Dari Isteri Untuk Suami…


Wahai suamiku yang aku cintai…

suami isteri bahagia

Aku terasa sangat bahagia dan hari yang ku lalui akan penuh dengan semangat jika kamu mencium pipiku saat aku bangun tidur dan saat aku ingin tidur. Kerana aku dapat merasakan hangatnya cintamu kepada ku walau ciuman itu cuma sesaat sahaja…

Setiap kali aku memasak untukmu, aku ingin sekali mendengar pujian darimu kerana berkat pujianmu itu boleh membuatkan ingin belajar memasak dengan lebih cekap dan sedap!Aku juga bahagia melihat selera kamu menjamah hasil air tanganku.

Saat aku mengandungkan anak kita, setiap saat dalam hidupku, aku dambakan belaian kasih sayang darimu, cukuplah sekadar mengusap perutku dan menggengam erat tanganku tanda kau selalu ada untuk aku dan anak kita…

Suamiku Sayang…

Tahukah kamu, saat aku merajuk denganmu, aku berkata “Pergilah cari perempuan yang lebih baik dari saya. Saya ni kan tak sempurna.”…sebenarnya maksudku ialah..Janganlah engkau pergi meninggalkan aku kerana aku tahu aku boleh menjadi isteri yang terbaik untukmu! Bimbinglah aku menjadi isteri yang baik. Fahamilah diriku ini. Setiap apa yang aku tuturkan, bukanlah kemahuan hatiku tatkala itu.

Bila kamu membantu aku membuat kerja-kerja rumah, tahukah kamu apa doaku didalam hati ini? “Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah suamiku dari neraka dan siksaanMu. Mudahkanlah segala urusannya denganMu kerana suamiku telah membantu aku memudahkan urusan rumah tangga kami” Tetapi di mulut, aku hanya mampu mengungkapkan “Terima Kasih” beserta senyuman ikhlas.

Tahukah kamu di saat kamu nyenyak tidur, aku asyik memerhatikan wajah kamu. Indah dan tenang ku rasakan di dalam hati ini dan aku merasakan akulah wanita paling bertuah kerana memiliki kamu dalam hidupku!Setiap nafas yang kamu lepaskan. aku dapat merasakan betapa hangatnya cinta kamu untukku dan sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan kehangatan itu.Lalu aku berdoa “Ya Allah, ampunilah dosa suamiku. Sayangilah dia. Lindungilah dia dan berkatilah kehidupannya”

Suamiku yang aku kasihi….

Apabila kamu menghulurkan tangan untuk menjaga anak kita semasa aku sedang membuat kerja lain, tahukah kamu aku berasa sangat bersyukur mempunyai ayah yang hebat untuk anakku! Saat kamu memandang anak kita dengan penuh kasih sayang aku berdoa di dalam hati ini ” Ya Allah Ya Tuhanku, pandanglah suamiku dengan penuh kasih sayang sepertimana dia memandang anaknya sekarang ini di Hari Perhitungan kelak”

Oleh itu suamiku, janganlah terdetik walaupun sekali dalam hidupmu bahawa aku tidak menghargai segala penat lelah kamu kerana setiap apa yang kamu lakukan, aku tidak mampu balas dengan wang ringgit dan kata-kata. Aku hanya ada sebuah hadiah terindah buat kamu iaitu DOA….

 

Nukilan khas  dari Mama.Wafi untuk suami tercinta, Bakhtiar Bin Alias (Papa.Wafi)….

 

 

One thought on “Dari Isteri Untuk Suami…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s