Sustagen Junior 1+


Salam Sejahtera semua…

Harini saya nak berceloteh tentang Sustagen Junior 1+. Sebelum ni Encik Luqman dah minum bermacam jenis susu. Mula2 dia lahir dulu, susu badan saya tak berapa cukup…Jadi ada jiran cadangkan bagi dia Dumex Dulac. Tapi tak sesuai untuk dia. susah nak buang air besar jadinya. So bertukar pula ke Lactogen hasil saranan Uncle Kedai Ubat Cina. Kali ni ok ja dia berak. Perut pun tak pernah meragam. Sampai la umur dia 18hari, dia dimasukkan ke wad sebab dia kan lahir tak cukup tempoh, so ada kuman sikit kat paru-paru. Masa kat wad tu, saya bagi dia susu yang hospital sediakan. Wah wah..begitu berselera dia minum. saya cuba rasa sikit. mmm…memang lemak berkrim. so saya tanya kat nurse di situ, hospital guna susu apa..dia cakap guna Anmum. Balik tu terus story kay my mum. Apa lagi..nani dia kalut bergegas ke farmasi belikan Anmum buat cucu tersayang. Jadi, i bagi Encik Luqman minum Anmum sampai la dia berusia 1 tahun. Memang mahal. Tapi dia la satu-satunya anak i. masa lahir tak cukup bulan pula. susu badan pun dapat merasa sekejap ja..so, rasa tersangat la kesian kat dia. Encik Luqman pulak kuat minum. Sebulan i kena beli 8 kotak untuk dia. Anmum memang bagus plus dia pun suka! ;-)

Bila dia dah setahun, dah makan macam-macam makanan berkhasiat, i discuss dengan papa Luqman, apa kata kita tukar bagi susu murah sikit. Dumex Dugro ke..Lactogen ke…Then papa cakap, tak sampai hati la…kita boleh tukar susu, but bagi yang berkualiti tinggi untuk tumbesaran pesat Encik Luqman.I pun spend time pi survey dan baca nutrition label, beza-bezakan, and i found out, Sustagen Junior 1+ probably is the best for him. Because of the Appetit Support Nutrition. In this case, if Encik Luqman tak lalu makan, makan tak seimbang, he still get all the nutrition from his milk. hmm..Super Duper Good!

Uncle Kedai Ubat juga sarankan suruh i bagi dia creamy vanilla atau honey delight taste sebab lebih berkhasiat untuk dia. Dan nampak Encik Luqman begitu teruja dengan Honey Delight. So, i selang selikan dengan Tasty Plain.

Biasanya harga pek kembar 1.3kg Sustagen Junior 1+ ni RM 54.00 kat Kedai Ubat Uncle Tong Hong. Kat Tesco around RM56.00..Tapi rezeki Encik Luqman, Sustagen buat promotion exclusively at Tesco… RM50.99 je!!! Then siap dapat free gift, melamine plate 8″. I terus beli stock sebulan iaitu 4 pek kembar untuk Encik Luqman. :-) Beli 2 pek Tasty Plain and 2 pek Honey Delight. so all together mama dapat 4 pinggan free. Hihi.

For more info, mommies boleh go to Sustagen Webpage. dan jangan lupa register di Susta Club yer! Boleh himpun points and redeem free gifts!!!

About these ads

9 thoughts on “Sustagen Junior 1+

  1. Salam..sy pun tgh cari maklumat pasal susu jugak..actually sy berjaya bg b/feed kat anak selama 2thn,ada jgk selang seli dgn snow brand (kalau xsempat pam)..skang ni tgh cari susu tambahan utk tumbesaran dia…memula beli yg ekonomik dumex dugro,dia suka tp masalahnya sembelit plak menimpa dia..abah dia try beli yg mahal skit enfagrow 1+,dia terlebih suka la pulak yg vanila flavour…tp bila dah terlebih suka,xnak mkn plak jdnya asik mintak susu je..duit pun kopak gara2 susu mahal..then tukar plak yg sgt ekonomik iaitu Dutch lady 123, 1tin besar baru RM47/+-..dia suka,yg best dia mmg xmemilih..tp sbg ibu kita prihatin sbb dia kurang nk mkn..dr segi progress bdn dia xnaik sgt,sbb hy minum susu je…brain ok plak sbb dia pantas belajar & ada keinginan nk belajar. Maknya yg bermasalah tgk bdn anak xnaik2 risau jugak kan..bila survey2 nk tukar susu, tgk sustagen junior 1+ ni ada appetite support nutriens rasa nk try,harga pun ok xmahal or xmurah..so nk ty ni:
    1. Mama wafi, lepas anak u minum susu ni ada perubahan tak pada selera mkn dia?
    2. Berat badan naik seimbang dgn tinggi dia tak?
    3. Sy nak anak sy berselera mkn je..kalau tak kena beli plak supplement lain mcm scout emulsion or apetton..kalau bleh xnak la,biar selera dia dtg secara semulajadi..
    4. Sy dah mintak sample dgn Mead Johnson,nti kalau ok nk setia la dgn susu ni..penat duk fikir nk tukar susu utk anak padahal anak xkisah pun semua dia suka..maknya aje menggelabah..he3

    • hai umiesya….thanks utk comment panjang lebar anda yg sudi singgah di blog sy!
      ok…sy jawab semua soalan awak yer…
      1. ya..selepas seminggu dia minum sustagen, dia amat kuat makan. nasi, roti, cereal smua yang dia tolak sebelum ni, dia dah mula suka.
      2.Alhamdulillah..berat, tinggi n umur dia graf cantikkk jer stiap bulan.
      3.sy tetap bg scott emulsion utk kuatkan antibodi dia. appeton sy x bgi dah selepas dia mnum sustagen. tkut nnt obesiti lak budak tu.
      4. cuba dulu dan sy pasti awak akan berpuas hati :) dan saya harap awak x pening lagi lepas ni memikirkan pasal susu.

  2. mula2 pegi cari susu susah sgt bagi enga x kene susah berak..lepas tu bagi enga same x blh berak..gain plus berak mcm air last cuba sustegen junior 1+ mmg bagus berak ok senang rasa mmg sedap vanilla so sedap…minum sampai habis my boy baru msk 1 year….irfan rizqi shah

  3. saya pun sedang cari susu yang sesuai untuk anak dara kecil saya yang berusia setahun 8 bulan…sekarang minum dutch lady 123, sebelum ni ok je,,,dari stop bf sehingga sekarang…tapi masalah nya sekarang, 2 3 minggu kebelakangan ni dia susah nak buang air besar..2 3 hari sekali walaupun dah macam macam cuba….dia suka makan buah, air masak memang kesukaan dia, vitegen, yakult …try semua dah,,tapi still ada masalah….selalunya harihari poo poo…makan pun kurang….ingat nak try sustagen junior ni..ok x?

  4. saya pon tgh cari gak susu yg sesuai for my bby..dh byk susu formula tukar tp berat badan masih sama gak x naik2..dulu masa bby minum dumex, pastu anmum,lactogen,dutch lady,..masa umur 6 bln tkr pula minum enfalac/enfapro pastu skg umur dh 1 thn tukar s-26 lak..asyik berak sembelit and cair..hbs merah2 punggung..kesian tgk asyik nangis kalu nk berak..ingat nk tukar sustagen lak..mana tau berat badan naik and selera makan ada..umur dh 1thn tp berat badan dok 8kg jer..nk cuba sustagen lak…ok ker..?

  5. as salam..baru cari info pasal sustegen ni sbb tgk bby x brp ada selera mkn..asik main je..tgk kat kedai sensei aritu hrga pon ok..banding susu dumex mamex skrg ni..hmmm..cuma risau bby x serasi je..sbb seblum ni tukar susu snow, dia sembelit,terpaksa kembali ke dumex mamex.mmg niat nk bg sustagen nih..

  6. sustagen junior n kids is the best choice..anak2 sihat tanpa mkn supplement atau scott emolusion…antibody memang hebat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s