Dayus


Dua hari lepas saya ke Pacific Star Parade, Alor Setar. Sebab ada sales baju baby Anakku kat bawah tu… Entah macam mana, suami letih pula. so kami decide, saya pergi sorang, suami duduk rumah jaga anak saja lah..anak pun tidur, boleh la papanya tidur dan rehat juga. Tak pernah keluar sorang2 sejak kahwin ni..xpela..pergi jugak. lagipun sales tu last day.

Lebih kurang pukul 8.30 malam jugak lah saya sampai, masa dok belek2 baju tu..saya ternampak ada seorang lelaki dalam lingkungan 50an berjalan rapat di belakang perempuan ni umur 20an cam tu. then secara tiba2, dia merentap rantai leher perempuan tu!!! saya fikir,ahhh ini kes ragut ni!. spontan saya jerit TOLONG!!!TOLONG!!! orang ramai semua berhenti tengok. then tiba-tiba lelaki ni sepak pmpuan ni smpai terjatuh, pastu dia pijak2 badan perempuan ni. saya menjerit bagai anak kecil yang ketakutan sambil memeluk promoter kat situ. ok, promoter pmpuan. jangan salah faham. sambung lagi, lelaki ni buka selipar dia dan tampar2 muka pmpuan ni guna selipar. ya betul..memang macam dalam TV! pastu dia selak baju perempuan tu sampai ternampak bra hokey!!! then sambung pukul!! orang kat situ buat apa? guard mana?? nak tahu??

orang hanya melihat dengan penuh simpati, xda sapa pun tolong dia dan guard tiba 10minit kemudian dengan segala sopan santun gaya jalan si guard. macam orang tu dok pukul semut pula. yang paling saya kesalkan di sini orang ramai hanya memerhati saja dan ada juga ambil kesempatan rakam aksi tersebut nak upload dalam youtube agaknya! DAYUS kan??? saya memang geram betul lah.

pastu promoter tu cakap, sebenarnya diaorg tu suami isteri. si perempuan ni kena kahwin paksa. then nak pi tuntut cerai.. laki ni bengang tu yang mai dok pukul dia separuh mampus tu. siap ugut nak hantar orang rogol pmpuan ni pmpuan tu kerja kat pacific tu jugak.. laki ni memang dah selalu datang pukul dia. DAYUS kan???

itulah kisahnya..saya pulang dengan segera lepas tu sambil terketar-ketar bawa kereta. takut sangat2 walaupun tak terjadi kat saya. lebih takut apabila memikirkan..masyarakat hari ini, jadi apa-apa pun diaorg tak akan tolong. bukan di china saja, malah di Malaysia..dan ia berlaku di depan mata saya sendiri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s