Kisah Saya Hampir Dikristiankan & Kisah Gadis Yang Hampir DiIslamkan


Assalamualaikum….

Kisah Saya Hampir Dikristiankan

Tahun 2000, Sekolah Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar.

Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku kepada Mama.Wafi sendiri pada tahun 2000. Pada masa itu Mama.Wafi berada dalam darjah 6. Pada suatu hari ni, pihak sekolah ada buat program yang orang luar boleh masuk untuk beli barang2 yang cikgu n murid2 jual. Mama.Wafi masa tu duduk memerhatikan gelagat kawan sambil makan tebu kat belakang sekolah. Tiba2 ada seorang makcik dan seorang kakak, bertudung dan berbaju kurung..menyapa Mama.Wafi. Mama.Wafi pula jenis peramah dan petah bercakap masa tu cuma melayan sahaja.Layan punya layan sampailah makcik tu tanya, “Boleh tak makcik ambil adik buat anak angkat?Dan adik panggil je makcik ni mama…” Lepas tu Mama.Wafi cakap, “nanti saya tanya emak dulu”. Makcik tu terus sahaja memujuk. Dia peluk dan cium Mama.Wafi sambil cakap dia sukakan budak2. Dia sayangkan Mama.Wafi la, macam2 pujukan dia. Budak2 kan…mesti la Mama.Wafi tertarik dengan dia. So balik rumah je, terus beritahu mak perihal makcik tu. Mak dah rasa pelik. Kenapa tiba-tiba muncul pula makcik ni. Dan kalau nak tahu, sekitar tahun 2000 memang mengamuk kes kanak2 Islam ditarik masuk Kristian di Kedah. Khabarnya didalangi oleh seorang ahli politik(nama dirahsiakan) yang telah ditembak mati di Bukit Mertajam pada tahun tu jugak. Emak Mama.Wafi rasa tak sedap hati dan keesokkan harinya, emak pergi ke sekolah dan berjumpa dengan guru besar dan guru kelas Mama.Wafi. Tujuannya meminta kawalan keselamatan diperketatkan.

Sehari selepas perjumpaan tu, makcik ni datang lagi ke sekolah dengan kakak tu dan mengaku sebagai emak Mama.Wafi. Katanya nak hantar makanan. Tapi guru besar dan cikgu dah tahu taktik dia. So, diaorang benarkan jumpa Mama.Wafi untuk mengupas tindak tanduk makcik tu. Mama.Wafi pula diminta bertindak sebagai pelakon la..Layan makcik tu. Hari tu dia bawakan gula2 satu plastik besar, kek, teddy bear dan macam-macam lagi. Dan juga…1 botol kecil air dalam botol. Seakan-akan air mineral tapi sedikit keruh. Dia suruh minum depan dia. Katanya air penerang hati dijampi sebab Mama.Wafi nak ambil UPSR. Mujurlah masa tu Mama.Wafi pandai kelentong. Mama.Wafi cakap puasa sunat sebab nak ambil berkat sempena UPSR ni…dia cakap ok..Mama tak paksa sayang..tapi balik nanti kena minum. dan bila rasa rindukan mama, call mama..Mama datang ambil.

Pastu lepas dia peluk cium semua dia pun balik. Cikgu suruh Mama.Wafi buang air tu ang jangan makan apa-apa pun yang dia bagi. Malam tu dia call rumah Mama.Wafi, dalam pukul 10 malam. entah mana dia dapat nombor. dia terus cakap..Pergi minum air tu sekarang. Mama tahu kamu tak minum lagi! Dia memang marah gila. So mak Mama.Wafi bisik, suruh cakap yang esok nak jumpa dia kat sekolah. Mama.Wafi pun cakap macam tu.  Dia pun cool balik dan minta maaf sebab marah tadi la, janji nak bawa hadiah esok. Lepas dia letak telefon, mak teruk call guru kelas dan bincang. So, mak cakap, esok jangan pergi sekolah.Sebab cikgu ada plan nak buat. Esok makcik dan kakak tu datang sekolah dan cikgu cakap Mama.Wafi tak hadir sebab demam. Dia macam bengang la. Nasib baik dia tak tahu rumah Mama.Wafi ni kat mana…So, masa dia nak balik, suami kepada guru kelas Mama.Wafi follow dia dari belakang…Sebab nak tahu siapa dia sebenarnya. Rupa-rupanya, dia telah pergi ke sebuah gereja di Kulim.

Cikgu call rumah dan inform emak Mama.Wafi. Emak buat laporan polis dan minta bapa  call dan warning makcik tu supaya tak ganggu Mama.Wafi lagi sebab kami dah tahu tembelang dia…Dia pun senyap macam tu sahaja…. Sebelum terlupa, kakak yang makcik tu bawa, bekas pelajar cikgu Mama.Wafi juga. Dia dulu bersekolah di situ.

 

Tahun 2002, Kuala Perlis.

Selepas 2 tahun….

Mama.Wafi call cikgu ni sekadar bertanya khabar. Kemudian cikgu cakap, kamu ingat lagi tak kisah makcik dan kakak Kristian tu? Mama.Wafi cakap, sampai akhir hayat saya tak lupa! Cikgu kata, Cikgu ada berjumpa kakak tu baru je beberapa minggu lepas. Dia kerja kat kedai makan.Masa dia nak ambil order, terus cikgu terkejut dan cikgu cakap, cikgu tak nak makan kat sini sebab kamu MURTAD! Dia terus menangis dan melutut kak cikgu dan cakap dia sebenarnya juga mangsa makcik tu. Setelah puas mak dia berubat, baru dia pulih. Macam-macam di buat. Dia tak kenal ibu bapa dia. dan asyik cakap “My mother is Mary”. Tapi ibu bapa dia tak putus asa dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, dia sedar juga satu hari tu. Dia jumpa makcik tu masa kerja cashier kat shopping complex. Dan untuk setiap orang yang berjaya dikristiankan, akan dibayar RM500 kat dia sebagai komisyen. dan kat makcik tu RM2K. Disediakan pula rumah besar, kereta dan apa sahaja yang mereka minta.  ALHAMDULILLAH….ALLAH melindungi Mama.Wafi ketika itu.

** Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Rahamah dan suaminya Encik Abdul Raman. Jasa baik dan budi itu, tak mungkin dapat saya balas dengan apa jua cara sekalipun. Hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.

 

Kisah Gadis Yang Hampir DiIslamkan.

Kisah ini berlaku tahun 2006. Ada seorang gadis cina berjumpa pensyarah saya di universiti meminta dijelaskan tentang Islam kerana beliau berminat untuk memeluk agama Islam. Oleh kerana pensyarah saya kurang arif untuk menerangkan hal-hal berkaitan, takut maklumat tidak betul. Jadi beliau membawa gadis ini ke Jabatan Agama Islam dan berjumpa seorang Pegawai Agama. Pegawai tersebut bermuka serius dan memerhati gadis ini dengan renungan yang tajam. Semua soalan dijawab dengan “Anda haruslah…” “Anda hendaklah..”Anda tidak boleh itu..anda tidak boleh ini”… Gadis itu berbisik kepada pensyarah Mama.Wafi, “Saya takut…” Kemudian pensyarah tadi sengaja bercakap dengan kuat “Jangan takut…banyak lagi dugaan yang kamu akan hadapi. Di depan mata ni baru dugaan yang pertama.” Muka pegawai tadi berubah. Dia sudah bermula ingin berdebat. Pensyarah Mama.Wafi tarik tangan gadis ini dan keluar. Gadis ini kemudian pulang ke rumah. Malam tersebut, dia menghantar SMS kepada pensyarah saya “Pengalaman hari ini menakutkan. itu belum lagi hari2 yang akan saya lalui seterusnya. Saya tak jadi masuk Islam.” Walaupun dipujuk, hati gadis itu kali ini benar2 tertutup. kerana dia mnyangka penjelasan yang dia akan dengar adalah tentang keunikan dan keindahan Islam, tetapi ternyata penjelasan yang gadis itu dengar semuanya tentang siksaan, azab, peraturan. Tidak ada diterangkan ganjaran dan sebagainya. Dan bagi gadis yang baru terpikat, sudah tentu ia pengalaman yang menakutkan. Jadi, salah siapa???

Saya mengambil contoh kisah pertama saya tadi. Begitu mudahnya saya akan dikristiankan jika ibu bapa saya ambil mudah dan guru saya tidak membantu kerana saya dihujani pelukan, kasih sayang, kata-kata manis…Malahan dijanjikan bantuan dan tempat tinggal selesa. Wang ringgit juga mengambil tempat dalam memperhebatkan proses ini. Bezakan sendiri bagaimana sikap agama lain mengambil pendekatan dalam menarik perhatin untuk memujuk supaya kita menyertai mereka dan bagaimana kita masyarakat Islam pula melayan Muallaf dan melayan orang yang berminat tentang Islam? Sangat berbeza!

 

Cuba hayati kisah di bawah ini….
TERLEBIH dulu saya ingin memohon maaf andai apa yang saya luahkan menyinggung perasaan pihak tertentu. Saya berusia 30 tahun dan dulu seorang mualaf. Kehidupan saya terseksa sejak memeluk Islam.

Selepas memeluk Islam, saya tinggalkan keluarga saya untuk merantau dan mencari ilmu agama. Apa yang saya lalui menjadi sejarah hitam di dalam hidup. Ada insan yang menolong saya dan ada juga sebaliknya.

Kepada yang menolong, terima kasih saya ucapkan dan hanya Tuhan yang akan membalasnya. Kepada yang mencaci dan menghina saya, biar Tuhan juga yang membalasnya.

Dang Setia, kini saya bukan lagi seorang Muslim. Saya keluar daripada Islam kerana tidak tahan dihina dan dicaci. Sebenarnya, saya memeluk Islam bukan untuk suka-suka, berkahwin atau mengharapkan bantuan mana-mana pihak.

Ketika beragama Islam, saya dihina oleh orang kampung yang berkata: “Awak ni pernah makan babi pun ada hati nak masuk Islam?” Jika di tempat saya, apa perasaan Dang Setia?

Berdasarkan pengalaman saya, ramai saudara baru mengalami masalah serupa. Kami tidak pernah menerima bantuan sepatutnya daripada jabatan agama dan sebagainya. Itu kami tidak kisah, tapi yang menyedihkan ialah layanan buruk yang kami terima.

Pernah ketika saya ke jabatan agama untuk mendapatkan bantuan kerana sudah terdesak, saya dimarah dan dihina. “Kamu saudara baru ni tak ada kerja lain ke? Hanya nak minta bantuan saja?” Apa perasaan Dang Setia jika dihina begitu?

Sebenarnya, ada keluarga bukan Islam boleh menerima anggota keluarga memeluk Islam dan ada juga sebaliknya. Seandainya keluarga membenci dan membuang kami, ke mana kami hendak pergi?

Akhir kata, kepada jabatan agama Islam, bantulah saudara baru Islam kerana mereka memerlukan bimbingan. Jangan anda hina mereka sebagaimana anda menghina dan menyisihkan saya.

Seandainya saya meninggal dunia, kepada jabatan agama, jangan uruskan mayat saya mengikut cara Islam kerana kini saya bukan lagi seorang Islam.

INSAN DERITA
Johor

**Dipetik dari Ruangan Dang Setia – Metro Ahad

***Jadikanlah diri anda seorang Islam yang baik dan memberi bimbingan kepada saudara baru kita. Peluklah mereka, berikan mereka semangat dan jelaskan tentang keindahan Islam.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s