Ada Apa Pada Muhammad?


Sekarang ni tengah dok fikir-fikir nama anak. Jantina belum diketahui. Tapi dah rasa macam nak cari nama siap2 untuk permata cinta yang kedua ni. 1 nama lelaki dan 1 nama perempuan. Tapi apa yang pasti, nama anak lelaki mestilah bermula dengan Muhammad, sempena nama Rasul kita yang tercinta. Hal ini juga adalah kerana saya pernah terbaca satu artikel berkenaan dengan nama Muhammad ini yang telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya nama Muhammad itu sendiri. Nak letak nama secanggih mana pun, pastikan ada Muhammad.

https://i2.wp.com/hasnulhadiahmad.com/wp-content/uploads/2012/04/Muhammad-Idola-Kami.jpg

 

Sebagai orang Islam, kita wajib mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu rukun Islam yang pertama. Apakah ayat yang terkandung di dalam ikrar keislaman itu? “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.Perkataaan Muhammad itu merupakan perkataan yang amat penting untuk membuktikan keislaman seseorang kan? ya..begitulah istimewanya nama Muhammad di dalam agama Islam.

Kebanyakkan ulama sangat menggalakkan kita supaya menamakan anak dengan nama Muhammad dan mereka yakin bahawa sesebuah keluarga akan lebih mendapat keberkatan dan ketenteraman jika anak dinamakan Muhammad. Ini juga bagi memperingati Rasulullah S.AW yang begitu mulia dan mempunyai peribadi yang sangat elok.

Bahkan menurut sebuah Hadith yang lemah (dhaif), para malaikat yang menjaga neraka dan menyeksa orang – orang yang berdosa disana akan memberikan keringanan khas kepada umat Islam yang mempunyai nama Muhammad pada namanya kerana Muhammad itu kekasih Allah. Begitu istimewanya nama Muhammad itu sehingga tidak menerima hukuman yang sama dengan penghuni neraka yang lain.

Banyak Hadith yang menerangkan keistimewaan dan kelebihan terhadap orang yang diberi nama Muhammad. Dalam sebuah Haditshdikatakan,”Apabila kamu menamakan seseorang itu Muhammad, hendaklah kamu hormati dia dan lapangkan tempat baginya didalam suatu majlis, dan jangan masamkan mukamu kepadanya.” Dan diriwayatkan pula bahawa tidak ada suatu kelompok yang mengadakan musyawarah dan ada bersama mereka seorang yang bernama Muhammad, namun mereka tidak mengajaknya ke dalam musyawarah itu, melainkan mereka tidak akan diberkati.”

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah dari Ibnu Juraij dari Nabi SAW, yang telah bersabda,”Barang siapa memiliki isteri yang sedang mengandung dan bercita – cita hendak menamakan anak yang masih dalam Rahim itu dengan nama Muhammad, Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki, dan jika ada seorang yang bernama Muhammad didalam sebuah rumah, nescaya Allah Ta’ala mengurniakan keberkatan didalam rumah itu.”

Seorang perempuan telah berkata kepada Rasulullah SAW,”Ya Rasulullah, aku ini seorang perempuan yang tidak mempunyai anak lelaki yang hidup,” Maka Rasulullah SAW menjawab,”Bernazarlah engkau kepada Allah bahawa, apabila engkau mendapat anak lelaki, engkau akan namakan anak itu Muhammad.” Maka ia pun melakukannya, ternyata anak lelakinya hidup selamat dan baik.

Telah diriwayatkan dari Abu Umamah,”Barang siapa mendapat anak lelaki lalu ia namakan dia Muhammad kerana mengkehendaki keberkatannya, dia dan anaknya akan masuk syurga,” (Disebutkan dalam kitab Al – Firdaus). Riwayat lain menyebutkan bahwa Ali bin Abu Thalib mengatakan, “Tidak ada suatu jamuan makan lalu datang hadir kepadanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta’ala akan memuliakan rumah itu dua kali ganda.”

Begitulah istimewa dan pentingnya nama Muhammad. Semoga anak-anak lelaki yang bakal dilahirkan selepas ini, semuanya berpangkal dengan nama Muhammad dan mendapat keberkatan sempena dengan nama yang mulia itu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s