Bagaimana Anda Merancang Kehamilan?


Assalamualaikum..Di hari Isnin yang mulia ni Mama.Wafi nak cerita tentang bagaimana kita nak merancang kehamilan. Masa mengandungkan Luqman Wafi, dari 5 bulan pregnant sampai la 9 bulan, wad telah menjadi rumah kedua Mama.Wafi. Kadang-kadang tak bosan juga sebab Hospital Sultanah Bahiyah ni memang terbaik lah. Dari segi layanan, bantuan dan macam-macam lagi. Para doktor dan misi juga tak lokek nak share information dengan Mama.Wafi sebab Mama.Wafi ni jenis suka bertanya. Antara yang pernah ditanya, BAGAIMANA MERANCANG KEHAMILAN DENGAN BERKESAN?

Bagi Mama.Wafi, mempunyai ramai anak adalah satu rezeki dan keberkatan...

Merancang kehamilan ni ada pelbagai kaedah yang kita sendiri buleh pilih…mengikut kesesuaian diri kita dan..paling penting, kena berbincang dengan suami. Kadang-kadang kita suka, suami pulak x nak…so better bincang habis2 dulu dengan suami ya. Ada banyak kaedah yang diterangkan kepada saya tapi cuma ada 3 je yang saya dengar cam excited. hihihi.

1) Makan Pil Perancang

Pil Perancang

Kaedah ni memang berkesan. Tapi kalau yang jenis pelupa macam Mama.Wafi ni, kaedah ni memang agak bahaya lerrr..Lagipun doktor tak syorkan kaedah ni kat Mama.Wafi sebabnya Mama.Wafi 3x menjalani pembedahan. PIl boleh menyebankan darah beku kat tempat bedah tuh. Dan paling tak best buleh meningkatkan berat badan. Ada juga kawan Mama.Wafi cakap dia kena tekanan darah tinggi dan migrain lepas ambil pil perancang. So, Mama.Wafi reject kaedah ni.

2) Pakai IUD

IUD...atau nama Melayu beliau "Alat Dalam Rahim"

Kaedah ni doctor ada gak suggest. Memang berkesan. Harga IUD untuk 3 tahun ialah RM90 dan untuk tempoh 5 tahun ialah RM120. Biasa la..semua kaedah ada baik buruknyer..Kaedah ni dikatakan boleh menyebabkan “heart disease”. IUD akan dipasang pada waktu period iaitu pada hari darah dah tinggal bekas2 mcm hari ketujuh mcm tu la… Then lepas pasang period akan datang semula selama sebulan! atau mungkin kurang dan mungkin lebih dari itu..bergantung kepada badan kita la. Mama.Wafi sedang mempertimbangkan untuk guna kaedah ni…Berbelah bahagi pula sebab dah selesa dengan kaedah Kalendar Ovulasi. hehehe.

3) Kaedah Kalendar Ovulasi

Kalendar Ovulasi

Mama.Wafi menggunakan kaedah ni sekarang. Kaedah ni memerlukan kita betul2 teliti dengan tarikh dan tak boleh sama sekali dok pandai2 kata..”mmm..xpa kot arini..boleh kot..” xdak kot2 na cekkk…. Mama.Wafi just key in tarikh first period kat link ini.

www.ovulation-calendar.net/ 

So akan keluar la kalendar yang harus dipatuhi untuk bulan itu. Tapi untuk selamat, jangan ikut bulat2. contohnya kalendar tulis 18hb dah selamat, jangan la 18hb hari bulan tu jugak kita terus bersama dengan suami. better tunggu 3 hari selepas itu. Kalau dah tak boleh tunggu…hehehe…gunakanlah kondom ataupun kaedah withdrawal. Suami perlu mengeluarkan Mr. P sebelum ejakulasi. :p Kalau anda guna kaedah ni, anda akan berasa yakin dengan diri sendiri di samping tak bosan dengan pasangan dan Ada masa juga untuk berehat. Cubalah…Mama.Wafi memang paling suka dan selesa kaedah ini. Anda bagaimana? Anda sendiri yang tentukan………

Bagi Mama.Wafi, tak kisah kita guna apa kaedah sekali pun, tetap gak kena refer kat Ovulation Calendar ni sebab mana lah tahu kot2 benda2 perancang tiba-tiba lak tak berfungsi…Then kalau bersama time waktu betul2 subur dan perahu sudah tak boleh di undur..hihihi, boleh juga trus makan Morning After Pill cepat2 selepas terlajak tu ya. hehehe. Dapatkan kat farmasi berhampiran. Tak pernah try pun. Berkesan gak kot. :p

 

Antara kaedah lain ialah Suntikan Depo Provera, Implan, Vasektomi, Tubektomi, Kondom dan lain2 lah.. Tapi perlu ingat semua kaedah ada risiko yang tersendiri ya…

P/S: Di post lain nanti Mama.Wafi nak berceloteh pula bab keburukan dan kebaikan merancang kehamilan ni…Dan hukumnya dari perspektif Islam… :-)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s