Diam Apabila Marah


Majoriti wanita termasuk saya, suka membebel dan berleter apabila marah. Macam mana nak buang sikap ni ya? Sebab diam itu lebih baik apabila marah. Ini kerana, bila marah semua kata-kata yang terkeluar dan perbuatan yang dilakukan adalah mengikut emosi semata-mata dan api yang kecil boleh menjadi besar dan marak bak disimbah petrol! Tambahan pula dalam rumah tangga, masa tu la syaitan datang menghasut para wanita supaya bersikap kasar terhadap suami dan anak-anak.

Lepas berleter, rasa menyesal sangat-sangat sebab suami pun banyak bersabar dengan sikap saya. Tak patut betoi buat dia macam tu. Huhu. Tapi saya sangat kagum dengan sikap suami saya. Diam apabila marah. Dia seorang lelaki yang sangat cool dan bijak menangani stress dan kemarahan.๐Ÿ™‚ berbeza dengan saya yang cepat melenting. Saya cuba belajar untuk jadi macam dia. Kadang-kadang saya berjaya, kadang-kadang tewas jua…

Berikut adalah beberapa doa dan hadith untuk mengelakkan marah dan menebalkan kesabaran di dalam hati yang sempat saya cari untuk panduan saya dan anda semua.

ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽูู’ุฑูุบู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุตูŽุจู’ุฑู‹ุง ูˆูŽุชูŽูˆูŽูู‘ูŽู†ูŽุง ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ูŽ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”
(Al-A’raf : 126)
Maksudnya :
โ€œAku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.โ€

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat padaku.”
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

One thought on “Diam Apabila Marah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s