Archives

Set Bersalin Pilihan Saya


Masa mula-mula pregnant anak sulung dulu, saya ambil masa yang lama kat kedai-kedai jamu online dan di supermarket bagi meninjau produk manakah yang terbaik untuk saya. Fuhhh..memang rambang mata. Ada yang mahal, ada yang murah. Tapi semua tu tak penting. yang penting haruslah sesuai dengan badan kita. Setiap badan mempunyai penerimaan dan tindak balas berbeza mengikut individu. Kalau beli yang mahal, tapi tak sesuai pun tak berguna juga. Selepas meneliti pelbagai jenis lambakan produk, saya nekad memilih Nona Roguy. Saya beli satu set besar yang RM530. Agak mahal tapi berbaloi lah sebab untuk kegunaan selama 90 hari. Then saya sambung makan Phyto Natal sampai la Luqman berusia 9 bulan. Pengalaman saya makan Nona Roguy ni, memang best. Badan terasa ringan sahaja dan ramai tegur saya nampak segar walaupun di dalam pantang. Ia buat saya rasa tak letih. Makcik2 dalam kampung yang datang melawat pula siap tegur, ammmboiii….wanginya bau minyak angin ni. Pakai minyak apa? saya jawab Nona Roguy..Pastu ada yang cakap, kaki tangan saya sentiasa hangat dan itu menandakan kesihatan saya sangat baik. Kalau kaki dan tangan sejuk semasa dalam pantang, maknanya darah jalan tak elok.

 

Untuk anak kedua ni, saya cakap kat Mr. Bart yang saya nak makan set bersalin yang lebih murah. Dia cakap tak payah la..makan je Nona Roguy. dah sesuai dengan badan, buat pa nak tukar2. maybe dia pun berpuas hati kot. :-) dalam hati saya pun berbunga ceria la. nampaknya duit kutu beliau akan menjadi mangsa. Tapi untuk buat dia sedap hati, saya cakap..ala..untuk bagi sedap mata abang memandang juga. Nanti kalau dah tak cantik, abang kalut nak cari lain pulak.. sayang sanggup berhabis duit abang untuk abang :p

Kalau nak beli produk NR dengan harga ahli dan kadang kala bila bernasib baik, NR buat promosi 20% less dari harga ahli, boleh daftar di portal online NR iaitu di http://www.nr4u.com.my/. Penghantaran pun cepat.

Bagi panduan mommies yang nak beli produk bersalin, jangan dengar cakap orang atau terpengaruh sangat dengan pujuk rayu orang yang jual. Better anda tanya ibu atau ibu mentua dan alamilah sendiri kesannya. Saya dengar Leesa Formula, Amway, Salindah dan Mustika Ratu juga bagus. Anda boleh la survey kandungan produk dan pastikan ianya mengandungi semua jenis herba yang diperlukan oleh tubuh setiap wanita.

 

**tengah tunggu NR4u buat diskaun. baru untung beli barang. :D

Sakit Pinggang Semasa Hamil


Assalamualaikum…

Sakitnya lah hai masa saya dok menaip post ni. pinggang ni terasa sakit sangat. mencengkam urat2 saya. bila pergi check, doktor ada beritahu” bagus u datang check sebab sakit pinggang masa hamil ni tak leh dipandang remeh”

But in my case, nothing is serious. Doktor cakap, maybe tulang punggung tu nak mengembang sebab nak support baby. So, kena banyakkan exercise dan jangan duduk dalam tempoh yang lama.

Kadangkala, sakit pinggang masa hamil ni boleh menjadi masalah serius kerana ;

1)Buah pinggang anda bengkak
2)Dijangkiti kuman pada saluran kencing
3)Kedudukan bayi yang songsang

Jadi, walau apa pun masalah anda, jangan biar ia berlarutan. Sila pergi berjumpa doktor dan seeloknya buat ultrasound KUB bagi memastikan tiada masalah lain yang timbul.

Tips untuk mommies yang ada masalah sakit pinggang masa mengandung ni ialah :

1)Pakai pakaian longgar dan selesa.
2)Sentiasa sapu balm/minyak bagi kurangkan sakit dan elakkan terlalu banyak makan ubat
3)Elak melakukan kerja2 berat
4)Pakai kasut yang rata dan selesa. Jangan pakai kasut tinggi.
5) Tidur, duduk dan berdiri ikut posisi yang betul. Lapik bantal kat pinggang supaya lebih selesa.
6) Jangan makan benda sejuk dan berangin.
7)Minum susu lebih kerap. Kalau tak lalu susu, boleh ambil pil kalsium.

Lagu Burung Pungguk


Ada satu hari ni…Luqman Wafi dah ngantuk sangat tapi tak nak tido. dia nak ajak mama main cak pulak..huhu. akhirnya daku yang buntu ni peluk dia, then nyanyi lagu burung pungguk kat dia.. terus terlena budak tu…nak dijadikan cerita, my mum in law terdengar la suara garing nyaring i ni nyanyi.. terus dia cakap.. “eh..Munirah tau lagu tu??dah lama tu…” hehehe

Aku rsa aku tau sebab dulu2 ada arwah jiran yang umur dah memang tua, suka nyanyi lagu tu kat aku kot. hahaha. so lagu tu memang melekat dalam otak aku.atau pun cikgu muzik aku yang ajarkan..entah lah. liriknya macam ni…

Wahai si burung pungguk
mengapa merayu rayu
engkau di atas pokok
mungkinkah sedang rindu
Memang pungguk merindu
bukan bulan mengambang
pungguk merindu-rindu
kekasih belum pulang
Wahai oh pungguk
sabarlah jangan duka
jangan lekas merajuk
nanti kau lekas tua

ok..sampai situ je aku hafal… kalau ada sesiapa yang tahu tajuk dan penyanyi asal lagu ni, tolong beritau aku ya… :-)

Cabut Gigi Semasa Mengandung


Assalamualaikum semua..

Di saat saya menulis post kali ni, kepala dan gusi saya berdenyut2. dalam telinga pula terasa bengang satu macam. muka pun terasa hangat macam nak demam. semalaman saya tak boleh tidur. toleh kiri sakit, toleh kanan sakit. pastu dah nekad, siang nanti, aku mesti cabut gigi geraham bongsu ni. sebelah dah cabut dulu.. ni lagi sebelah pulak.

Pastu dengan semangat berkobar-kobar, saya pun ke klinik gigi. tnggu giliran hampir 2 jam jugak lah. bila masuk ja bilik doktor, dia check smua..dan cakap, memang kena cabut ni.. sebab gusi terkoyak teruk dan bengkak. saya pun siap nganga luas2. tiba2 teringat……

oppppsssss..doctor, i’m pregnant 3 months..boleh cabut kah??

doctor trus angkat tangan mcm menyerah kalah tu..

no..no..no..i can’t do it… tnggu lepas bersalin..

lamanya!sakit gila nih..anyway, pls explain y u can’t do it?

ok puan..sebabnya ialah, ubat bius yang kami gunakan nanti boleh menyebabkan keguguran. yang kedua ialah, ini gigi geraham bongsu.akar sangat panjang. jika semasa cabut, akar patah di dalam, kita perlu x-ray. dan itu akan mencacatkan kandungan puan. 

oh my Allah!! xpa la doctor..saya tak nak cabut. tapi sakit sangat ni..
macam mana nak buat…

ok..apabila sakit, kamu berkumur dengan air sejuk sehingga terasa sedikit kebas. ini juga boleh mengurangkan bengkak.letakkan ais di tempat yang sakit dan di luar pipi. 

makan makanan yang lembut dan banyakkan minum air masak kerana kurang air dan cuaca panas juga boleh sebabkan gigi skit.

berus gigi setiap kali lepas makan dan berkumur secara kerap dengan pembasmi kuman atau nama lainnya listerine. :p

jika masih terlalu sakit, makan panadol mengikut dos yang ditetapkan. 

so all mommies, kalau boleh elak, kita elakkan dari cabut gigi semasa hamil ni. tapi kalau dan sampai nazak sangat, sila la jumpa pakar pergigian ya! yang penting sabar…..ini semua dugaan untuk kita. beristifar banyak2 sebab kalau sakit gigi, memang suka marah-marah dan melenting macam singa tak makan 10 hari. ;-)

Kisah Sedih Norma – Marilah Membantu


Assalamualaikum… hari ni terpanggil untuk berkongsi kisah sedih sambil saling sama2 mendoakan buat insan2 ini. Saya copy entry ini dari Kasih Aleeya. Kisah tentang Pasangan Norma dan Talib yang ditulis oleh Moon tentang adik iparnya. Update terbaru ada di blog Moon.
—-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer… memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq… Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
Norma dan Rafiq

Talib sentiasa bersama isteri

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je.. kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib… Amin….

Maggi


Sejak pregnant ni aku hilang selera makan..takde teringin apa2 pun. bila husband tanya “teringin nak makan apa?” aku rasa..tu lah soalan paling susah sekali aku nak jawab.. dalam hati aku jwb..”adoi..kenapa la tanya..x reti nak jawab dah” tapi kan, selera aku membuak2 smpai melimpah kalau aku nampak MAGGI! Memang sebelum ni aku sangat jarang makan maggi sebab aku maklum sangat lah dengan keburukan maggi ni…tapi kenapa tah la…aku teringin sampai tak dapat nak halang diri aku dari makan maggi. kawan aku cakap..”xpa..makan ja apa yang hang teringin” yang lagi sorang cakap..”uishh jangan..nanti jadi masalah mcm dulu pregnant, baru hang tau!” serba salah aku ni. MAGGI saja la buat masani buka selera aku..apa boleh buat. semalam aku dah makan 1 mangkuk,.pastu konon nak tambah kebaikan dalam keburukan tu, aku letak sayur banyak2 dan isi ayam. haha. memang terbaik la..siap boleh tidur nyenyak sangat2 lepas makan maggi. cuma pagi ni sakit badan dan berangin badan ni. memang dari dulu kalau aku makan maggi, beginilah jadinya…

 

Resipi Maggi

Tumis bawang nerah dan bawang putih dengan 1 sudu minyak. Masukkan air setengah cawan. Masukkan ayam. Kacau smpai masak. Lepas tu masukkan Maggi. Masukkan perencah dan sayur. kacau sebati..Tadaaaaaaaa…siap sudah Maggi daku.. :)

 

** Maggi boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kerana bahan kimia dan perasa yang terdapat di dalamnya. Dan tahukah anda bahawa kebanyakan Maggi diproses atau dibuat di Indonesia dan Thailand(packing dan penjenamaan je Malaysia) yang terkenal dengan ajinomoto dan bahan perasa bahaya seperti sakarin dan sebagainya.

** Sila search keburukan mee segera untuk lebih info. :)