Set Bersalin Pilihan Saya


Masa mula-mula pregnant anak sulung dulu, saya ambil masa yang lama kat kedai-kedai jamu online dan di supermarket bagi meninjau produk manakah yang terbaik untuk saya. Fuhhh..memang rambang mata. Ada yang mahal, ada yang murah. Tapi semua tu tak penting. yang penting haruslah sesuai dengan badan kita. Setiap badan mempunyai penerimaan dan tindak balas berbeza mengikut individu. Kalau beli yang mahal, tapi tak sesuai pun tak berguna juga. Selepas meneliti pelbagai jenis lambakan produk, saya nekad memilih Nona Roguy. Saya beli satu set besar yang RM530. Agak mahal tapi berbaloi lah sebab untuk kegunaan selama 90 hari. Then saya sambung makan Phyto Natal sampai la Luqman berusia 9 bulan. Pengalaman saya makan Nona Roguy ni, memang best. Badan terasa ringan sahaja dan ramai tegur saya nampak segar walaupun di dalam pantang. Ia buat saya rasa tak letih. Makcik2 dalam kampung yang datang melawat pula siap tegur, ammmboiii….wanginya bau minyak angin ni. Pakai minyak apa? saya jawab Nona Roguy..Pastu ada yang cakap, kaki tangan saya sentiasa hangat dan itu menandakan kesihatan saya sangat baik. Kalau kaki dan tangan sejuk semasa dalam pantang, maknanya darah jalan tak elok.

 

Untuk anak kedua ni, saya cakap kat Mr. Bart yang saya nak makan set bersalin yang lebih murah. Dia cakap tak payah la..makan je Nona Roguy. dah sesuai dengan badan, buat pa nak tukar2. maybe dia pun berpuas hati kot.🙂 dalam hati saya pun berbunga ceria la. nampaknya duit kutu beliau akan menjadi mangsa. Tapi untuk buat dia sedap hati, saya cakap..ala..untuk bagi sedap mata abang memandang juga. Nanti kalau dah tak cantik, abang kalut nak cari lain pulak.. sayang sanggup berhabis duit abang untuk abang :p

Kalau nak beli produk NR dengan harga ahli dan kadang kala bila bernasib baik, NR buat promosi 20% less dari harga ahli, boleh daftar di portal online NR iaitu di http://www.nr4u.com.my/. Penghantaran pun cepat.

Bagi panduan mommies yang nak beli produk bersalin, jangan dengar cakap orang atau terpengaruh sangat dengan pujuk rayu orang yang jual. Better anda tanya ibu atau ibu mentua dan alamilah sendiri kesannya. Saya dengar Leesa Formula, Amway, Salindah dan Mustika Ratu juga bagus. Anda boleh la survey kandungan produk dan pastikan ianya mengandungi semua jenis herba yang diperlukan oleh tubuh setiap wanita.

 

**tengah tunggu NR4u buat diskaun. baru untung beli barang.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s