Saat Pertama Aku Bergelar Ibu….


Assalamualaikum semua…

Pagi tadi Muhammad Luqman Wafi bangun awal. Dia siap tersenyum senyum and lincah walaupun baru bangun. hehe. Bila Mama.Wafi merenung wajah comelnya, teringat pula pada saat pertama Mama.Wafi bergelar seorang ibu. Indahnya perasaan itu. Hadir dalam hati ini, tersangat gembira sehingga mengalir air mata. Saat nurse menyuruh Mama.Wafi mencium Wafi sejurus selepas dilahirkan, dan kemudian nurse tu berlari bawa Wafi masuk ke NICU sebab Wafi perlukan bantuan oksigen, dia premature.

Muhammad Luqman Wafi semasa baru dilahirkan... 2.18kg.

Masa Papa.Wafi tunjuk gambar ni, Mama.Wafi menangis . Dalam hati ni, Mama.Wafi hanya berdoa semoga anakku sihat dan selamat. Ya Allah, jauhi dan lindungilah anakku dari segala penyakit. Dan Alhamdulillah, doktor cakap Wafi sihat. Cuma perlu diberi rawatan antibiotik sebab paru-parunya ada sedikit kuman tapi tak serius. Orang panggil “congenital pneumonia”. Dalam masa 8 atau 9 hari lagi, baru Mama.Wafi boleh bawa Wafi pulang ke rumah. Buat sementara tu, setiap hari kena ulang ke hospital untuk tengok Wafi.

Kali pertama Mama.Wafi dapat memeluk dan memangku Wafi. Momen paling indah dan sukar digambarkan.

Bau bayi adalah haruman paling wangi yang pernah Mama.Wafi cium. Rasanya tidaklah keterlaluan jika Mama.Wafi katakan ianya umpama bau syurga. Tidak akan puas dan akan terus ingin mencium haruman anugerah Allah ini. Tanyalah mana-mana ibu di dalam dunia ini,pasti mereka juga berpendapat begini. Bangun saja dari tidur, bayi kitalah yang kita ingin cium baunya sepuas hati. Namun, tidak akan pernah merasa puas untuk cium. Tak gitu ibu-ibu sekalian?

Anugerah Allah yang tidak ternilai harganya...

Semakin bayi membesar, semakin kita merindui saat bayi kita kecil. Momen indah memeluknya sambil menyanyikan zikir-zikir untuk menidurkannya, waktu kita membelai tubuh kecilnya saat dia mandi…Berjaga di waktu malam bukan lagi sesuatu yang membebankan malah bertukar menjadi keseronokkan!! itulah kekuatan yang Allah kurniakan khas untuk seorang ibu.

Renungan mata bayi dan genggaman jari jemarinya juga mampu membuatkan seorang ibu hilang semua rasa sakit, terbuang semua rasa penat(terutama bagi ibu bekerja), dan genggaman itu ibarat satu motivasi untuk ibu terus kuat membimbing anaknya! Begitulah hebatnya seorang bayi kepada seorang ibu.

Kepada anakku Muhammad Luqman Wafi, semoga anak mama menjadi anak yang soleh dan beriman. Ingatlah semua pesanan mama sejak Luqman dari dalam kandungan lagi. Ingatlah semua pesanan di dalam Surah Luqman yang kerap mama baca untuk Luqman dan kerana itu juga mama ambil nama Luqman sempena dengan nama Surah Luqman. Ingatlah wahai anakku sayang… Alhamdulillah Ya Allah…atas hadiah paling indah ini.

Muhammad – Mama ambil nama ini sebab kita adalah umat Nabi Muhammad.

Luqman – Begitu banyak mesej penting untuk seorang anak di dalam surah ini.

Wafi – Bila mama sakit sewaktu mengandungkan Luqman, mama kerap berzikir “Ya Wafi..Ya Kaafi”

Sekarang Muhammad Luqman Wafi dah berusia 6 bulan. Beliau sihat, cerdas akalnya, cergas fizikalnya dan semakin manja…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s