Ayu Raudhah & Zaquan Bercerai? Benarkah?


Belum pun menginjak setahun perkahwinan aktres wanita & atlet negara ini, sudah kedengaran pula desas-desus mengenai hubungan mereka berdua yang bagaikan retak menanti belah. Dengar cerita, seluruh kampung sudah sedia maklum dengan perkhabaran yang tidak enak mengenai mereka berdua. Ada pihak yang berspekulasi kononnya faktor orang ketiga menjadi penyebabnya. Maklumlah, kedua-dua pasangan ini mempunyai rupa paras yang cantik & molek belaka.

Paling tidak enak didengar, ada pihak yang mendakwa kedua-dua pasangan ini sudah pun bercerai. Huh, minta sangat dijauhkan perkara itu. OHBULAN! masih lagi terbayang-bayang akan kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ideal ini satu ketika dahulu.

Apabila spekulasi penceraian ini tersebar, ada pihak wartawan yang cuba mendapatkan penjelasan daripada aktres wanita ini. Namun, aktres wanita ini telah melarikan diri dan enggan dihubungi oleh mana-mana pihak. Mungkin, aktres wanita ini mempunyai alasannya tersendiri.

Andai kata masih ada cinta lagi dalam hati aktres wanita & atlet negara itu, OHBULAN! harap mereka cepat-cepat merujuk semula dan maklumkan kepada pihak berkaitan. Biasalah darah muda, darah panas. Dalam berumahtangga ni, kena ada give and take, okay!

Semua pakat dok meneka yang mereka adalah pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha kerana banyak ciri-ciri digambarkan adalah bertepatan dengan mereka. Mari kita lihat komen Ayu Raudhah tentang penceraian ini pula yer..

Sumber : OHBULAN!

Ayu Raudhah Nafi Rumah Tangga Berantakan
Oleh : Rafiq Mazlan 

Semalam, heboh desas-desus yang mengatakan hubungan rumah tangga aktres bersama seorang atlet dikatakan sedang berantakan bagaikan retak menanti belah. Dan tentunya, ramai yang membayangkan bahawa ia ditujukan kepada aktres Ayu Raudhah bersama suaminya, iaitu pemain bola sepak Zaquan Adha. MH Online menghubungi pelakon cantik itu perihal kisah yang digembar-gemburkan. Ternyata, Ayu menafikan hal tersebut. Katanya lagi;

 

“Saya tak tahu-menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar.  Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan,”ujar Ayu.

 

Ayu Rauddah yang juga adik kepada aktres sensasi Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011 lalu.

 

Sumber: Media Hiburan

**Mama.Wafi nak tunggu statement dari Zaquan Adha lah pulak..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s