Pemotong Kayu Yang Jujur


 

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi……. Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya…. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti…..

Tiba-tiba… genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki… hendak terjun mencari takut disambar arus… meratap lah ia mengenangkan nasib…

Maka…bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut…. lalu turunlah ia bertanya… “wahai orang tua… kenapa bersedih hati”…
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan….lalu diceritakan apa yang berlaku…

“Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam”… lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai…. selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa…. Dengan sedih jawab situa “..bukan..ini bukan kepunyaan hamba…tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini”…

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu…giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Selepas kejadian tersebut….. selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api…

Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh….. turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu… Dalam perjalanan…. si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.
Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut… maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri…… Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai…
Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. “inikah isterimu?…” Lantas si tua tersebut mengakuinya..” Ya..ya betul… inilah isteri hamba…”Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari… “Pembohong…. ini bukanlah isterimu…aku sump”… belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

“Sabar…sabar…. ini sebenarnya adalah salah faham…. bukan niat hamba berbuat demikian”… dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. “Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson…hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini…..”

 

MOral : 
Jujurlah selalu..anda tidak akan rugi,..malah lebih untung🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s