POLIS IPD KOTA SETAR PERGI MANA WAKTU KERJA??


Saya sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan sikap polis polis di balai polis IPD Kota Setar. Kejadian pertama berlaku sekitar tahun lepas. Jiran saya ialah seorang yang kurang siuman. Pada suatu hari, lelaki ini telah memukul kakak saya sehingga lebam2 dengan topi keledar. Saya pun membawa la kakak saya ni ke balai polis untuk buat laporan… Di sana ada la lebih kurang 4 orang tunggu nak buat report…1 jam berlalu…saya lihat polis2 yang ada kat situ dk bgelak ketawa dok cerita kisah laksa kuala kedah la, rojak depan sekolah kolej la…tapi seorang pun dari kami belum dipanggil. Saya bangun dan bertanya, seorang polis wanita berkata “sabar la kejap. orang lain pun tunggu. tak bising pun” saya duduk semula. Kemudian masuk pula encik polis yg boroi dan hitam dok join depa sembang. Report kami x jugak diambil Seorang apek cina dah blah akibat x tahan tunggu. Polis hitam tu toleh ke arah aku dan cakap “hmmm. ni la dugaan mai sini dik. sabar tau. kami nak rehat sat.kalau hampa buat report kami kena mula kerja dah. Ni dik, dh kul 3 ni elok sangat kalauadik pi beli kuih ka, teh ais ka sikit untuk kami.” Tak guna! Saya menyumpah seranah polis2 ni dalam hati. Akhirnya setelah 3 jam menunggu, datang seorang pegawai yang pangkatnya agak tinggi saya fikir sebab kelam kabut polis2 ni bertaburan dan bertempiaran buat kerja dan mula ambil report bila dia ni masuk.

Kisah yang kedua berlaku pagi tadi. Seorang kawan di tempat kerja sayamembawa kereta. Masa tu hujan lebat. entah macam mana kereta yang dia pandu terkena lopak air dan terpercik kat sorang mamat ni. mamat ni berang la..dia kejar kawan saya ni… Kawan saya ni panik. Dia pi masuk kat satu simpang yang ada jalan mati. jadi dia pun terpaksa berhenti. mamat ni turun dan pegang rantai kunci motor tu nak libas ke arah kereta kawan saya. Kawan saya menangis dan menjerit. Dia pun call 999. Then 999 pun sambung kat IPD terdekat iaitu IPD KOTA STAR ni…Nak tau?? 3 kali sambung panggilan, namun panggilan tak dijawab!!! Polis semua pergi mana?? Makan gaji buta ka?? Kawan saya ni dah takut sangat2 sebab mamat ni suruh dia keluar dari kereta. Then anggota yang bertugas 999 tu kata, ok kejap..dia akan sambung ke Balai Polis Jitra.. Then dapat la..Kawan saya pun minta bantuan. Sambil menangis, kawan saya ni buka tingkap kereta sikit dan merayu kat mamat ni minta maaf. Mamat ni maybe terlembut hati kot, dah slow sikit jerkahan dan tengkingan. Lalu 15 minit kemudian, baru mamat ni blah….Tak habis di situ cerita polis ni, 1 jam kemudian, polis dari jitra call tanya kawan saya, “Macam mana sekarang? Orang tu masih di situ ke? Keadaan awak macam mana??” WEI…setakat nak call tak payah la..lagipun hang call dah 1 jam selepas tu. Kalau la betul2 mamat tu pukul masa tu macam mana? Polis memang mati2 takkan mengaku kesalahan diaorg. Sebab nak masyarakat anggap diaorang ni sangat mulia.

Saya tak nafikan, ada anggota polis yang jujur dan ikhlas buat kerja. Bersungguh2 cari rezeki halal. Saya memang tabik spring pada mereka ni. Bekerja bersungguh2 untuk dunia dan akhirat. Ingat wahai polis2 semua, bekerja la dengan jujur dan baik. Anda tentu dihargai dan Insya Allah bahagia lah anda di akhirat nanti saya doakan. Tapi buat polis yang makan rasuah, kerja tak jujur, aniaya orang. Terimalah sumpahan orang ramai yang setiap kali saya dengar bila ada cerita tentang ketidakjujuran para polis…”Tak selamatlah hang dunia akhirat!! Hancurlah keluarga hang!! Rosak punahlah kehidupan hang!!” Jauhkanlah diri anda dari sumpahan2 sebegini. Allah Maha Kaya. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Melihat. Ingatlah sentiasa.

8 thoughts on “POLIS IPD KOTA SETAR PERGI MANA WAKTU KERJA??

  1. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Cubit peha kiri paha kanan pun turut merasa… Terima kasih di atas komen dan teguran yg membina..

  2. Terima kasih Encik Azman kerana sudi komen. dan jika anda seorang polis, syabas saya ucapkan kerana anda dipilih utk mndapat pekerjaan yg mulia. usaha dan sikap sahaja membezakan segala-galanya. dan saya harap, anda seorang polis yang baik, bukan saja disayangi orang, tetapi Allah juga.🙂

  3. Terima kasih atas maklumat anda ni. mmg dah trlalu lewat saya mmbacanya. tapi dah lewat pun tak apa dari langsung saya tak mmbacanya. Andai bnar2 jujur dan ikhlas dgn teguran ni, saya harap anda berilah masa dan tarikh kejadiannya. . . biar senang nak buat semakan dan tindakan perlu utk mmastikan ianya tak berulang lagi andai ianya BENAR2 BERLAKU!!

  4. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Barudin kerana sudi singgah di blog saya. Apa yang encik baca adalah benar berlaku dan Demi Allah tiada tokok tambah atau penipuan dalam artikel tu. cuma tarikh dan masa saya dah lupa sebab dah lama berlaku. saya tidak faham maksud hidden agenda yang encik katakan kerana saya tidak mempunyai niat lain selain dari menegur. Tidak semua anggota polis begitu. ada yang benar2 jujur dan saya amat kagum dengan mereka ini. Namun jika encik tetap tidak percaya degan saya, Allah ada. kalau saya tipu, balasan Allah tetap ada kerana memfitnah. jika tidak di dunia, di akhirat itu pasti. saya tak salahkan encik dan saya maafkan apa jua tanggapan buruk encik terhadap saya.

  5. Assalamualaikum, sedikit teguran drpd saya kepada encik Barudin.
    Kisah di atas telah ditulis oleh Munira833 pada 28 Julai 2011 dan encik hanya membacanya dan respon setahun kemudian, iaitu 16 Ogos 2012. Sedangkan encik Barudin pula, baru 2 hari menunggu, encik sudah menganggap Munira833 tidak jujur dan ada hidden agenda kerana dia belum respon. Saya harap encik sudah faham bagaimana rasanya menunggu lama untuk mendapat layanan sebagaimana Munira833 menunggu lama untuk membuat laporan polis.

  6. Salam. Saya lak.. 2 bln slps sdri Izzati komen baru saya terserempak dgn laman ni. Saya setuju dgn sdri Izzati & Puan Munira. En Barudin sepatutnya berfikir dengan waras sebelum mengepos kata2 sebegitu. En Barudin tidak seharusnya terus meluahkan prasangka negatif dengan membuat andaian “…. anda tidak jujur dalam hal ini. . . hidden agenda?… “.
    ~berfikir sejenak lebih baik dari beramal sepanjang tahun ~
    p/s. aku bkn Barudin… tapi aku Baharuddin🙂.. aku penumpang..aku drebar ~AkuLaGua ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s