Isu ‘Hantu Bonceng’ Selesai, Pemuda PAS Puas Hati


Ahmad Idham bersama Nasrudin Hassan

PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.

Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut “Asyhadu anna Muhammadar… Syaitan”.

Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu… Syaitan

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.

Sumber :Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s