Snow White and the Huntsman


Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang kedua haritu, saya dan Mr Bart yang tercinta pergi menonton filem Snow White and the Huntsman. Punya la saya teruja bagai kanak-kanak kecil yang dibawa ke taman permainan. Kami berdua je pergi. Luqman tinggal kat adik saya minta dia jaga. So romantica de amour u know.. terasa bagai tengah bercinta. sambil disaksikan popcorn u ollss.. hehehe.

 

Ok, straight to the point. Overall movie ni, saya bagi 4/5 star. Jalan cerita yang diolah dan tidak 100% mengikut acuan cerita zaman nenek moyang kita dahulu memang menambahkan suspens dan kehebatan filem ini. memang tak berkelip lah mata saya ni menantikan apa pulak scene seterusnya..hehehe. dari segi effect dalam movie tu memang superb. sampai saya ternganga melihat pari2 dalam taman.cannnntik sangat…colorful! memang macam dalam imaginasi saya semasa kecil dahulu. time perang2 tu pun memang hebat dengan lontaran bom api pada pasir di pantai yang memercik membidas kuda dan pejuang2. best gilerrrr..

Watak-watak dalam tu pula bijak memainkan peranan masing terutamanya Queen Ravenna yang ada masa nampak ganas dan ada masa memang nampak lemah. Kekejaman terserlah. Snow White pula memang kind hearted dan soft sangat…Begitu juga watak Huntsman yang nampak garang tapi dalam hati tetap ada taman walaupun dia ganazzzz.

Kekurangan filem ni ialah masa. ya, 2 jam tak cukup untuk cerita ni. Macam kurang menyengat. Yang lain tu..entahlah…apa kata..beli tiket..tengok dan nilai sendiri?? anda pasti tak kecewa🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s