Kisah Beras 5kg


Dulu masa baru kahwin, saya selalu jugak masak di rumah. Kiranya beras pack 5kg tu sekejap je habis sebab kami suami isteri makan banyak walaupun masak tak sedap. Haha. Memang rajin jugak lah beli beras masa tu sampai la alah teruk masa mengandung anak sulung. Terus jadi tak larat nak masak dan tak suka masak sebab tak boleh bau2 kat dapur ni. Setiap malam saya dan Mr Bart akan jumpa kumbang hitam. Jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari. Tapi tak tahu asal usulnya dari mana. Kami pun diselubungi misteri setiap malam selama beberapa ketika. Suatu hari ni saya masuk wad. Tiba-tiba Mr Bart SMS…

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR19eUqd3UsKLCfGlUDeXbjgylF9xUVHx3ibitAO2VnQlYB71-E6OvpUttK

 
Mr Bart : Syg, abg dh tahu asal usul kumbang hitam tu!
Saya    : Hah??yaka? Dari mana?
Mr Bart : Dari dalam tong beras kita!
Saya    :huhuhu. Teruknya.

Lama gila saya tak sentuh tong beras sampai kutu beras dah bertukar jadi kumbang dan beras dah jadi macam serbuk. Malu betoi la kat Mr Bart. Mesti dia fikir, teruknya bini aku ni…hehe.Cerita beras 5kg tak habis di situ sahaja. Ada pula kejadian kedua di mana beras kami, masa tu ada la tinggal suku tong, bertukar menjadi habitat kulat dari pelbagai spesies. Sampai beras tu jadi warna ungu. Mr Bart nampak agak merajuk kali ni. Muka muncung semacam jer…Saya harus lakukan sesuatu. Ok, saya mengaku silap saya iaitu jarang masak. Kita harus berani mengaku kesilapan supaya keadaan sentiasa menjadi baik kan?Mr Bart pulak kata, “lepas ni beli 1kg beras jer. Makan dulu bagi habis then baru beli 1kg lagi. Taknak beli dah yang 5kg. Membazir je.” Dia cakap sambil menjeling dan memuncung mulut ok! Buat saya rasa tercabar!

Selepas peristiwa tu, saya nekad untuk memasak. Lagipun suami saya ni suka makan. Dia akan makan banyak kalau saya masak, bikin hati ini berbunga-bunga ingin terus memasak. Saya masak lauk simple2 sahaja sebab kami berdua je nak makan pun. Dan Alhamdulillah, penggunaan beras nampak terancang dan begitu optimum. Saya masak lauk yang senang, sedap, simple. Contonya ayam masak kicap, ikan sweet sour dan sebagainya. Ikan dan ayam kami beli setiap hari. Beli untuk masak hari tu jer. Sayur pun beli setiap hari. Macam hari cuti, saya mayang siap2 bawang untuk menumis, mesin bawang besar, mesin cili. Simpan dalam Tupperware dan letak dalam peti sejuk. Senang bila nak digunakan, cedok sahaja. Save time, save energy. Saya kan ibu bekerja. Perlu bijak bahagi masa walaupun kadang2 bengong jugak bab2 atur masa ni. Tapi saya manusia biasa kan? Saya akui kelemahan saya.🙂

So ibu-ibu bekerja di luar sana, jangan berputus asa untuk buat yang terbaik dalam rumahtangga kita. Ya, kita tak mampu menjadi sempurna 100%. tapi kita boleh berusaha buat yang terbaik.

***Saya nak kongsi resipi ayam perap yang kerap saya buat. Boleh simpan lama dan goreng je bila nak masak. Mudah dan cepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s