Spa Ikan Bahaya!


 spa ikan

Kementerian kesihatan UAE telah membuat kajian secara terperinci dan hasilnya positif. Mereka telah memberi amaran kepada rakyat supaya tidak membuat rawatan kaki serta kulit alternatif ataupun kosmetik dengan mengunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar-gambar di bawah sebagai penawar. Ini kerana ia boleh menyebarkan Virus Hepatitis dan HIV.

Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan dikatakan boleh memudaratkan kerana ia boleh menyebabkan penularan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.

Perkongsian penggunaan tempat dan ikan boleh menyebabkan beberapa penyakit dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air. Kaki pesakit HIV yang luka atau berdarah boleh menyebarkan virus HIV melalui air!!

Malah teknik ini diharamkan di 14 negeri di Amerika Syarikat.

Spa ikan ini juga sebenarnya belum terbukti boleh memberi apa-apa manfaat pun kepada anda! Jadi, tolaklah kepercayaan anda bahawa spa ikan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

** Mama.Wafi hampir try dulu spa ikan ni kat Zoo Taiping. RM15 untuk setengah jam. Tapi, tak jadi try sebab masa tu nak balik cepat ke Alor Setar sebab cuaca kurang elok. Hohoho..nasib  baik belum cuba!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s