5 Perkara Membuatkan Saya Rasa Bersyukur…


Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini adalah berbeza. Allah menciptakan kita berbeza, walaupun rupa sama, tapi budaya dan latar belakang pula berbeza. Allah Maha Bijaksana. Lama juga Mama.Wafi bermenung atau orang Kedah cakap melengung..hehe. Apa yang Mama.Wafi rasa istimewa pada diri Mama.Wafi ni. Mama.Wafi tak nak mencari kekurangan diri, bukannya sebab sombong ke apa…Tapi kekurangan diri boleh diperbaiki, kalau keistimewaan dipersiakan, nanti merana diri…🙂 Memang terlalu banyak benda yang membuatkan Mama.Wafi rasa bersyukur dilahirkan ke dunia ini. Tapi Mama.Wafi cuma nak highlight cuma 5 saja..Banyak sangat nanti tak terbaca pula..hehehe. Atau dituduh perasan lebeyyyy…..

1) Alhamdulillah! Aku Seorang Islam.

Mama.Wafi amat bersyukur sekali dengan nikmat diberi oleh Allah Subhanahu Wataala ni..iaitu menjadi Islam sejak lahir atau sejak azali lagi. Didikan keluarga tentang agama pula Alhamdulillah….memang baik. Bagaimana kalau Mama.,Wafi ni dilahirkan sebagai bukan Islam dan tak pernah terdedah dengan Islam. Masya Allah..neraka lah tempat orang kafir selama lamanya.

2) Kehidupan Yang Baik

Mama.Wafi bukan nak membanggakan diri ini..Tapi Alhamdulillah, segala urusan Mama.Wafi Allah permudahkan…Mama.Wafi belajar pun kat area Kedah, dekat dengan family. Sejurus selepas grad, terus dapat kerja. Gaji pun ok. Tempat kerja lebih kurang 1 KM je dari rumah. Segalanya dipermudahkan Allah. Mak Mama.Wafi selalu cakap bila Mama.Wafi suarakan kat dia nak cari kerja kat tempat lain ke apa “bersyukurlah dengan kerja sekarang ni. Lunch time nak balik jenguk anak pun boleh. Gaji ok.Boss baik. Kawan-kawan ofis baik” Betoi tu mak… Allah permudahkan segala urusanku.

3) Keluarga Yang Bahagia

Alhamdulillah..Mama.Wafi berkahwin dan dapat seorang suami yang baik. Dialah membantu banyak dalam hal-hal kerja rumah, jaga anak..Malah dialah yang menjaga Mama.Wafi dengan baik sekali siang dan malam semasa Mama.Wafi sakit dulu. Tak pernah merungut dan tak pernah langsung Mama.Wafi nampak mukanya masam dan nampak terbeban. Semua nampak ikhlas.  Keluarga sendiri pula memang banyak membantu dalam hal menjaga anak, makan minum kami kalau Mama.Wafi tak sempat masak. Dari segi kewangan apabila kesempitan wang.  Hihihi. Keluarga mentua pula memang baik. Layanan ibu bapa mentua terhadap Mama.Wafi tak ubah macam anak sendiri. Hubungan dengan adik2 ipar pula memang best…🙂 Kehadiran Muhammad Luqman Wafi menceriakan dan memberi sinar dalam kehidupan kami. Mama.Wafi rasa semakin bahagia.

4) Kesihatan Yang Baik

Mama.Wafi rasa amat bersyukur sebab Mama.Wafi dah sembuh dari segala penyakit yang Mama.Wafi alami sebelum ini. Kesakitan adalah suatu perkara yang menyiksakan. Kalau Allah beri kesembuhan, ianya adalah nikmat yang indah.

5) Kesenangan Hidup

Kesenangan hidup ni Mama.Wafi nak pecahkan kepada 2 bahagian. Yang pertama ialah kesenangan dari segi emosi dan perasaan. Yang kedua ialah segi kewangan dan kehidupan. Hati Mama.Wafi sentiasa tenang dan sentiasa rasa bahagia. Tak pernah rasa bergolak atau tertekan sepanjang masa. Dari segi kewangan dan kehidupan, Mama.Wafi tak pernah kekeringan wang. Rezeki ada saja yang datang dari setiap sudut kalau Mama.Wafi tengah tak ada duit. Betul… Percaya pada Allah dan yakin dengan setiap doa yang kita ucapkan. Insya Allah, Allah akan bantu kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s