Tips Untuk Mengelak Dari Berbelanja Lebih


Pastikan bajet tidak “melimpah” setiap bulan…

1. Adakan bajet untuk setiap perbelanjaan. Senarai mengenai tanggungan yang dibuat setiap bulan itu dapat mengingatkan kita untuk berbelanja secara lebih berhemah. Mama.Wafi selalu buat senarai dan bahagi kepada dua kategori. 1 bahagian keperluan, 1 lagi bahagian kemahuan. Bahagian keperluan mungkin termasuk susu anak, duit insurans 1 family, duit pengasuh, bil  dan sebagainya. Kemahuan pula ialah pulang ke kampung, makan KFC, menonton wayang dan sebagainya.

2. Sediakan dana khas untuk keperluan tertentu seperti untuk menyambut hari raya atau bercuti. Mama.Wafi simpan siap-siap duit bonus setiap tahun untuk bayar roadtax dan insurans kereta, perbelanjaan raya, duit simpanan untuk kecemasan dan macam2 lgi.

3. Berbelanja untuk barangan perlu saja dan elakkan berbelanja lebih untuk barangan yang diingini. Mama.Wafi selalu kalau nak beli barang, akan fikir 2,3 kali sebelum beli. Bila benar2 rasa perlu, baru la Mama.Wafi beli. Ini juga berkesan untuk elakkan pembaziran wang di shopping complex.

4. Elak daripada berhutang sama ada dengan kad kredit atau rakan untuk perbelanjaan yang dapat dielakkan atau ditunda. Hadkan penggunaan kad kredit untuk keperluan kecemasan saja. Mama.Wafi memang tiada kad kredit atau hutang dengan bank. Cuma hutang PTPTN je. huhuhu.

5. Beli barang ketika sales dan beli barang jenama pasaraya contohnya Tesco Choice. Buat perbandingan harga di beberapa pasaraya berkenaan harga barang. Pilih pasaraya yang murah. Mama.Wafi selalu pilih Tesco. Kalau susu dan pampers Wafi pula, beli di Kedai Ubat Cina.🙂

6. Akhir sekali, berbelanja mengikut kemampuan. Jangan berbelanja sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Mama.Wafi pakai pakaian sekadar termampu oleh diri ini sahaja. Beli apa-apa pun ikut kemampuan. X da la Mama.Wafi nak menunjuk atau berlebih-lebihan ni.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s