan bertambah baik !

    Saya risau bila baca, anak kerap batuk dan selsema jugak dulu. Kadang berlarutan sebulan, pergi klinik swasta beberapa kali entah tak sihat sihat. Nak pulak saya jenis paranoid sikit nak ambil ubat doktor, sebab bayi baru 8 bulan. Tapi sekarang kesihatan dia dah makin bagus, jarang sakit demam selsema dah. Harapnya berpanjangan macam tu.

    Thanks untuk nasihat pergi ke hospital terus tu. Saya memang tak pernah lagi ke hospital. Kalau anak sakit malam malam, macam mana nak pergi hospital ? Kena pergi bahagian kecemasan ye?

    • Hai Puan… Ya kalau malam terus pergi ke bahagian kecemasan. InsyaAllah diaorang akan utamakan kanak2. Batuk atau selsema selama sebulan tu takut kena jangkitan kuman. Apa2 pun semoga lebih alert dan jangan sesekali fikir positif kalau nampak perubahan apa2 pada anak.

    • sy dari anak baby lagi mmg slalu g hospital kerajaan malam2.. mcm sy pg htar.. trus pg bahagian kecemasan.. malam memang xde orang.. tunggu kejap je trus jumpe doc.. kalau anak demam lebih 3 hari trus dorang amek darah baby.. memang bagus la..

  18. Assalammualaikum…sy seorang Financial adviser dari Prudential BSN Takaful..alhamdullilah anak puan selamat..syukur…Viral Croup memang merupakan sakit yang boleh dikatakan penyakit biasa terjadi kepada kanak-kanak..Ramai anak client saya juga pernah mengalami sakit yg sama..
    Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Plan Simpanan dan Perubatan dari PruBSN Takaful..
    Deen – 0132532055
    0176606140@whatapps..

  19. Assalam puan,
    Thanks for sharing yr experience.
    Semoga menjadi panduan dan peringatan buat saya & suami dalam mengurus 2 anak yg mempunyai masalah asthma. Saya mohon share entri di fb utk panduan bersama ye. T.kasih.
    *semoga luqman cepat sembuh😉

  20. alhamdulillah anak puan selamat … pengajaran utk semua ibu bapa diluar sana.. demam2 utk budak2 ni kene cpt2 alert. and for me.. yes.. utk dptkan keselesaan, pegi hospital swasta. tp depends hospital swasta yg macam mana. dptkan pakar kanak2 yg sebetulnya di hospital swasta tu. hospital gomen pun mmg terbaik dr segi ubat dan rawatan.but depends. kdg2 if bernasib baik , xramai org, ramai staff nurse, ok la. if tak, menunggu. the main thing is .. alert. budak2 sistem imun xkuat mcm kita ye dak? .. and.. can i share ur story? tqvm ..

  21. Salam puan..
    Syukur Luqman telah sembuh berkat doa papa dan mamanya serta mrk yg mnyayanginye…
    Satu yg menarik perhatian sy dalam kes ini ialah pandgn org rmai terhadap hosp kerajaan. Mereka lebih berbangga dgn hosp swasta..pada hal hosp kerajaan tidak kurang hebatnya..right????
    Harap info yg puan kongsikan ini membuka mata org ramai terhadap hospital kerajaan..
    TQVM..

    • Ya. Hosp kerajaan skrg dah ade byk teknologi canggih yang x terdpt di hosp swasta. memang selesa di swasta tapi x smuanya lengkap. untuk kes kecemasan lebih baik pergi hosp kerajaan.

  22. Salam alhamdulillah semua selamat…..muni pernah ada pengalaman mcm puan pergi klinik swasta doc ckp ank tak sakit langsung…memang time tu bb tak sakit aktif dan tak demam cuma ada ezema jer batuk baru jer sembuh,doc cuma tgk luaran saja tak chek apapon siapa sangka dalamam bb saya tu dah teruk….after 3 hari bb saya meninggal dunia dlm jagaan pengasuh katanya tiba2 badan panas tak sempat buat apa.now dah ada penganti arwah…..kalau dpt tahu ank sakit terus blk rumah atau cuti terus memang tak harap sgt kalau pengasuh yg jaga.

  23. Sebak dan menitis air mata saya baca entry mommy ni. Saya juga ada anak kecik yang selalu kena marah bila nakal. Saya juga seorang ibu yang selalu fikir positif walau anak tak sihat. Thanks mommy atas perkongsian ini. Moga keluarga mommy diperlihara Allah dari malapetaka dan bahaya.

  24. Alhmdulilh loqman slmt..ank sy pun pernah kn virul croup dlm 3 kali ms dia baby..hanya Allh yg tahu hati ni n setiap kali kens msti knthn wad…skrg da 3 thn siht doa jgn kn lg..

    • Sampai 3x kali kena? Ya Allah takutnyaa..sebab doc ade jugak ckp ngn saya. katanya x perlu risau sebab virus ni akan kena sekali je dan jarang sangat nak berulang. x sangka ye ada yang berulang.

  25. Alhamdulillah Luqman dan sihat, hope keadaan Luqman hingga ke hari ini dan hari2 seterusnya akan terus sihat.

    Saya pernah mengalami detik2 seperti ini sebelum ni, ianya berlaku dalam bulan puasa dan hampir beraya di dalam ward. Hanya kerana selsema dan batuk 2 hari sahaja, demam x sampai beberapa jam, baby saya yang ketika itu baru berusia 6 bulan di bawa ke ER HKL terus ke red zone. Beberapa jam warded terus ke ICU. 2 hari di ICU pindah ke PHDW sebab ada kes lagi kritikal, dari PHDW pindah semula ke ward (open air) 2 hari jer bertahan. Bila MA sahkan jenis virus terus pindah ke Isolation room seminggu di sana. 12 hari berkampung di spital, a day b4 raya pakar benarkan balik DENGAN SYARAT x boleh jumpa orang lain means perintah berkurung sbb immune system baby x kuat.

    Baby disahkan menghidap Bronchitis positih with adenovirus mujur jenis adenovirus ini tidak sekuat yang menyerang pelatih2 PULAPOL hingga meregut nyawa satu ketika dulu. Punca x tahu dari mana tapi yang pasti ia merebak melalui udara dan sentuhan. Maka sejak itu, saya jadi kedekut tuk beri orang lain pegang baby saya. Nak pegang n cium boleh tapi saya pastikan tahap kebersihan orang itu, sanitazer sentiasa, bebas dari sebarang penyakit baik selsema, batuk, demam apatah lagi penyakit2 merbahaya yang lain.

    Pakar juga nasihatkan agar hadkan baby kuar rumah ke tpt2 terbuka seperti shopping compleks, pasar malam dll. Kepada parents diluar sana, prihatin lah dengan keadaan sekeliling juga anak anda. Udara kita x sebersih dahulu, penyakit mudah menular melalui udara n sentuhan. Biarpun anak hanya sekadar batuk n selsema mahupun demam sedikit tapi kadangkala ianya menjadi PUNCA terbesar tuk penyakit2 lain yang lebih bahaya. Sayangi keluarga n anak2 anda, kerja kita letakkan as num 2.

  26. Semoga anak puan cepat sembuh dan jangkitan x berulang.Mmg takut bila jadi bende mcm ni.Demam skang bkn lagi sesuatu yg kita boleh anggap biasa kat baby kan?Sy setuju dgn pendapat puan..walau kita dh byk belajar dan membaca psl kesihatan kanak kanak,kdg2 kita akan lalui situasi yg berbeza dgn apa yg kita pelajari.
    Semoga kita semua dilindungiNya…Amin

    • Thanks Umi atas doa anda untuk anak saya. Ya betul. sebab tu la pengalaman yang kita hadapi sendiri akan lebih mematangkan dan mengajar kita. ada hikmah yang sangat besar di sebalik ujian dari Allah.

  27. Salam mamamunie….akk jaga anak adik sepupu suami …..masalahnya anak yg kedua ni sering batuk dan selsema….akk heran sgt sbb kalo kata umah akk kotor akk mop 3 kali sehari x bg dia main kat luar x bg minum air sejuk tp bila dgn mak nya xtau lah mcmanakan…..ada penah sekali dia mengalami dada berombak mcm susah nak bernafas….akk terus bawak ke klinik berhampiran……sampai sana doc tgk hampir2 asma…dan doc bg nab…..2 kali nab …..baru nmpk muka nya cerah…..sbb bila akk mengadu dgn mak nya dia kata anaknya x batuk kat umah……aduh sakit jiwa dibuatnya bila apa yg kita bagitau maknya x percaya….dan bapa nya x bole terima anak nya kene amik nab…dia cakap dlm nada x puas ati dia kata nab tu x bole amik sll nanti kene asma…..mcm la akk ni bangang sgt nak suh anaknya amik nab je…..dari situ akk dah tau diorg x mau dengar apa apa tntg sakit anak diorg akk takot apa apa terjadi depan mata akak ……akk sendiri ada anak 4 org ….., xkan la akk nak ada2 kan cerita pulak kata anak nya sakit kan……bila akk baca kisah kamu ada terdetik kalo lah terjadi pada anak ini …..akk lah kene hadapi…..

    • Salam Kak Atikah. Sebagai penjaga, akak pantau je budak tu sepanjang dalam penjagaan akak. Kalau ada nampak kelainan pada dia, terus bawa ke hospital. Kasihan budak tu. Doktor pun bukan suka2 nak berikan rawatan. Rawatan yg diberikan tu mngikut apa yg budak tu alami.Mungkin ibu bapa dia tidak terlalu fikirkan keadaan dia dan anggap apa yang berlaku tu adalah biasa. Sedangkan penjaga yang seharian dengan dia, amat faham tentang segala prubahan yg brlaku dan percaya bahawa ia bukan sesuatu yang normal. Mujur budak tu ditakdirkan ada penjaga mcm akak yang mengambil berat tntang dia. Mungkin ini amanah yg Allah nak beri utk akak, jaga dia sebaik mungkin. Bawa je hospital jika apa2 berlaku dan hubungi ibu bapa dia supaya dtg ke hospital dan cakap sndiri dgn doktor. Jika saya jadi bapa/ibu dia, saya akan berterima kasih sbb akak tolong bawa ke klinik, tapi ni lain pula ye.Sabarlah akak…😉

      • Maaf mamamunie, saya terasa nak reply juga post Puan Atika🙂 Kak Atika, just nak beritahu, neb tidak akan menyebabkan asthma. Itu pandangan yang tidak benar sama sekali. Neb salbutamol/Asthalin berfungsi untuk membuka saluran pernafasan. Rawatan neb diberikan bila ada persempitan pada saluran pernafasan, yg boleh berlaku pada pesakit asthma, atau kadang2 boleh berlaku pada mereka yang mendapat jangkitan kuman pd saluran pernafasan walaupun dia tiada asthma. Tahniah Puan Atika kerana bertindak cepat.. takpe Tuhan menghargai dan membalas jasa akak walaupun ibubapa tak berapa nak pandai berterima kasih.
        Berkenaan dgn keadaan dia yg selalu batuk dan selsema.. mungkin akak boleh tengok ada tak faktor2 lain spt kucing atau haiwan peliharaan lain yg berbulu, karpet, cadar/tilam, debunga sesetengah pokok, atau sesetengah makanan..

  28. Asslm..bru2 ni pun ank sy de kena cm aiman jugk..ari first x g klinik..ari kedua g klnik swasta,doktor ckp anak dmm biasa saja n doktor bg ubt angin,dmm n ubat selsema bayaran rm 30..tp baby lgsung xde selsema time 2..dmm n btuk baby makin kuat..so hri ketiga, sy n suami bwk anak g klinik swasta pakar kanak2..doktor ckp anak sy dmm di sbbkan virul croup bknnye di sbbkan angin or selsema..dktor ckp nasib sy bwk anak dtg kr klinik awl cz tekak anak dh bengkak n lama2 suara dia blh hilg..jd doktor bg ubat antibaotik,ubat redakan bengkak,ubat kahak n ubt dmm..kami just bg smua ubt yg dktor bg kcuali ubt dmm..keesokkan harinye,dmm baby dh xde n bunyi kuat cm dengkur pun dh mkin kurg..alhmdulillah skrg anak dh mkin sihat..n bile baca ttg aiman ni,bru tau virul croup ni bahaya..hehe..

  29. ADUUSSS…kecemasan betul baca entri ni….turun naik dada saya… saya boleh bayangkn ttg keemasan dan saat saat kritikal tu…sbb ank saya pernah jadi ketar dan bibir biru…. berapa kali ke hospital.. ulang alik,, berapa byk wang yg saya laburkan demi amanh allah ini,,,tetapi skrg tidak lagiii…sekarang ank ank saya alhamdulillah sihat semuanya…selepas saya bagi diorg semua OMEGA dan MEALSHAKE….serta ESP SHAKLEE…..SAYA BERSYUKUR SANGAT… TAK MAHU LAGI SAYA Lalui detik detik KESENGSARAAN ,, dan tak mahu lagi meNGGADAI KEBAHAGIAAN….TRIMAKASIH PADA TUAN PUNYA BLOG.. SBB SUDI BERKONGSI,,, PENGALAMAN YG BERHARGA….

  30. Salam..
    Alhamdulillah luqman dh sihat. Sedih sy membaca coretan puan. Risau pula fikirkn anak sy. Ank sy berumur 2thn 8 bln. Pernafasannya sering terganggu terutama ketika tidur berbunyi spt org tua berdengkur.
    Dan bila dia kerap batuk..dia akan muntah. Pernafasannya selalu tersekat2..mcm susah nk bernafas n semput. Tp dia active dn cergas. Sy dh bnyk kali refer doktor. N penah buat chest xray…doktor ckp takde mslh apa2. Apa pdpt puan? Skrg sy di oversea..cuaca sgt sejuk n winter..lg dia kerap batukn muntah.
    Mohon kongsi pdpt yer..
    Wslm

    • Salam…
      Puan Rasyida, saya rasa anak puan sebenarnya ada asthma problem. Luqman pun sebenarnya ada masalah asthma ni sejak brusia 4 bulan.dan symptom2 sama macam anak puan. Ia kerap berlaku terutama pada waktu tengah malam dan awal pagi, pada waktu cuaca sejuk/hujan. Hal ini bukanlah perkara biasa dan perlu mendapatkan rawatan dari pakar kanak-kanak dan sekiranya berlaku susah nak bernafas perlu cepat bawa ke hospital. Tips menjaga anak asthma saya akan buat satu post untuk puan baca ye. Nak hurai kat sini mcm pnjang sangat.

  31. Sy sekadar memberi pendapat atas pengalaman sy. anak sy juga begini. sebulan lebih batuk yg tak hilang. puas sy bawa ke hospital pakar & kerajaan. lengkap x-ray dll. akhirnya, sy ketemu jawapan di klinik pakar kanak2 yg terakhir sy pergi kerana Dr. Yaw berjaya diagnose bahawa anak sy ada jangkitan pada peparu sebelah kanan & salur pernafasan tersumbat. Dr. Yaw beri ubat bagi menggantikan segala antibiotik yg tidak berjaya membunuh kuman itu drp klinik lain. Pada sy, sedikit teguran. kita xboleh menyalahkan doktor dimana jua kerana mereka diagnose berbeza.setiap ubat yg diberikan adalah cubaan untuk melawan & mengenalpasti kuman yg ada. mereka hny menurut prosedur kerja mereka. Dr. Yaw juga mungkin takkan berjaya diagnose sekiranya dia tak tahu diagnose doktor2 sebelum ini gagal, mereka juga manusia & bukan Tuhan. mungkin nurse di hospital itu berjaya menyedari keadaan anak anda yg tenat & kredit pd dia.sy setuju swasta tidak semestinya bagus, namun kepakaran setiap doktor itu berlainan. kedua, sbg suami, sy ada sikap positif yg sy rasa perlu ada pd diri isteri. positif disini ialah jgn panik & jgn mencampur adukkan ubat. sebab diagnose itu takkan berjaya kalau kita tak follow org yg lebih pakar iaitu nasihat doktor. cuma kalau tidak berkesan, bawalah semua ubat itu kpd doktor seterusnya supaya dia dpt diagnose peringkat seterusnya. ini sekadar pandangan sy, krn pd sy keupayaan manusia berbeza, & tiada yg dpt melawan keupayaan Tuhan. yg penting, alert pada perubahan anak anda & terus rujuk kpd doktor. elakkan andaian sendiri. wassalam..

    • Salam Encik Zairi. Terima Kasih atas komen anda😉. Tentang masalah diagnose doktor hospital swasta terbabit, saya sendiri anda menghubungi beliau selepas kejadian dan beliau memohon maaf kerana kesilapan beliau tidak melakukan pemeriksaan yang teliti terhadap anak saya pada masa tu. Langsung tak buka mulut dan check tekak, langsung tak memandang serius pada suhu yang ketika itu hampir 40 darjah celcius dan bibir yang telah kebiruan. Bunyi batuk anak saya ketika itu juga pelik (dan dia banyak kali batuk depan doktor). Bunyi seperti besi yang diketuk pada besi. dan itulah kali pertama dalam hidup saya mendengar bunyi batuk seperti itu. Saya menghubungi doktor tersebut bukanlah memarahi beliau, cuma menceritakan keadaan anak saya dan apa yang sebenarnya menimpa anak saya kerana saya tak mahu perkara ini terjadi pada budak lain dan anak saya juga memang dapatkan rawatan kat situ dari baby. Saya tak nak andai kata selepas ini anak saya tak sihat, perkara yang sama berulang. Benda yang serius dipandang remeh, inilah sebenarnya saya nak katakan. Nasihat anda supaya kekal positif,alert, jgn campur aduk ubat amat baik dan saya akan praktikkan. Terima Ksih sekali lagi atas komen dan nasihat anda yang prihatin. Semoga anda dan keluarga dilindungi Allah selalu.😉

      • Saya sangat bersetuju dengan pandangan En Zairi tentang diagnosis doktor pertama tak semestinya tepat.. kerana banyak keadaan di mana kadang2 simtom-simtom awal tidak menunjukkan penyakit sebenar.. dan dalam banyak perkara, doktor yang ke2 dan ke3 dan dapat rule out diagnosis doktor pertama kerana rawatan yang didapati tidak berkesan. Sebab itu, kita perlu ulang mendapatkan rawatan sekiranya keadaan anak masih tidak baik dan baik juga jika kita boleh dapatkan pandangan2 daripada doktor lain. namun jika kita mendapatkan rawatan berikutnya drpd doktor lain, bawalah rekod atau botol2 ubat yg diberi oleh doktor yg sebelum itu.. supaya doktor dapat buat penilaian dgn lebih tepat.

        Namun apabila membaca reply yang detail dari mamamunie bg kes anak mamamunie, saya setuju bahawa doktor hospital swasta tersebut telah terlepas beberapa point penting yg dia sepatutnya alert- ada simtom bibir yg kebiruan, batuk yang characteristic untuk croup, dan suhu yang hampir mencecah 40 degree Celsius. Saya berpendapat, mungkin doktor tersebut tak familiar dengan bunyi batuk tersebut.. maklumlah viral croup agak jarang berlaku. cuma, bila dah ada simtom bibir kebiruan.. they should have alarmed. anyway, kita semua adalah manusia dan bukanlah bebas dari membuat silap. Semoga apa yg berlaku menjadi ingatan bersama😉

      • Salam puan, boleh puan pm sy bgtau doc mna h hspital swasta mna? Bkn apa sy nk bhati-hati sbb kita dok kwsn sama, ank penyakit sama n sll dpt rawatan dr hspital swasta dinegeri ini…fb sy hafizah hasan

  32. Assalamualikum..kpd puan, tq sudi share pengalaman, pedulikan komen2 yg pelik n negatif, manusia skg mmg suka judgmental, sdgkan diri sndiri belum tentu xpenah melakukan kesilapan, sy jg mmpunyai ank kecik n kesihatan ank mmg sgt perlu dititikberatkan, n paaling terkesan bila puan bgtau kita xtau bape lame ank ini kita dpinjamkan kpd kita, sbb sy pun salu jgk marah2 ank bila dia nakal sikit, insaf sekejap😉
    Tq share pengalaman yg sgt berguna ni, semoga puan sekeluarga dilindungi Allah😉

    Love,
    Ummitalhah
    (Superummitalhah.blogspot.com)

    • Salam Ummitalhah🙂 xpe…sy terima semua komen dgn hati terbuka. Stiap org ada pendapat yg berbeza. Semoga puan & keluarga dilindungi Allah. Selalu la singgah sini baca blog sy ye. kita boleh sharing info. sy pun ibu yg masih belajar…dan akan terus belajar😉

  33. Assalam kak, sedih bca entri akk ni, coz sy juga pernah mengalami situasi ank dpt jangkitan..jangkitan paru2..hospital kerajaan memang terbaek tp ade juga kelemahan…3kali ulang alik hosp kerajaan tp dr kate demam biasa…demam makin teruk menyebabkan ambil alternatif snirik utk buat xray kat swasta…result amat mengejutkan coz xray menunjukkan paru2 ada jangkitan..refer semula ke hosp kerajaan then barula dr ambil action…admit icu coz da kritikal..pengajaran kt cni kte tak boleh bergantung sgt dgn hosp samada swasta ataupun kerajaan..Alhamdulillah ank da sht skrg..

    • Betul tu Myn..kita sebagai ibu kena ikhtiar habis2 utk berubat bila anak x sihat.. biar la penat dan habis duit, rezeki tu nanti ada je Allah bagi. yg penting niat kita nak jaga amanah Allah ni supaya dia sihat dan jadi yg terbaik.

  34. Memang terharu baca..sbb anak sy pnh menghadapi situasi mcm anak puan.cuma kes dia tidak serius sbb kami bertindak awl bila dgr dia batuk kong..kong..kong…bawa hospital kerajaan suhu dah 39.8 trus masuk ubat kat punggung.doc ambil drh n bacaan kuman dlm drh jg tinggi n bakteria kat paru2..mmg sedih tgk tgn n kaki bercucuk2 tiap2 hari ambil drh..sesungguh pengalaman tu mematangkan kami jika anak sakit.

    Sy cari solution supaya anak sy xkerap kena demam,sbb after admit wad tu tiap2 bln mmg dia akan demam. Finally kami bertemu dgn produk shaklee, now alhamdulillah anak dah xkena demam..

    Sy doakan anak puan juga akan sembuh..puan blh contact sy untuk share tentang shaklee ni n pengalaman ank sy mengamalkannya…

  35. naluri seorg ibu mmg kuat..kalau blh mahu berganti tempat Bila anak sakit..sedih Sgt bila baca kisah akak..byk info y sgt berguna sampaikn sy baca habis semua Komen..in Syaa ALLAH y baik kita jdkn contoh..sy juga ibu kpd sorg Anak..dan Bakal melahirkan anak Ke2 tahun Depan..moga Kita dijauhkan dari semua perkara y tidak diingini

  36. anak saya umar pon kene croup bulan lepas .kami tinggal di UK. kene warded 3 hari kat spital sbb level oxygen dah tggl 60%.sedih sgt. seminggu hari xnak ckp xnak makan xnak minum. alhamdulillah skrg dah baik.

  37. alhamdulillah ank puan dah sembuh..mogaterus membesar dgn sihat. sy setuju dgn komen puan sufiyah, komen yg spatutnya mmbuka minda kita semua..=)

  38. sedih saya baca… apa pun anak perlu diutamakan… klu tempat kerja dekat bolehlah balik tengok anak… tp kalau tempat kerja jauh, patut ambil cuti terus… jangan lakukan kesilapan tu lagi… anak tak boleh di ganti tp kerja boleh di cari…

    semoga anak awak sihat sejahtera…

  39. Betul tu pg je GH… kanak2 n baby tk thu cakap lg..Anak saya last month kna pneumonia n hampir critical .. saya bawa je pg GH …Alhamdulillah getting better..Private hospital ni kdg doktor locum je klu bkn office hour.. tkde spec pun.klu adabpaed ok la.

  40. Alhamdulillah selamat. Anak buah saya tak dapat diselamatkan. Serangan sangat pantas, musnahkan hampir kedua-dua paru-paru. Dah 2 tahun arwah Firzanah meninggalkan kami.

    • Assalam.. alhamdulillah.. luqman dah sembuh.. sy risau sgt dgn bby sy 11bln skang ni.. kerap demam dlm tempoh sebulan ni.. dlm semggu mesti demam.. skang ni pun tgh demam.. isnin lepas sy ke klinik kesihatan bawa bby sy berjumpa doc kerajaan pula sbb demam panas sgt.. dan sy menyatakan pd doc yg dlm tempoh sebulan ni bby kerap demam dan kebah dlm beberapa hari then demam balik. Esok doc minta sy dtg lagi utk buat ujian darah.. hopefully bby sy bebas dr sebarang virus yg merbahaya ni.. bby sy penah dimasukkan ke hospital kerana pneumonia n asthma semasa berumur 5 bulan. Risau sgt dgn keadaan bby sy.. sbb ari ni die masih demam dan selsema n batuk berkahak dah bermula.. awal bulan 11 aritu pun die diserang asthma dan demam panas. Semoga Allah melindungi bby sy..

  41. Terima kasih mamamunie atas perkongsian. Anak lelaki saya berumur 3 tahun, juga pernah diserang viral croup pada bulan lepas. Kesannya pada pernafasan saya rasakan sangat pantas. Pada hari jumaat malam, dia bermula dengan demam yang tak mahu kebah2 walaupun dah beri ubat demam paracetamol. Pada Sabtu pagi, barulah dia mula batuk – tapi bunyi batuknya memang sangat lain – ‘barking’ sound – seperti bunyi menyalak (maaf bahasa agak kurang lembut, tapi itulah karakter bunyi batuk ni). Pada mulanya saya pun fikirkan bunyi ni datang dari paip – bunyi seperti air turun laju melalui lubang sinki. Tengah hari, saya dapatkan rawatan di klinik swasta dan anak saya diberi ubat batuk. Pada sebelah petang, saya dapati bibir anak saya bertukar menjadi biru semasa dia batuk! cepat2 saya tepuk belakang badan untuk redakan batuk dan dalam masa kurang daripada 5 saat bibirnya menjadi ‘pink’ kembali.. biru bermakna kurang oksigen. Saya dapati kadar pernafasan anak menjadi lebih laju daripada biasa. Walaupun demikian, anak saya masih kelihatan aktif. saya bawa anak ke hospital dan dia diberikan neb @ gas budesonide (steroid). Anak saya meronta dan menangis kerana takut dengan rawatan nebuliser, dan pada masa inilah bibirnya jadi biru lagi. everytime menangis, bibir bertukar jadi biru. bila senyap, bibir jadi pink semula. So saya dan husband kena pujuk dan relaxkan dia baru boleh beri gas. Dia dimasukkan ke wad. rawatan yg diberikan utk viral croup adalah steroid. Nebulisation @ gas steroid (kandungan ubatnya tak sama seperti gas yg selalu disedut oleh pesakit asthma), syrup prednisolone (steroid), dan anak saya diberi 1 jab Dexamethasone di peha dia.. lagi satu, rawatan antibiotik – doktor kata just nak cover daripada secondary bacterial infection. Pada kepala katil, ada lubang oksigen source, in case of emergency. Alhamdulillah selepas dua malam di hospital, dia dibenarkan discharge dan sihat.

    Sedikit rumusan saya buat ibu bapa tentang viral croup:
    1. croup terjadi disebabkan saluran pernafasan pada larynx, trachea dan bronchus (paip pernafasan utama pada paru2) menjadi bengkak. Jika Flu dan batuk biasa, ia hanya menyerang kawasan tekak dan pharynx.
    2. Antara simtom croup ialah batuk kasar ‘kong kong’ atau seperti bunyi ‘menyalak’ (tak seperti batuk berkahak atau mana2 batuk yg kita pernah dengar drpd anak kita), demam tinggi atau susah nak kebah, dan mulut boleh bertukar biru atau kekelabuan.. – once bibir jadi biru bermakna dah ada respiratory distress atau gangguan pernafasan dan perlu dibawa sesegera mungkin ke hospital
    3. segera bawa anak ke hospital untuk rawatan jika kita suspect croup, walaupun anak masih kelihatan aktif. Ini kerana croup boleh menjadi teruk dengan begitu pantas.
    4. rawatan utk viral croup adalah steroid sama ada ubat makan prednisolone, gas atau nebuliser steroid, dan injection steroid sekiranya perlu. oleh itu, sentiasa query jika anak cuma diberi ubat batuk biasa atau antibiotik saja. Minta staf klinik tulis nama ubat betul2 sekiranya tak dilabel pada botol ubat.
    5. Kena pastikan dia relaks dan selesa supaya dia tak menangis.. manjakan dia. sebab bila dia start menangis, pernafasan dia akan terganggu dan mengurangkan oksigen dalam badan, lalu bibir pun bertukar kebiruan
    6. selain pernafasan, perlu juga pantau suhu badan anak kerana demam pada viral croup mungkin susah nak turun berbanding demam biasa. Antibiotik mungkin perlu jika demam tak kebah2.

    Semoga kita menjadi ibubapa yang terbaik dan bijak untuk anak2 kita.. terima kasih mamamunie atas perkongsian cerita..

    • Thanks Ummumuadz sudi share cerita anda juga. Semoga panduan yg diberi bermanfaat kepada smua ibu bapa di luar sana.Comment yang simple, padat dan jelas. senang difahami. Alhamdulillah.😉

  42. salam sejahtera saya terbaca juga entri puan sedih pun ada apapun susu ibu yang terbaik dari kecill sehinggalah umur dua tahun sepatutnya menyusu dengan susu ibu hingga 2 tahun atau ;lebih. Imun yang kuat bagi seorang bayi.

  43. salam puan, sy nak tanya..ape kah yg menyebabkan virus tu boleh ade dlm bdn ank kita?drpd jangkitan ke ape?kiranya, mcmane boleh jadi mcmtu.mungkin kalau doc bagitau punca2nya, mungkin kami semua boleh alert psl ni.btw, alhamdulilah ank puan selamat.tkasih kerana berkongsi cerita ini..

  44. salam… puan nk tye pe lg syptom2 virus ni?… ble bace blog puan, saya rase risau plak dengan keadaan ank sya… ank sya mgidap asthma… sjak disahkn oleh doktor die mgidap asthma die senang dijngkiti batuk selsema dan demam…

  45. Alhamdulillah Lokman selamat… Bergenang air mata.Lepas ni kene lebih alert, utk peringatan pada ibu bapa dan pada sy jugak. blh ambil suplement utk anak2. jika berminat utk kesihatan anak2 blh lihat testimoni di link ini. hanya nak share kebaikkan, bukan paksa beli.. hehehe..
    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.257837861035107.1073741840.228529243965969&type=1&l=4a96554d7f

    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200960865567845.1073741834.1352423619&type=1&l=5154bcef0f

  46. Menitik air mata saya puan dan terima kasih kerana sudi share exp yg sgt bguna ni.. dan betul juga kata en mohamadzairi…. take note klo ank kita dah start sakit simpan suma history dan ubat yg kita pernah bg since 1st day dia sakit..dari situ next doc bleh study apa ubt yg x berkesan kpd dia..
    Regarding doc keraj atau swasta, exp sy : ank sy demam panas 40c setelah refer ke 2 klinik 2 swasta dan satu paed tiada satupon yang boleh sahkan yg ank sya terkena chicken pox. Akhirnya doc di pusat kesihatan univ yg mengesahkannya. Sy rasa as a parent kita jgn refer hanya satu opinion perlu cepat get 2nd opinion bila tgok keadaan ank tidak smakin baik..

  47. Salam,

    Saya tertarik dengan isu hospital swasta vs Hospital kerajaan. Sebelum ini saya sangat skeptikal dgn hospital kerajaan kerana sebelum ini saya tinggal di bandar yang berpenduduk padat. Jadi untuk ke hospital kerajaan adalah sgt menyakitkan hati. Dengan servis yang lambat dan doktor yang kurang. Pernah satu hari kami terpaksa menunggu sehingga 4 jam, tanpa apa2 rawatan diberikan kepada suami saya yang diserang tekanan darah tinggi. Jadi, kalau anak n husband sakit mmg saya akan bawa ke hospital swasta. Lgpun masa tu masih bekerja, dan company menyediakan insuran. Jadi xde masalah kewangan yang hendak difikirkan.

    Masa anak pertama saya diserang sawan demam ketika berumur setahun, saya bawa ke hospital swasta. Alhamdulillah, rawatan dan layanan sangat bagus, anak saya dijaga rapi sehingga sembuh.

    Dan hal sama berulang, pada anak kedua baru2 ni. ketika umur cukup setahun. Masa tu berkira2 juga nak bawa anak ke hospital besar seremban kerana presepsi saya tentang hospital kerajaan. Tapi terpaksa pergi juga sebab saya dah x bekerja dan keadaan kewangan suami yang tidak mengizinkan untuk ke hospital swasta. Tapi alhamdulillah, pekerja di hospital ramai, cepat, doktor pun ada ramai, macam2 pendapat yang datang kat emergency room tu dan akhirnya anak saya ditahan di ward untuk pemantauan. Dan Alhamdulillah, anak saya dijaga dan dirawat dgn baik..masa ni la persepsi saya tentang hospital kerajaan berubah.

    Hospital swasta ke, kerajaan ke, sama saja. yang penting kakitangan nya buat kerja. Hospital kerajaan sebenarnya lebih lengkap dan lebih ramai doktor pakar. Satu hari, sampai 4-5 kali lawatan doktor dari doktor pelatih, doktor junior, doktor senior sehingga doktor pakar semua bergilir2 melawat pesakit. Rasa sangat diprihatinkan. Kalah hospital berbayar tau. Hospital swasta pun sorang doktor je yang rawat.

    Tentang keselesaan, mmg hospital kerajaan x boleh lawan hospital swasta. Tapi yang penting rawatan yang diberikan. Saya sendiri pun bersalin kat hospital kerajaan je. Tapi saya x risau diri sndiri yang penting saya nak berikan yang terbaik untuk anak2 saya.

  48. Pn, virus start dr Batuk ker??
    risau ye… ank sy selalu jgk kena batuk …. 2 ank sy dh 2x kena ambik drh psl plt rendah… n hr2 dok ulang alik g klinik krajaan….. smpi biler nk fllw ambik drh jer…. msti ada cara lain…. nurse hnya ckp just fllw up jer… adoiii sedey rase hati biler dorg ckp cam tu….. biler tnyer doc kt bilik rawtn…. virus… ape virus x ckp sencara detaill… ssh kn cm tu….

  49. anak kedua saya pernah kene penyakit ni ketika berusia 4 bulan. Mujurlah saya dan suami sgt peka jika ada apa apa yang x kena dgn anak anak.

    mula mula nakhaie batuk, kemudian bunyi mcm asthma, kemudia sikt demi sedikit hilang suara. selama dua bulan nakhaie tiada suara..takut sgt mase tu.

    dan selama itulah kami berulang alik ke hospital. Alhamdulillah..sedikit demi sedikit suara anak kembali

  50. Alhamdulillah Lukman selamat. Sama seperti anak saya juga yang pernah mengalami viral croup ni sewaktu usianya hampir 6 bulan pada Jun 2012 lalu. Sewaktu usianya mencecah setahun lagi satu serangan menimpanya…meningitis.2 minggu di wad..Allahuakbar.. kesian bayi sekecil itu terpaksa menerima semua ini. Alhamdulillah kini anak semakin sihat dan jarang2 demam. Ibu bapa jangan ambil mudah kalau anak demam.bawa lah ke beberapa klinik..saya sokong hospital kerajaan..banyak doktor pakar yang mampu merawat anak kita.

  51. syukur anak puan selamat n dh sihat.
    1st time saya baca pasal virus nih. anak puan umur brp yek?
    cara virus nih attack cam sama dgn anak saya kena last year. sgt 2 cepat.. anak juga ada asma since umur setahun 6 bln tp x penah warded.
    Bawa anak ke hosp n wat neb 3 kali tp x berkesan. Doc cakap anak exhausted n benda ni jarang berlaku pada kanak2.

  52. Pingback: Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah | .Mama.Wafi.

  53. Susah bila some practitioners failed to diagnosed croup. I get so many referrals, be it private or first liners from government clinics, referring for severe acute exercebation of bronchial asthma. Child comes with a clear cut symptom of croup but still they missed it.😦

    • I totally agree with u. If I read about viral croup earlier, myself also can diagnose what’s wrong with him from the barking cough and high fever symptom.Allah is Great. He wants me to learn more, gain more and get to know the kind hearted mommies/daddies out there. Thanks Fran.

  54. Adam Saufee sebulan lepas pn kna sakit yg sama. Disebabkan asmak duk di kampung yg x punye pakar, asmak bwk adam ke hosp DEMC yg punyer pakar kanak2. Risau dgn keaadaan pnafasannya asmak bgegas ke ctu walau suami x teman krn keje.
    Walau kita pegi hosp mana skalipun jika nampak kesihatan anak tidak memuaskan cubalah beralih ke hosp lain. Cuba pantau sebaik mungkin. Ini juga nasihat utk diri sendiri.
    Mcmana dgn lokman skg ni? Br2 ni risau dgn keadaan adam. Dia batuk2 n bwk lg ke hosp n doc bg nab lg. Ada bunyi di paru2 kata doc. Ya Allah, sembuhkanlah sakit anak2 kami. Hanya padaMu kami meminta

  55. Alhamdulilah ank puan selamat..tersentuh membaca..terbyg muka dua org ank sy yg selalu kena demam dan selsema..tp sy mmg slalu akn merujuk 2-3 org doc kalau ank2 sakit.

  56. Mengalir air mata saya baca ni… sayunye… sy mmg tak boleh tgk kanak2 sakit… anak sy pn 2 org athma… sy doakan luqman akn sentiasa ceria..

  57. Salam puan
    Ingin berkongsi pgalaman,
    Ank 1st sy lahir di johor kg sy, hospital krajaan, lahir2 je ade pnuemonia.
    Ank trus duk kat nicu 1bln , layanan kat nicu hospital muar mmg 1st clas,
    Slpas 1bulan , Alhamdulilahhhhhh, ank keluar dgn sihat nya,
    Sy pun amek jap pnuemokokal,
    Spanjang proses mbesar sy sgt2 mjaga ank sy, abes pantang sy balik kuantan utk bkerja,
    1hari ank sy demam 39.8 +muntah +cirit birit, sy yg mmg lebih suka g hospital kerajaan trus jer ke hospital tengku ampuan afzan kuantan , tp sy sgt tkejut dgn layan doc d kuantan, 2jam menunggu, ank sy hanya dberi ors aka air garam sahaja. Dan dbenarkan pulang, sedangkan ank sy dah xbermaya, sy sgt trkilan dgn doc yg brtugas, asben yg risau trus g kpj kuantan, sampai sana trus cek darah, bg neb, masukbair n bagi rawatan n admit, ingin sy tekankan xsemua hospital kerajaan ok, dkt kuantan mmg sy xkan g lagi hospital kerajaan, pgalaman tu buat sy trauma nk g hospital kerajaan d kuantan ,ape2 sy lebih selesa ke hospital swasta aka kpj di kuantan , hanya d kuantan , dan pernah ank hanya demam ms dkg , pegi je hospital muar trus je admit, layanan sgt baik , jd sy rasa d kuantan sy lebih yakin dgn kpj tp d kg sy selesa hospital krajaan, nyawa n kesihatan ank adelah yg utama, pgalaman mndewasakan kita,

    • Salam Puan Mommymia,
      Thanks sudi share pengalaman. Dlm kes puan, inilah yg dikatakan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sikap segelintir doktor dan jururawat yg telah membuat imej hosp kerajaan terjejas. Andai kata puan terpaksa lagi berhadapan dgn situasi mcm ni, make sure puan ambil nama doktor terbabit dan buat laporan ke KKM. Nyawa tak boleh dibuat main. Mcm juga kes saya, sebelum ni dah beberapa kali Luqman admit dan mendapat rawatan terbaik di hosp swasta terbabit. Namun kali tu je yg biat saya betul2 serik dh. Ape2 pun, sbagai ibu kite tahu apa yg baik utk anak kite kan puan.😉

  58. Assalamualaikum.tq for sharing..anak saya pun baru keluar ward kerana influenza..rp alhamdulillah kerana tiada sebarang komplikasi..cuma demam berlarutan dan tidak kebah..

    Tp saya tetap trauma..tambahan pula..masa kena tu dia di kampung bersama swpupu2nya dan ibu saya..sepupunya mmg demam selsema batuk..jadi semua berjangkit..ingatkan demam biasa..tp demam agak tggi jadi sy bawa ke hospital swasta di kuantan..untuk makluman kami mmg selalu ke hospital swasta untuk keselesaan.dan suami mmg xnak ke hospital kerajaan..doc swasta kata anak saya demam biasa dan jangkitan pd tekak jd dia beri antibiotik.setelah 3 hari doc benaekan pulang namun demam anak saya blom baik btol.sehari lepastu demam tggi semula..sy dah x sedap hati ke hospital tu..call hospital swasta lain semua full..suami saya jnis yg anak x sihat dia nak warded utk keselamatan dr berlaku apa2.jd nak x nak kena ke hospital sama.doc insist ckp demam biasa..duduk lg 2 hari..bila dh ok sikit sy minta transfer ke kl dgn alasan dekat ngn rumah dan dh lama cuti.pdhal sy risau dan rs ada x kena..smpi di kl doc suspect anak sy influenza kerana x mungkin tekak bengkak 5 hari on antibiotik x sihat2 lagi..dan tekak anak sy x bengkak ppn.cm merah biasa..

    Akhirnya mmg influenza..pengalaman xdilupaka..seminggu lebih ulang alim ke hispital..

    Sy nak tau..ada x sape2 tau psl influenza vaccine? Adakah bagus diberi kepada anak2? Sy trauma tkot kena lagi atau lagi teruk..

  59. assalamualaikum… akak saya mohon share di fb ye. info yang sangat berguna. terima kasih. moga akak sekeluarga di bawah lindungan Allah selalu

  60. Anak saya juga pernah jd kes mcm ni…slps 3 hari di wad baru doc dpt detact yg ada jangkitan kuman dlm pernafasan…demam pasang surut….temp naik up to 40c…ibu mana yg xrisau bila anak nye sakit mcm ni kan…alhamdulillah luqman dah sembuh…mmg takut n sedih bila teringat balik…mmg pengajaran sgt kene sentiasa alert bila anak2 kita demam…jgn kita sentiasa anggap ianya hanya demam biasa….

  61. Salam..hosp sultanah bahiyah alor star mmg peads dia terbaik…even private hosp pun klu xleh handle hntr diorg hntr sini..hr tu anak masuk picu,sblh katil dr kpj ipoh..katil dpn dr mahsuri jitra..

  62. terima kasih share pengalman di blog puan ..ilmu baru bagi saya..namun pengalaman saya berbeza..anak2 saya mbik semua vaksin yg disyorkan kerajaan plus amik jeb tambahan pnemococal..tapi pada umur 3 tahun mereka disahkan positive batuk kokol (whooping cough) and pihak kem kesihatan seolah2 nak blame saya x cucuk anak2 padahal buku cucuk anak semua saya dah complete. kesimpulanya : vaksin yg ada belum tentu dapat melindungi anak kita..saya dah mulai ragu dgn kemampuan vaksin dlm melingungi anak2… raguiAnak2

  63. Salam..alhamdullilah semanya selamat..my baby pernah dapat viral croup.alhamdullilah kami cepat bertindak..saya tak tunggu lama… Bila tgk penafasan anak saya agak terganggu…danalhamdullilah kini sangat baik…

  64. ya allah tersentak masa baca blog puan…
    alhamdulillah adik luqman selamat…semoga membesar menjadi anak yg soleh dan sihat selalu hendaknya…amin…

  65. alhamdulilah adik luqman selamat..
    my baby bru berusia 4 bln pernah m’galami jgk..tp bby sy x dpt diselamtkn..2 hari di picu dan hari 3 my baby pergi buat selamnye,,iaitu pd 27 / 12 /13 iaitu pd hari jumaat..di hospital sultanah bahiyah..sedih sgt2…tp apa kn daya arwah pergi tinggal kn kami buat selamnya…al-fahtiah

  66. Im crying when i read this.. ank sy prnh ditahan di hkl sbb asthma.. 2mggu die demam terbaring xbgn2.ms tu sy tringat ms die sht sy mrh die klu die nkl..rs brsalah n rindu nk tgk die sht.. ms tu umur die 2thn. Biledh btl2 sht die bgn n jln slow2..kdg2 jatuh.mcm baby br bljr nk jln.menangis sy tgk.ye btl ada hikmah yg bsr slps di uji.hikmahnya sy hargai ank2 sy.sy sgt memahami apa yg u rasa…♥

  67. Alhamdulillah Luqman semakin baik..memg klo anak demam rsau sgt..bc entry awak pn dh sebak sgt..mmg bila anak nakal rsa nk mrah..tp bila anak sakit..time tu kita sedar yg kita syg sgt anak kita..xsgup nk tgk anak sakit..

  68. Mmg sedih betui bila sy bc story akak ni.xleh nk tahan lg dh air mata duk turun.pengalaman akak ni bt kan sy sedar utk lebih alert sbb anak laki sy sllo batuk mcm ketuk tin n nafas mcm penat sgt n sy sllo bw p hsptl swasta n doc check sat ja lps tu depa akan bt nebulizer.tp bila sy bc entry akak ni.btkn sy sedar…xsmstinya hsptl swasta byr mahal2 itu bagus.sebaliknya hsptl krajaan lbh cpt brtindak.sy sblm ni pn fkr mcm akak.kalau p kt swasta xsesak sgt,nk cpt.tp lps ni lbh baik sy refer hsptl krajaan.lg 1 anak laki sy dh nk masuk 3thn lg bpa ari je.dia hyperactive.sy sllo marah dia.tp bila sy dh bc crita ni…betui! kita akn rindu perangai dia yg hyper tu drpd tgk dia diam terbaring lemah xbrmaya.yg tu bt sy sedar utk layan anak sy dgn lbh baik wlpun perangai dia mcm tu.budak br nk mmbesar.itulah kesedaran yg sy dpt dr crita akak ni.lps ni sy nk brusaha jd mommy yg baik n lemah lembut ngan anak2 sy.sgt brguna n brharganya crita akak bt diri sy ni.terima kasih sgt2.

  69. assalam… dah byk kali sy baca entry ni… hari ni baru nak terkomen… setiap kali baca entry ni… air mata mesti meleleh… anak sy pun pernah alami sakit yg sama disebab kan influenza h1n1… selps kami blk dari bandung… 10 hari kami anak beranak diquarantin di hkl… tp memang betul lah, hospital kerajaan better dari hospital swasta… walaupun lembab tp mereka alert n terlatih… huhuhu
    di hkl, sy 1 bilik dgn anak no 2 dan suami 1 bilik dgn anak sulung… anak no 2 memang kene teruk disbbkan dia ada asma… memang biru bibir dia dan tenggelam dada nya bila bernafas…
    dgn kejadian mcm ni… kita lebih berhati2 kan???
    bila dikenang2… memang airmata sentiasa nk mengalir… Alhamdulillah semuanya selamat… ketika itu dia berusia 8bln, skrg dah 6 thn pun… ^_^

  70. Allahuakbar,xdpt dibayangkn klu trlmbt hntr anak tu ke hospital.syukur,Allah masih bg peluang pd puan dn suami utk trus membesarkan anak tu.wlupn sy blom mmpunyai zuriat,namun terfikir juga mcm mne bila dh ada anak nnt,memndngkn kerjaya yg menuntut bnyk masa.huhuhu..moga anak puan diberi kesihatan dn mmbesar dgn sempurna, insyaAllah..

    *jom sihat bersama Shaklee. Like fb shakleeproducts4u utk lebih info dan membuat pesanan..

    • Salam kak bleh tau hspital swasta mna kak pegi n siapa doktor 2.. Sbb sy krap ke hsptal swasta di alor setar.. Xmau kjadian yg sama trjdi dkt ank n klu bleh spy sy lbih brhti2.. Tq ats prkgsian

  71. Semoga anak puan mamamunie sentiasa sihat dan ceria.anak sy eryna umur 2 tahun lebih.sgt aktif dan ceria tp bila demam selsema sy yg susah hati lebih.mlm2 nk tdo susah nafas hidung ketat.itu bru demam selsema kalo sy kt tmpat puan xtau la mcmn..semoga kita ibu2 sentiasa tabah menghadapi apa2 yg mndatang.anak itu anugerah yg paling berharga.

  72. Salam.

    1. Memang itulah kesannya jika anak diserang virus.

    2. Demam akan tinggi dan paru2 akan dise4ang dahulu.

    3. Jangan ambik mudah kalau anak kecil demam.

    4. Rasanya dia dah demam beberapa hari.

  73. Berjurai air mata saya ketika membacanya. Timbul rasa insaf dihati..Syukurlah anak dia selamat.
    Tuhan memang Maha penyembuh dan Maha Penyayang keatas umatnya..

  74. Alhamdulillah anak akak sihat..kejadian yang sama juga telah menimpa anak kedua saya ketika umur 7bulan..yang bezanya anak saya dijangkitan kuman dalam darah dan peparu dan peparu terpaksa ditebuk.7 hari dalam wad icu..baca cerita akak buatkan saya menangis. teringat kembali peristiwa bulan November 2012 dan saya mengambil cuti separuh gaji selama 1 bulan untuk menjaga anak. kini anak dalam keadaan sihat walafiat.. cuma kena follow up temu janji dengan doctor. begitulah pengalaman sebagai ibu dan bapa. benar-benar menguji kita sebagai hamba Allah s.w.t.

  75. Assalam PUAN..syukur anak puan kembali sihat..anak saya pnah kena kes mcm anak puan..cm sy tercpt sdar pg tu sblum pg keja dia tak active lemah longai..trus terdetik bwa p hosptal sulth bahiyah..mmg terkejut sngt doc bg tau dia kna virus..trus nagis dpn tu jgk sbb doc inform klau lmbt dh takguna..kebetulan kenalan saya anak dia kembali kpd Allah ats kes yg sma..lemah stu badan..dgn dugaan suami kna bertgas d sabh masa ops daulat..Allah btul2 uji saya..5hari di hospital sambil di pntau.alhamdulillah Adam zffreil kembali senyum dan active..in sya Allah sy pun nk ambil vaksin..skrng klau demam 38°c mmg trus bawa ke hospital..

  76. Alhamdulillah, syukur… Adik Luqman selamat. Allah memberikan hikmah yang sangat tinggi atas peristiwa yang berlaku. Semoga penulis lebih tabah menghadapi segala dugaan. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang amat berharga.

  77. Sis..i dont know you..but reading your entry brought tears to me. Glad your son is saved..I too nearly would have lost my 18 months son..symptom exactly yours…it was febrile seizure and we dont know..first time !!. Glad we run immediately Hospital PD. They saved him…

    • Thanks dear Andra Raji for reading my blog. I hope your son is in good health and well condition. Lots of love from me to you and your family. Please keep in touch even though we only know each other through this blog. xoxo.

  78. Sedih sy baca entri ni..penah rasa bl ank kena jgkitan virus rsv (jgkitan kt paru2)xdpt bernafas..nasib baik cpt bawa hospital.semua ni jd iktibar jgk kat saya supaya lebih alert bl ank demam..sy doa smoga luqman sihat sntiasa..aamin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s