Penyakit Batu Dalam Hempedu


Ulu hati saya selalu berasa pedih dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengalaminya. Saya tidak pasti sama ada penyakit itu gastrik atau sebaliknya. Kadangkala saya berasa makanan yang saya makan seperti tidak hadam. Jika saya mengalami pedih ulu hati, saya akan muntah. Anehnya, selepas muntah, saya berasa selesa dan pedih ulu hati itu akan berkurangan. Kalau gastrik, kalau tidak makan baru sakit. Ini kalau tak makan tidak sakit. Tapi kalau makan..Punyalah azab yang mat sangat. Masa tu dok mengucap dan beristighfar banyak2 ja ingatkan kematian. Saya ke hospital sampai tujuh kali, doctor cakap GASTRIK. Akhirnya saya dah tak tahan dan ke klinik swasta. Doctor buat ultrasound dan sahkan ada batu dalam hempedu dan saluran ke hati. Saya dah peringkat serius sehingga ada tanda2 penyakit kuning atau jaundis. So terpaksa buat la operation…. Ada lebih kurang 50 biji batu yang menyerupai biji lada hitam.

Sakit batu hempedu
Sakit batu hempedu

AWAS!! Penyakit ini boleh membawa maut. Saya turun berat badan sebanyak 12kg hanya 3 bulan menghidap sakit ni..dan lebih merbahaya ia sukar dikesan kerana tanda-tanda SERUPA SAMA SEBIJIK seperti Gastrik. So, saya nasihatkan orang2 yang kerap alami pedih ulu hati yang serius, pergi ke klinik dan cakap nak buat ujian ultrasound kat hempedu dan buah pinggang atau pun dipanggil ultrasound KUB.

Punca Batu Hempedu

1) Kurang minum air

2) Suka makan benda berlemak

3) Suka makan benda-benda masin

4) Suka makan nasi lemak (bilis,sambal dan santan sangat bahaya)

5) Suka makan “seafood” yang kaya dengan kolestrol jahat

Tolong baca post ni jugak. Selalu kena kat orang mengandung termasuklah saya. https://mamamunie.wordpress.com/2011/07/16/pengalaman-mengandung-anak-sulungku/

Dan baca yang ni juga ye

https://mamamunie.wordpress.com/2014/08/26/cara-mengubati-penyakit-batu-hempedu/

88 Comments

88 thoughts on “Penyakit Batu Dalam Hempedu

    • saya skrg tgh tunggu pakar untuk opret buang batu dalm hempedu…hari2 sakit x tahn smpai x bolh nk tido mlm…sy mkn ubt thn sakit paling kuat sbb da sakit sgt…

  1. 3thn yang lepas saya pernah gi scan rahim. Masa tu doktor bagi saya yang hempedu saya ada beberapa batu yang kecil. Doktar nasihati saya supaya jgn buang hempedu sekarang dan tunggu sehingga saya mengalami sakit yang teruk dan baru buang hempedu.Sekarang saya selalu ada tanda seperti makanan yang saya makan tidak hadam dan muntah selalu. Yang sedihnya saya ada alargi pd ubat tahan muntah. Sekarang saya sudah pernah ada sakit yang teruk kat perut sebelah kanan. Ada ke sekarang adalah masa sesuai buang hempedu. Saya berumur 39tahun.

  2. salam..ye betul tu hanya yang sakit je tau mcmana rasa sakit batu dlm hempedu ni!serba tak kena..rasa sebu/senak/angin..bila muntah pun sama jgk still sakit…selalu sy kena sebelah malam dan sepanjang malam lah x dpt lelap! tiap kali pg clinic dr akan bg ubat gastrik..sy dah buat OGDS & ultrasound and confirm ada batu dlm hempedu! still on follow up & sy belum decide utk remove hempedu tu lagi. sy refer specialist psl sakit sy ni menurut specialist x sesuai utk LASER sebab nanti serdak2 batu tu pegi ke bahagian lain takut dpt sakit lain…wallahualam…was-was pun ada! tapi bila pkr logik betul jgk kata dr! pikir balik apsal org lain boleh buat laser…ermmmmm sekadara berkongsi…sebab tengah surf pasal pengalaman pesakit2 batu hempedu yg dah sembuh..

  3. sy pun baru2 ni di sahkan menghidap sakit batu dlm hempedu..mmg seksa sgt,di tambah dgn keadaan sy yg sedang mengandung.doktor x mampu utk melakukan apa2 rawatan.nak buat laser pun x boleh sbb sy mengandung.doktor ckp kena tunggu sehingga sy bersalin.lepas bersalin kalau batu tu makin besar maka sy kena operation.sungguh sy takut.tp,sekrg ni sy hanya fikir moga baby sy selamat.sekrg ni jgk sy kena pantang makan.x boleh mkn yg lemak2,goreng.tp kadang tu tringin jgk.sy mkn sikit.buang air besar pun sembelit.sampai rasa pedih sgt.setiap hari makan buah betik utk elak sembelit..sy hanya berserah pd allah..seandainya dgn sakit ini allah ingin mengambil nyawa sy..sy redha..tp,apapun sy nak anak sy selamat lahir..itu saje..selebihnya sy serahkan pd allah krn dia lebih mengetahui..

  4. salam.. mama wafi.. thanks 4 sharing the info… my mum pun kena sakit ni.. baru je 2 hari lepas confirm. before this mmg slalu ingat gastrik.. doc pun asyik bagi ubat gastrik jer.. lepas insist nak bw my mum ke hospital sg buloh.. baru dapat tahu sakit ni.. cuma my mum punyer batu tu ada yg mnjulur keluar.. so luka area brdekatan.mybe hati ada tanda jaundis.. saluran hempedu pn tersumbat,… so ada jangkitan kuman.. tgh tunggu stabil masuk antibiotik before bedah buang.. u mention penyakit ni membawa maut.. apa kategori risiko pembedahan ini.?

  5. Salam…Azlina, saya juga telah menjalani pembedahan tetapi bukan laparoskopik (tebuk lubang). saya kena bedah secara open surgery sebab batu dh memasuki saluran. Pada pendapat saya, risiko pembedahan ni insyaAllah 99% berjaya. boleh discuss dengan doktor ibu awak. tentang yg boleh bwa maut tu, sebab sy x boleh mkn atau mnum apa2 selain daripada air kosong. berat badan saya turun sebanyak 5kg seminggu dan masa tu saya tengah mengandung. n mcm2 lagi masalah.. awak jgn rsau. sy doakan ibu awak selamat menjalani pembedahan

  6. sy dh buang hempedu 8 thn lalu…saya sakit masa sy mengandungkan anak kedua…masa detect tu kandungan sy 5 bln kot…lpas bersalin, hari yg ke 40 saya buang hempedu melalu proses laparoskopik.alhamdulillah smpai skrg sihat walafiat…doktor kata penyakit ni disebabkab 5F.female,fat,3 lg x ingat….slalu jadi pada ppuan hamil..

    • Sy da kene penyakit bt hempedu ni da 2 tahun,,lepas besalin anak pertama,serangan kali pertama ,,ya Allah,,,sakitnya.masa tu tak tahu itu serangan bt hempedu,,bila pregnant dan besalin anak ke 2…kerap kene ,,,hampir setiap bulan,,,memang jatuh sakitlah,,kesian kat dua2 anak baby lg,,bila kerap pg klinik swasta,,dia syak sy kene sakit bt di hempedu,,dia suh pg hospital kerajaan utk rawatan lanjut,,hospital suh pg buat ultrasound di swasta,,brlah terbukti ada byk batu kecil2 di hempedu.bila kene serangan yg berikutnya terus kene tahan wad,,sb sakit tak hilang,,lepas diberi ubat tahan sakit di swasta,awal bulan 12 ni kene operate,,sy minta tangguh,,doktor ckp tak boleh tangguh sb takut effect kat hati,,,dan sekarang pun dia da menjejaskan pankreas smpi bengkak,,setiap kali serangan.sy takut nak operate,,,sbnya risau ,,anak dua2 baby lg,,,dan sy bercdg nak tambah anak,,boleh ke?walaupun slps pembedahan,,,

      • hospital malaysia memang mcm ni kn…main tembak…dah pergi byk kali br nak check betul2…sy punya bt hempedu detect masa ngandunkn anak ke lima…masa gi clinik bgtau doc sakit blh kanan smpai tulang belikat…doc dah syak sy bt hempedu…doc suruh dtg esok harinye…sy x dibenarkn sarapan…coz nak scan takut x nmpk

  7. Sis,saya pun last dec 12 , detect ada batu dalam hempedu. saya google dari internet cuba minum extra virgin olive oil + madu tiap pagi dan malam . Just nak share kat sini .Allhamdulillah ,setakat ini belum kena balik pedih perut dan sakit belakang tu , yang menghadapi sakit ini aja yang tahu macam mana rasa sakit tu .

  8. SAYA MENGALAMI PENYAKIT BATU HEMPEDU LEBIH KURANG SETAHUN YG LALU .SAYA DAH BUAT ULTRASCAN N DOKTOR MENGESAHKAN TERDAPAT BATU SEBESAR LADA HITAM DI HEMPEDU SAYA.KDG2 SAYA TAK DAPAT MEMBEZAKAN YG MANA GASTRIK N SAKIT BATU HEMPEDU.TETAPI JIKA IA MENYERANG SAYA TRASA SAKIT YANG AMAT SANGAT SEHINGGA TIDAK BOLEH BANGUN SEHARIAN MAKAN PUN AKAN MUNTAH SEMULA.SO APAKAH YANG PATUT SAYA LAKUKAN?

  9. Assalamualikum Pn Norlela,
    Insyallah Kami di kumpulan perubatan elektronik mampu merawat puan.
    Kaedah perubatan kami adalah secara fitrah tanpa pembedahan.
    Pn boleh rujuk ke facebook kami ecpi spacetime.
    pn juga boleh hubungi sy terus untuk dapatkan rawatan.
    Sy Dr (EM) RUZILA – 0182199485

  10. Assalamualaikum…saya mengalami symtom2 yg sama seperti yg puan critakan….memang xtahan sbb saya terpaksa makan ubat gastrik yg banyak…tp ni bukan gastrik sbb saya rasa seakan2 ada benda yg tersangkut d ulu hati..saya xpasti..boleh saya bertanya bagaimana doc buat ultrasound(sy xberapa faham n nak sangat tahu…trima kasih.

  11. ayu kami x ada buat ultra sound , kami buat diagnose. Untuk confirmkan apa masalah sebenar awak, awak boleh buatt ultra sound kt klinik biasa

  12. saya pn dpt penyakit ni. dah buat ERCP tuk buang batu yang tersumbat. dah hampir 3 minggi saya wat ERCP tp belum lagi buang hempedu. adakah normal perut sentiasa sakit selepas membuat ERCP ni? sehingga sekarang sakit ni belum hilang lagi.

  13. hye..sekadar berkongsi pengalaman.. saya baru menjalani operation untuk buang hempedu..pengalaman yang menyakitkan.. baru 4 bulan lepas operation bersalin, kali ni kena operation lg.. punca yg sy hadapi sgt mendadak.. dlm seminggu, 2 kali sy diserang pedih hulu hati yang terlalu sakit. semasa memandu pulak tu, sy kuatkn semangat la untuk sampai ke rumah. rupanya mmg ada batu dlm hempedu. tak pernah terfikir akan meghidapi penyakit sebegini… makan ubat pun x berkesan, sampai badan sy terlalu lemah, aktiviti harian pn x mampu nk buat. ingtkan pedih hulu hati jer, makin hari, makin kuat kuning yg sy hadapi. risau juga dibuatnyer.. terus g hospital, apalagi kena tahan wad, doktor kata kena buang juga hempedu, xboleh nk ambil batu tu jer. leps operation adala 11 biji batu yg menyerupai lada hitam. sy simpan buat kenangan. kepada kawan2 yg mengalami tanda2 penyakit begini, cepat2 la buat rawatan.

  14. Assalamualaikum, saya shima, td baru je pergi buat ultrasound untuk cek dalaman perut, sbb masalah period tak teratur tp lain pl yg jumpa, doc kata ada mendapan seperti batu2 sebesar lada hitam di hempedu, so doc kata perlu rujuk pakar untuk pastikan kes sebenar sama ada batu atau dinding2 yg menebal. Doc ada tnya juga prnh ke kena pedih ulu hati, sakit perut n mcm2 la. Shima ckp mmg kerap sakit dada kanan tp tiap kali gi klinik doc kat klinik kata gastrik.. sakit ni hanya ALLAH sahaja yg tahu, kdg2 bila mkn pun mcm tak hadam n mcm ada benda tersangkut je kat dada… erm jadi lepas ni kenalah buat rawatan susulan.. Bahaya ke batu hempedu ni jika btl2 ada n apa kesan jika tak buang? Harap ada yg dpt kongsikan…

  15. Assalamualaikum.. saya nora, saya baru disahkan ada 2 batu didalam hempedu saya yang berukuran 1.51cm dan 1.18cm. Adakah saya perlu tunggu hingga ianya teruk atau buat operation sekarang? Adakah rawatan tradisional selamat kerana ada kawanx saya yang mencadangkan kepada saya untuk buat rawatan tradisional.

    • Salam Puan Nora, Puan Shima dan Puan Asnah,

      Mengikut penyelidikan, pesakit kencing manis atau obesity dan wanita yang telah bersalin mempunyai risiko tinggi untuk diserang batu hempedu. Punca kebentukan batu karang termasuk kekurangan hempedu untuk membubarkan kolesterol yang beralir melalui saluran hempedu. Lama-lamanya, kolesterol berkeras malah terbentuknya batu karang.

      Kalau puan izinkan, kami akan menerangkan punca batu hempedu lebih terperinci lagi.

      Kini, Agro pluZ Biotech telah menemui kaedah yang menggunakan buah-buahan dan mineral semula jadi untuk mengeluarkan batu hempedu. Kami menjamin kaedah kami yang bersijil taraf antarabangsa dapat mengeluarkan batu karang pundi hempedu tanpa menjalani pembedahan atau melukakan abdomen. Dalam masa 12 jam sahaja, batu hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-buahan buangan.

      Agro pluZ Biotech Sdn Bhd
      31-S, Jalan Bidara 2/5, Taman Bidara,
      68100 Selayang, Selangor Darul Ehsan.

      Mobile: 012 345 4977 (Win) 012 368 8507 (Jloh)
      Emel: agropluz@gmail.com
      Official Group in Facebook: DR GETOX

      • sy masih ada bt hempedu blm dibuang…disebabkn bt hempedu sy bersaiz kecil walaupn byk…klu blh sy x nk operate

    • assalamualaikum…saya Puan Azura. saya kerap sakit dan pengsan masa saya sekolah dari tingkatan 3 hingga 5. bila saya pergi ke hospital doktor mengatakan saya mengidap gastrik.saya diberi ubat gastrik dan ubat tahan sakit. Saya telah berkhawin dan mempunyai 4 orang anak .Dari sejak itu saya kerap sakit, rasa senak ,pedih ulu hati, muntah.Kadang saya rasa pelik bila saya berjumpa doktor,doktor bertanya kepada saya….awak tak makan ke atau lambat makan?.Pada 26.6.2012 Saya melahirkan anak ke 5.Semasa mengandung saya kerap sakit terutama masuk 8 bulan lebih.Apabila saya sakit, tekanan darah saya naik dengan mendadak sampai 200 ratus lebih,sedangkan saya tidak mengidap penyakit darah tinggi sebelum atau semasa mengandung.saya di hantar ke hospital HTAA setelah seminggu saya berada di Hospital Pekan.Dalam masa yang sama saya sudah cukup 9 bulan .Memang perit waktu itu kerana saya ditahan wad sehelai sepinggang, nak balik kemas baju pun doktor tak bagi.Mujur saya dah siapkan beg masuk wad saya dan baby .2 orang anak saya sekolah dan 2 orang lagi saya tumpang rumah jiran ,sementara menunggu abang kandung saya ambil.Suami saya pergi ke HTAA waktu petang kerana menunggu anak pulang dari sekolah.Selepas bersalin iaitu semasa saya dalam pantang saya kerap sakit .Suami saya cakap saya pengsan di wad kecemasan Hospital Pekan.Dalam masa itu saya mengalami berat badan yang mendadak .Dibahagian tangan dan lengan saya penuh dengan kesan cucuk kerana urat saya halus.susah dapat darah .satu hari tu saya bawa orang urut datang rumah.masa urut tu saya tiba tiba sakit,makcik urut rasa tangan dan kaki saya macam airbatu sejuknya…saya call suami dan pergi ke hospital pekan.masa tu saya dah menggelupur kerana terlampau sakit.senaknya sakit sampai ke tulang belakang.Saya dihantar ke HTAA dan cukup 44 hari habis berpantang saya telah menjalani rawatan membuang batu karang sebanyak 2 biji di saluran ..rawatan itu menggunakan wayar yang telah dimasukkan melalui mulut.saya telah dibius separuh sedar.Saya ditiarapkan dan kepala saya dipusing ke tepi.Teramatlah sakit hanya Allah saja yang tahu… bila saya rasa sakit saya mengerang dan doktor cina tu cakap sabar ya adik….Setelah 1 jam baru selesai dan saya dihantar ke wad.apabila saya sampai di wad saya rasa tekanan seperti nak buang air besar..doktor ada cakap rawatan tu menolak batu karang tu ke usus besar batu akan keluar melalui najis.saya pulang ke rumah,dalam tempoh itu hari raya aidilfitri.saya diserang sakit pada pkl 2 hari raya pertama dan pergi ke hospital pekan.doktor tanya awak ada makan rendang dan kuih raya tak? saya cakap ada.doktor kata baru karang saya ada 2 biji di saluran dan batu2 kecil masih ada dalam kantung hempedu.orang batu karang doktor kata tak boleh makan lemak,kacang dan cokelat.saya diberi tarikh untuk pembedahan pembuangan hempedu. tarikh pertama saya telah dinasihatkan untuk tidak menjalani pembedahan kerana saya batuk.saya diberi tarikh ke dua melalalui telefon.saya datang tarikh itu tapi nama saya tiada di dewan bedah.saya di deri tarikh ke tiga.sementara menunggu tarikh tersebut saya tercerak hati untuk berubat kampung.2 minggu selama 3 hari berturut turut saya berubat dengan seorang ustaz menggunakan air kelapa.3 hari saya pergi ke sebuah klinik di taman guru kuantan untuk ultrasound batu .saja2 nak tengok batu dalam hempedu tu ada lagi atau tidak.saya terkejut doktor tu cakap tak ada pun batu dalam tu. saya sangat gembira dan bersyukur kkepada Allah dan saya tak pergi langsung untuk bedah buang hempedu itu. sampailah sekarang alhamdulillah saya tak sakit lagi.

      • Pn.azura asikin mat kasim..boleh ke tlong bagi nombor talipon dan alamat ustaz tu pada saya..no.tpon saya 0139565310

      • Kan bagus kalau puan azura bgtau nama ustaz tempat berubat batu hempedu.bukan sekadar cerita pengalaman, tp boleh bantu org lain..

      • Puan azura..tlong la hubungi saya untuk maklumat lanjut ttg perubatan alternatif batu hempedu trsbt..terima kasih

      • slm sis azura bole bg sy no pon ustaz tu x? sy ni ade batu jgk dlm hempedu. da 6 bulan lps injection tahan sakit trs x sakit blk..alhamdullilah..sejak sy amalkan cuka kurma dgn olive oil skg.

      • Assalamualaikum, Puan Azura,

        Saya lina dari Klang, Selangor, berkenaan dengan Batu hempedu ini ibu saya juga mengalami penyakit yang sama bertambahan dengan Tyriod yang sudah agak lama kira-kira 28 tahun, ibu saya tidak mahu operate dan sekarang ni sudah menggangu anggota tubuh badan yg lain…saya ada terbaca yg Puan Azura ada menggunakan cara berubat KG..boleh kah saya mendapatkan alamat serta no telefon Ustad yg Puan Azura berubat itu??

        Harap maklumat puan dapat membantu meringankan bebanan ibu saya..jutaan terima kasih saya ucapkan..Sekian Wassalam.

        lina

      • saya pun dapat symptom macam puan zura..setiap kali preggy je jadi..teruk sakit sampai muntah2,xleh nyawa..rasa mcm nak mati…at last bila dah teruk sangat..saya g berubat kat tokai,kedah…ternyata..pakcik tu cakap kaki sy sejuk mcm ais…since berubat alhamdulillah dah setahun saya xpenah sakit lagi…syukur sangat2..

        Apa2 bleh watsapp saya..ayu@017.450.7880/fb: May Riz

  16. Salam semua,saya sdg confuse.masalah saya mudah kenyang makan sedikit,terasa nafas pendek tapi x rasa sakit kat mana2 pulak.buat ct scan dr kata ada cys kecil x bahaya dia beri ubat gastrik.x selesai masalah.lepas 6 bulan dtg lagi buat ultsound katanya mcm ada pasir halus dlm hempedu.dr swasta kata buang hempedu,takutnya…dr pun mcm yakin x yakin jebila dignose… ingin rawatan alternatif lain kalau boleh. Ni nak cuba cara tradisional. Mkn jus epal…atau kwn2 ada cdgan lain.tq 4 sharing

  17. assalamualaikum..sy jgk sakit waktu mlm.tiap kali sakit rasa rusuk kanan dan kiri ni mcm nk brcantum..dh pergi jmpa dr dh cek darah xp x scan dr ckp xder ape2 cuma gastrik.bila pk2 blik xkn gastrik sy mkn wlupun sikit xp acap kali..dpt ubt gastrik jer,sakit nih hanya org yg rasa je tahu..apa patut sy buat adakh ini di katakn batu dalam hempedu.

  18. SalM. Pengalaman. Sy pernah ada batu karang dlm hempedu. Sakitnya hanya Tuhan yg tahu. Sampaikan smpai thap sesak nafas. Rasa dada mcm kena tikam smpai ke blkg. Puas berubat kampung. Tetap sakit tak hilang. Mknan yg berminyak dan pedas blh mkn langsung. Akibat x tahan bertahun tanggung sakit, akbirnya atas nasihat dr. Sy buat opperation buang hempedu. Ada 16 biji batu krg dlmnya. Alhamdulillah… Lepas tu sy x mengalami sakit lg. Tp kesannya tetap ada. Lepas 6 tahun ksn parut akan rasa peritnya bila batuk. Berat sy pun naik kalau x control betul2. Tapi x apalah….. Derita yv ditanggung ak8bat skt batu krg telahpun x ada.

  19. Salam, saya pernah kena sakit dan dimasukkan wad disebabkan batu dlm hempedu.batu yg tersangkut di saluran hempedu membuatkan hempedu saya membengkak.saya duduk di wad selama 5 hari sambil menunggu que utk operate.tapi saya tak buat operation sbb dengan bantuan antibiotik hempedu saya pulih tak bengkak lg, cuma masalahnye batu tu masih berlegar dlm hempedu sekarang ni, tapi tak sakit, yg buat saya risau saya baru disahkan hamil anak ke 6.adakah akan datang sakit tu lg waktu hamil ? Dan kalau kita nak buat laser atau operation waktu usia kehamilan baru 5 minggu ni bole ke?

  20. Salam, sis.sy pn blh dikatakn hr2 merade sakit cm ni.pi klinik doktor mesti ckp gastrik tp xberkesan jgk.tgn rase sejuk, kebas2.smpi sy pn dsh rungsing dgn sakit sy.sy telah mengamalkn habbatus sauda, mkn multi vit jgk.sejak tu sy rase cm bhgn belakang ngn tgh2 kt dada ni cm ad bnde stuck je.nk tdo xle, dduk xle mesti rase sakit.smpi skrg sy rase cm tu..mntk tolong kt kwn2 yg bce ni..

    • Sis..aKk nasihat cepat2 p buat pemeriksaan..akk dah derita lama ssgt..smpai minta Dr buat..Alhamdulillah..hari ni dpt result dlm hempedu ada batu..apapun akk akan usaha..ikhtiar..batu dlm hempedu akk 3cm besar..

  21. Cuba jgn terma kn ketulan beku lemak dlm cair hempedu tu bagai batu ..rasa ngilu nya…sebab bile sludge tu ada kala pekat ada kala nya cair ..kita na dia cair mudah ngalir sestiap hati kita keluar kn 1 liter bile yg pahit hijau n ph 9.5 sgt alkali…brsama nya ada toksik larut lemak trmasuk bad colestrol sbab byk faktor…toksin ia jdi pekat..sebenarnya ada brapa kaedah detox yg sgt…berjaya…jgn la potong mmbuang hempedu tu… nak maklumat lanjut txt saya kt 013 4037615

  22. Salam…terima kasih atsa perkongsian…saya memang tengah search pasal penyakit batu hempedu..sangat2 membantu..komen2 anda semua sangat bermanfaat apda saya
    Sementelah itu. jom lawat blog saye..jom saling2 tukar info

    sihatnatural.blogspot.com

  23. saya baru 2 minggu menjalani pembedahan buang hempedu di ampang puteri ( RM 19,804.00).alhamdulillah semakin sihat.Tadi pegi hospital, dr buang benang dan periksa luka pembedahan ( luka sepanjang sejengkal ).

  24. Ketulan hempedu ni adalah biasa terutama pada FEMALE + BILA PRITNEN, FATTY BODY, FOOD INTAKE + suka mknn berlemak jahat., Koloidal bile nii…adalah disorder bukan penyakit..klu kita flush setiap hari..insyallah dia tak sempat berketul..Sebab jus hempedu adalah toxic larut lemak buangan hati patut dibuang terus..ke usus bersama najis..tapi sebab keakaliannya 9.5pH diperlu kn utk neutralise chyme yg acidic dari perut jus hempedu berlebihan hari tu di simpan dlm pundi2 gingal(gallbladder) sekira kita terlebih lemak or acid dia pam bantu lebih..huhuhu..wechat laah klu nak ubat termudah n to know more…ubah gaya makan n hidup…badan elok tiada ketulan bile yg tersekat lagi…

  25. hai dear, saya nak tnye cara utk mengubati penyakit ni coz adik saya mengalami sakit yg sama seperti awak.adik saya baru dapat tahu beliau ada batu karang dlm hempedu 2 hari yg lepas..blh tak awak kongsi kan skit cara2 utk mengubati penyakit ini…tq

  26. untuk puan azura asikin mat kasim:
    October 31, 2013 at 8:50 PM

    hai dear, saya betul – betul nak tahu alamat atau apa- apa maklumat ttg ustaz yang memberi rawatan kpd puan dulu..kami dlm blog ini menunggu nunggu news dari puan..terima kasih di ucapkan.

  27. Saya berumur 34th. Sya dsahkan mgalami batu dlm hempedu pd 18.8.2014… dek kerana symptom yg keterlaluan sya dnasihatkan buat operation buang batu & pundi hem. pedu pd 26.8.2014. Alhamdulillah,semuanya berjln dgn lancar. Tak potong cuma 4 tebukan saja. Terima ksih pd Dr. Jimmy T,Dr.Naufal,Dr.Shu, and all the operation team HQEII,Damai Sabah atas perhatian & layanan yg sgt 1st class.

    • Maaf.sangat2 yg hantar msg.saya puan Azura.dah lama tak on website..tergerak hati untuk buka website ni..
      Ni no tel ustaz Iqbal:0193854198.
      Tinggal di kg.Ketapang,pekan,pahang..
      Setahu saya ustaz tak terima yg sudah dibedah.saya tak pasti sangat.cuba lah tanya dulu…saya ikhtiar sebab tak mahu buang hempedu..seeloknya buat ultrasound dulu ni tahu baru karang ada kat mana..

    • sis roslindah awk sebaya sy. sy pon operation buang hempedu 22.8.2014 di hospital swasta. skg da sebulan da. nak tnye skg awk da start mkn nasi ke belom?
      sy belom lg ambik sebrg nasi. hanya mkn bubur je..
      skg ni sy nak tau sal pemakanan utk org yg tiada hempedu. adakah kite bole ambik semua mknan dlm kuantiti yg sikit..bole ke????

      • Sis Shima..sya dah mula mkn nasi sejak mgu lpas. Sya tak bpantang sgt cuma telur,maggi, dan mknn laut je yg sya blm ambik lg. Rasanya ok kot pd sya…tp itu tpulang pd awak sis…sya tak galakkan awak ikut cara pmknn sya….sistem pertahanan dlm badan kita mgkn tak sama.lebih selamat jika awak cb tanya pd doktor yg mrawat awak atau mgkn org yg pernah mgalami mslh mcm kita ni…harap ini dpt mbantu…

  28. assalamualaikum..nak tnye..adik saya slalu sakit cam nie pada waktu malam..doktor kata gastrik je..tpi sakit nye kuat sgt..simptom2 nye mcm yg di atas..cuma dia slalu kene pada waktu malam..cam ne nak di ubat kan ye??

  29. Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

    Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.

    Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

    Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan
    antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

    Sekian, terima kasih.

  30. Salam. Saya mengalami sakit belakang yang teramat sangat, sakit perut di belah kanan dan sakit dada. Dalam sebulan lebih 5 kali saya akan kena pada waktu 3.30 pagi macam tu. Saya ingat saya ada sakit belakang lalu saya buat ujian MRI. Keputusan ujian mengesahkan saya tiada sebarang sakit belakang yang ada hanyalah gallblader stone (batu hempedu). Tapi doktor kata batu tu takde masalah. Lepas tu, saya kena lagi sakit yang sama. Bila ke klinik, doktor kata saya gastrik, Maka, makanlah saya ubat gastrik. Ingatkan dah ok, tapi masih sama, sakit tu datang lagi. Saya ke SJMC, doktor sarankan buat endoscopy. Keputusannya, saya ada gastrik yang teruk. Saya mula percaya kata kata doktor bahawa sakit saya ini adalah sakit gastrik. Saya makan ikut masa, makan ubat dan kurangkan makanan masam dan pedas. Tapi tiba tiba pagi tadi kena lagi, sedangkan saya dah makan malam sebelumnya, tapi masih jadi lagi. Buntu saya sekarang ni, dengan sakit yang tak tahan, nak tidur pun tak boleh. Apa yang perlu saya buat ye?

  31. sy pun kerap sakit perut atas kanan skrg..smpai ke belakang sakitnya..nak tarik nafas perut terasa dicucuk2, lepas makan perut rasa senak.. risau juga takut ada batu dlm hempedu..tp sy nak cuba kaedah tradisional dahulu.. ramai org kata, guna kaedah ini agak mujarab ;- minyak zaitun + jus apple hijau + lemon + garam epsom(boleh didapati di Guardian).

  32. Sy nk tny,5tahun lps sy pospone nk buat pembedahan membuang hempedu…skrg sy x p check up di hospital krn masalah kewangan,namun slrg sy masih lg sakiy dada, kdg2 sakit perut, adakah skrg sy makin teruk….

  33. Saya sarankan pesakit batu hempedu @ pesakit sludge galbladder peringkat awal makan ubat nama ‘rowachol’ yg boleh di beli di mana2 pharmacy dgn harga sekitar RM70 sahaja. Ubat ini berkesan untuk kes yg saya hadapi. Saya telah di sahkan doktor tidak perlu menjalani pembedahan buang hempedu.

  34. Assalamualaikm.. sy baru dpt tahu slma ni perut sllu rasa kenyang dan kat tekak mcm ada rasa benda sangkut dan bila tarik nafas kat uluhati atas rasa mcm ada batu. Rupanya sy ada batu dlm hempedu bila di ultrsound… sedihnya mcm mna ye nak buang batu dlm hempedu ni…

  35. Assalamuaikum..saya pun mengalami pekara yang sama. rasa sakit sangat di perut n pinggang. rasa loya2 dan saya pergi klinik swasta n doktor just bagi ubat loya, antibiotik dan ubat sakit perut je. Tp selepas makan ubat sakit still tak baik2..So saya pergi ke klinik lain kali kedua.. saya terangkan yang sy sakit di bahagian perut n doktor buat pemeriksaan ultrasound. Doktor baru cakap ada batu di hempedu saya. Doktor cakap kena pergi klinik kerajaan untuk pemeriksaan lanjut sama ada perlu bedah ataupun tak. Doktor just bagi ubat tahan sakit n ubat pecah batu je. lepas makan ubat tu sakit pun dah kurang. Sampai sekarang ni saya belum pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan.. Saya takut kalau perlu dibedah.

    • Saya disahkan mngalami penyakit batu karang hempedu pada 5 bulan lepas dan doktor kate saya tidak perlu dibedah.batu lebih kurang besar 1.5cm. Saya baru pegi big pharmacy hari ni die recommend saya makan rowachol die bg stok utk 15 hari..saya harap ianya berkesan.

    • sy buat ultrsond dkt private klinik,Alhamdulilah…kompom ada batu sebiji kat saluran,dktr bg ubat 4jnis,rowachol,garlic oil,ubat angin…3mingu mkn,batu dah pecah jadi pasir…
      mkn kena pantang…susu,krimer,milo,pulut…

Leave a reply to https://www.facebook.com/ BADRULASIYAH Cancel reply