Archive | March 2014

23.03.2014 – Luqman Turns 3


Happy Birthday Muhammad Luqman Wafi!!! Dah 3 tahun umur anak mama ni. Cepatnya Luqman membesar. Dalam hati ni, mama dah tak sabar tunggu Luqman masuk 4 tahun sebab mama nak hantar Luqman pergi Kelas Al-Quran dan Kindergarten. Perkembangan yang mama dapat lihat dalam diri Luqman semenjak dua ni ialah Luqman dah kurang memberontak dan dapat faham bila mama dan papa terangkan kenapa tak boleh buat ni, kenapa mama tak bagi tu dan sebagainya. Luqman juga dah pandai mendisiplinkan diri contohnya dan tahu lepas bangun tidur mesti mandi. Masa mandi mesti gosok gigi dan masa makan mesti kena basuh tangan dulu dan duduk kat meja makan atau tempat makanan dihidangkan sahaja. Luqman juga dah pandai menuntut hak sama rata dengan orang dewasa. Hahaha. Lauk mesti sama dengan apa yg papa atau mama makan walaupun pedas Luqman nak jugak! Luqman agak nakal dan aktif namun bukan sukar untuk mengawal Luqman jika dah faham kehendak Luqman yang suka buat benda lasak. Kesihatan Luqman juga semakin baik dan dah jarang kena asthma. Syukur Alhamdulillah sebab mama lahirkan Hani 1 tahun 7 bulan selepas Luqman lahir. Luqman ada kawan untuk main dan rumah kita tak pernah sunyi. Luqman pun tak pernah bosan. Alhamdulillah! Ada hikmah yang Allah beri dengan kehadiran Luqman & Hani serta limpahan rezeki yang tak putus putus.

IMG_20140323_222218IMG_20140323_222500

IMG_20140323_223523IMG_20140323_221724IMG_20140323_222115IMG_20140323_222645IMG_20140323_222941IMG_20140323_223102IMG_20140323_223449

Anakku Luqman,

Mama doakan Luqman membesar sebagai hamba Allah yang taat, anak yang soleh, abang yang sentiasa melindungi adik dan menjadi ketua keluarga yang baik. Mama juga doakan Luqman diberi kesihatan yang baik, ilmu dan kefahaman yang baik, rezeki yang murah dan berkat serta dilembutkan hati untuk menerima nasihat yang berguna. Mama juga nak Luqman tahu yang mama sangat sayangkan Luqman dan sentiasa cium Luqman masa Luqman tidur dan peluk erat Luqman selalu. Kadang kala mama rasa tak nak Luqman membesar sebab takut mama dah tak boleh peluk, cium dan belai Luqman seperti sekarang. Tapi mama yakin, Luqman akan membesar sebagai seorang wira yang menghargai kasih sayang seorang ibu. Mama tak mengharapkan jasa dan kasih sayang mama dibalas, cukuplah dikenang dan diingati untuk menjadi detik sejarah paling manis antara seorang ibu dan anak.

Anakku Luqman,

Di hari lahir kamu yang ketiga ini, mama nak kamu tahu kamu semakin bijak setiap hari dan semakin tampan. Semoga Allah sentiasa membuka dan menerangi hati kamu dengan hidayah dan taufikNya supaya kamu akan menjadi kebanggaan semua orang. Mama loves you Luqman dari hari pertama kamu ada dalam rahim sehingga akhir hayat Mama. Semoga Luqman mampu pimpin tangan mama dan papa ke syurga nanti. Amin.

Speech Therapy Untuk Luqman


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera…

Anak saya Luqman ada mengahadapi masalah pertuturan. Umur dia dah nak masuk 3 tahun tapi dia belum pandai bercakap. Dia cuma boleh menyebut lebih kurang 20 patah basic words macam papa,mama, adik, kakak, pokok dan sebagainya. Sebagai ibu saya bimbang tentang perkembangan beliau. Lalu saya ajukan soalan kepada doktorbudak.com pada Disember 2013. Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:

Q1Hi Ms. Yong, 

Anak lelaki saya berusia 2 tahun 8 bulan. Dia langsung tidak mahu bercakap dan hanya mengeluarkan bunyi seperti ” ak ak” “uk uk”. Beliau tidak mempunyai masalah pendengaran kerana boleh mendengar arahan dengan baik. Suruh sahaja apa-apa pun dan dia akan buat. Saya tahu dia boleh bercakap kerana kadangkala dia akan mengikut apa yang saya sebut contohnya “papa, mama, ikan,burung, adik” dan bermacam2 perkataaan lagi namun beliau enggan mula bercakap dan sebut dengan sendiri.

Adakah ini faktor genetik kerana abang-abang saya juga mula bercakap 4 tahun ke atas.? Apakah yang saya patut lakukan untuk melatih dia bercakap? (Mamamunie)

A: Terima kasih Siti dan Mamamunie atas soalan-soalan yang dikemukakan.

Ramai orang bertanya sama ada kelambatan bercakap adalah fenomena biasa terutamanya jika dalam sejarah keluarga, ada ahli keluarga yang juga lambat tetapi kemudian tiada masalah pertuturan. Di peringkat awal, adalah sukar untuk kita mengenalpasti kanak-kanak mana adalah Late Talkers (bermasalah pada mulanya dan kemudian dapat mengejar perkembangan i.e catch up ) dan kanak-kanak mana yang akan mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangka masa yang panjang.

Saya akan menjelaskan mengenai  ’Late Talker’.

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

  1. mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa, (YA, ADA)
  2. adalah lelaki,(YA, LUQMAN IALAH LELAKI)
  3. dilahirkan dengan kurang berat badan, atau (YA. ONLY 2.1KG)
  4. dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang) (YA, LUQMAN LAHIR PADA 34 WEEKS)

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah  ’Late Talkers’.

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:

1.       Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

2.       Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.

3.       Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.

Siapa yang akan dapat ’kejar balik’ dalam perkembangan bahasa dan siapa pula tidak dapat? Berikut adalah senarai risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:

  1. senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
  2. mempunyai sejarah jangkitan telinga
  3. mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
  4. tidak meniru menyebut perkataan
  5. hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)
  6. sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
  7. sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
  8. kelewatan dalam kefahaman bahasa (contoh: tidak faham arahan)
  9. menggunakan isyarat untuk berkomunikasi

Adakah Late Talkers boleh mengejar bahasa tanpa bantuan atau rawatan? Sebahagian besar daripada mereka nampaknya dapat mengejar perkembangan kanak-kanak lain apabila mereka masuk ke sekolah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai kesukaran dalam aspek bahasa tertentu seperti tatabahasa, berbanding dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan pada usia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.

  • Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
  • Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
  • Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

(answered by Ms. Yong Ennie ) SUMBER: doktorbudak.com

Secara kebetulan, Luqman dimasukkan ke wad sebab asthma di Hospital Sultanah Bahiyah pada 1 Januari 2014. Ya, kami sambut tahun baru di hospital. hehe. Masa doktor pakar datang check, saya ada bertanya tentang speech therapy. Jadi pakar cakap ada dan Luqman boleh attend jika beliau lulus Hearing Assessment(HA). Jadi pakar beri tarikh untuk buat HA tu dulu. kalau lulus nanti bagi tarikh untuk Speech Therapy pula. Mama sangat la happy. Teruja ok! 16/02/2014 tarikh buat HA tu… Yayyy sayang Mama lulus. Test ni dibuat dengan cara pakaikan earphone. Di hadapan Luqman ada 2 buah speaker dan kat speaker tu ada bear berlampu yang menari setiap kali speaker tu bunyi. speaker tak akan bunyi serentak. Kiri atau kanan, pastu tengok Luqman kejap toleh kiri,kejap kanan ikut arah bunyi. Maknanya dia dengar dengan jelas. Jadi untuk speech therapy Luqman boleh attend dan tak perlu pakai alat bantuan pendengaran. Alhamdulillah. Mama lupa ambil gambar sebab terlalu teruja. Sorry semua….

Pada 02/03/2014 Luqman dah attend kelas pertama dia. Tapi kelas pertama lebih kepada sesi temuramah doktor dengan mama tentang history Luqman. Doktor bagi macam2 toys dan perhatikan kelakuan Luqman. Doktor cakap budak ni bijak ni.. dia jenis yang meletup. satu masa nanti dia akan keluarkan semua serentak. Luqman seronok. Dia nampak selesa dan happy. Adik dia pun doktor suruh join sekali supaya dia lebih seronok ada teman main. Kelas kedua dia pada 08/06/2014. Ya lama lagi sebab ramai. so kena ikut giliran. Mama ni asyik lupa ambik gambar. Next appointment InsyaAllah ada gambar. Kat bawah ni gambar rutin Luqman. hehehehe.

2013-07-16 14.31.18-1 2013-07-16 14.31.36-1 2013-12-14 17.25.24 2013-12-14 17.47.19-1

Jadi, ibu bapa yang ada anak yang mempunyai masalah macam Luqman, jangan malu bertanya. Saya tak pernah rasa malu dengan Luqman sebab dia memang sangat bijak. Dia ada banyak keistimewaan dan kelebihan. Saya terkejut bila papa Luqman yang sedang drive cakap kat Luqman, “Luqman, tunjuk jalan nak pergi Giant/Tesco/KFC…” Mana2 saja.. dia akan tunjuk arah dengan pointing jari kecil comel dia. Memori dia sangat kuat. Betul la doktor cakap kamu ni type meletup sayangku….Mama kagum dengan Luqman. Ibu bapa juga tak boleh berputus asa untuk terus ajar baca, ajar tulis, ajar cakap dan macam2 lagi. Kena sentiasa guide walaupun anak nampak macam tak fokus, tak berminat. Ya, Luqman juga begitu tapi saya perasan, tak lama lepas tu dia “tangkap” apa yang saya ajar tu dan mula praktis contohnya macam lepas makan letak pinggan dalam sinki,nak mandi baju kotor letak dalam bakul, cuci tangan sebelum makan. Sekarang dah jadi kebiasaan pada dia. Tak perlu ulang cakap dah. Nampak kan?? sebelum ni dia buat tak tahu aja… Rupanya dalam diam dia mula pick up apa yang mama dan papa ajar. Alhamdulillah. Ingat pesanan saya, jangan putus asa dan jangan malu! Anak kita, tanggungjawab kita. Ambil tahu, rajin bertanya.. 😉